My Althea Top 10 Products Wish List

Produk skincare & makeups dari korea semakin menjadi trend di asia. Baru-baru ni ramai beauty influencers asyik sebut pasal Althea Korea, sebuah website yang jual korean skincare & makeups all the way direct from Korea! Althea has been everyone's favourite since they launch their first product ranges. Yang paling bestnya delivery dia sumpah cepat gila. Biasa international delivery kan lama. The most important is beli 2 barang je dah boleh dapat free postage uwuuu.

The new year is coming at the very alarming rate and it is the perfect time for nice gifts from k-beauty products! Aku siap download apps Althea dekat phone lagi. Selalu usyar-usyar new products diorang and latest promotion. Tapi duit kan tak datang sedebuk sekali gus so aku biasa beli sikit-sikit dulu hehe. Bawah ni semua list top 10 products yang masuk wish list aku. Satu hari nanti semua ni aku punya muahaha.


1. My Lash Serum from Etude House


My Althea Top 10 Products Wish List

Baca feedback, ramai gila kata best. Serum eyelashes ni macam untuk panjangkan lagi bulu mata tu. Serum ni boleh segarkan bulu mata kita dari akar, kalau mata tengah stress ke apa kan, pakai je serum ni. Bulu mata jadi sihat gitu. It provides nourishment to the eye and calming effect on tired and sensitive eye line. So sebelum tidur boleh pakai My Lash Serum takdelah tidur-tidur terbawak sekali stress tu hehe.


2. Beauty Water Set from SAN&PARK


Ni yang paling aku nak try! Dekat korea brand son&park punya beauty water ni memang viral. Kalau tengok video dekat youtube yang share pasal skincare routine ramai share diorang pakai beauty water ni and diorang kata best. Ramai K-beuaty fanatic & K-pop stars dekat Korea suka beauty water ni. Bila pakai memang rasa segar gila, function macam toner untuk hydrate kan kulit kita (hydration is the key), exfoliates our skin. Nak senang guna, boleh isi dalam spray bottle yang kecik-kecik tu and boleh sumbat dalam beg. Bila-bila masa boleh spray je muka. 


3. Flawless Creamy Concealer by Althea Exclusives


My Althea Top 10 Products Wish List

New product range from Althea Exclusives! Semalam pergi brand ambassadors meeting dekat office Althea tau then Tammy kasi kitorang try concealers ni. Best gila! Product ni baru launch dekat website Althea so aku tak sempat beli lagi. It gives good coverage to our skin, bila touch up kat muka tu dah tak nampak flaws and formula ni tak thick sangat, sesuai untuk orang yang muka cepat berpeluh. The hydration keeps the skin tone lasts long and not sticky at all. Next Althea haul memang wajib add to cart these concealers!


4. Fixer Cream from Althea Bare Essentials


Bare essentials set ni Althea dah launch lama dah sebenarnya tapi aku tak try satu pun lagi. Dalam set ni act ada contour cleanser, primer water (toner), and this fixer cream (moisturizer). Kat rumah aku dah ada countour cleanser and primer water tu cuma tak sempat try lagi sebab baru lagi. Tapi fixer cream ni aku dah try masa meeting Althea semalam jugak. Masa kitorang try-try concealers & cushions baru tu, bila bersihkan balik muka rasa dry tau kulit then kitorang apply this fixer cream. Best woo effect dia. Dia takdelah melekit, lepas tu kulit jadi soft macam punggung baby tauuu. Menyesal pulak tak beli fixer cream sebelum ni hahaha.


5. The First Treatment Essence Intensive Moist by Missha


This product got more than 200+ feedbacks of 5 stars! The most favourite essence of K-beauty lover. Dah lama nak try essence by brand Missha ni. Essence ni boleh kuatkan lagi skin barrier kita and improves our skin tone, pada masa yang sama bekalkan hydration untuk kulit kita. Bila pakai this essence boleh buat muka kita glow gitu. One of the most recommended essence by Korean people. 


6. Laneige Sleeping Mask


Geram je tau tengok product laneige tersusun banyak gila kat rak tester masa datang office Althea semalam. Water sleeping mask ni memang the most favourite product and bestseller item from Laneige wey. Baca review pasal sleeping mask laneige sebelum ni ramai cakap best bila pakai tidur. Ibu aku pun nak tumpang order this sleeping mask on my next haul hehe. The texture really makes our skin hydrated and refine our pores sebab tu ramai gila suka!


7. Raspberry Hair Vinegar by CP-1


Actually aku pernah try one brand punya conditioner before this tapi sebab macam tak reti sangat pakai conditioner so i let go the conditioner. Tiba-tiba rasa macam nak try pakai conditioner semula hewhew. Ramai orang recommend this product since this is one of the bestseller products on Althea's website so saje nak try nak tengok effect dekat rambut sendiri hihi. This product antara yang dapat so much positive feedbacks from previous buyers.


8. Dr. Pore Tightening Glacial Clay Facial Mask by Skin&Lab


Aku suka pakai clay mask because it helps declog tired and congested skin and this brand punya clay mask contains Canadian glacial clay to control sebum while drawing out impurities from deep your skin. At least pakai seminggu sekali and saje nak try this brand punya clay mask. It caught my attention because it has a lot claims that it will help to tighten your pores and helps reduce acne.


9. 24K Gold Wrapping Mask by Piolang


I've been eyeing this mask since long ago. This mask contains 99% pure gold to exfoliate dead skin cells, brighten, and improves the elasticity of the skin, nampak muda glowing gitu. Dah lama nak try this gold mask. The main ingredients is 24K gold, snail extract, and also the seaweed extract. Also one of the bestseller products on Althea's website. It was a pleasant to try this famous mask among k-beauty lovers. 


10. Mamonde Rose Water Toner


Rose water is one of my favourite formula because it helps soothing and keeps my skin hydrated so I think I'm gonna try this rose water toner from mamonde. Packaging dia nampak cute and in fact this toner contains 90.89% of Bulgarian Damask Rose, formulated without synthetic pigments, animal oils or mineral oils, so sangat sesuai even untuk orang ada yang sensitive skin. 


So, that's all my sharing for this post. Kinda put some more because to be very honestly I have soooo much products on my wishlist on Althea' website hehe. Tak pernah bosan bila selalu travel on their website. Got so much interesting korean beauty products including skincares and makeups. 


Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia - Kumpul AirAsia BIG Points (Part 2)

Hi! Bertemu kembali dalam segmen CJBTFAA (Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia) untuk siri kedua hahahaha. Kk. Sebenarnya untuk yang selalu sangat naik flight, especially AirAsia, ada banyak cara nak jimat kos tiket. Sebelum ni aku ada share pasal bigpay card en, kali ni pasal bigpoints pulak. Bigpoints ni functionnya korang boleh redeem flight, hotel airasia, etc. Makin banyak point, makin banyaklah benda boleh redeem. Make sure kena jadi ahli Air Asia Big Loyalty lah baru boleh kumpul big points.

Rasanya ramai dah tahu bigpoints tu apa tapi kebanyakannya tak tahu macam mana cara nak dapat lebih banyak points dalam masa yang SINGKAT. Selama ni asyik harapkan point yang dapat tiap kali beli tiket airasia je. Setahun berapa kali je naik flight pun? Bila akhir tahun check akaun big loyalty rupanya baru dapat collect 32 points je hshshshshshs.

Kat atas ni standard point yang korang kena ada if nak redeem ticket flight. 4,500 points tu kira paling sikitlah korang wajib ada. Kadang-kadang airasia baik hati dia buatlah promo 500 points je dah boleh redeem tiket pergi langkawi. But if points yang korang ada tu terkurang sikit ke boleh BELI bigpoints. Kalau convert bigpoints ke add-on wang ringgit tu lebih kurang je sebenarnya. Haritu aku pernah tak cukup 9 points, aku kena bayar 9 sen jeee so kiranya harga tiket aku tu tak sampai 10 sen pun ahahahaha.

Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia - Kumpul AirAsia BIG Points (Part 2)

Yang ni contoh lah masa tu aku tak cukup 1700+ points untuk redeem so balance tu aku kena bayar. Tambah RM18+ just untuk topup balance bigpoints kita yang tak cukup. Kira jimatlah jugak kalau dah harga asal tiket pun nak dekat RM100+. Dah tu kalau setahun dapat 32 points je nak kena tunggu berapa tahun baru boleh redeem flight ticket? Tak apa, actually ada alternatif lain untuk kumpul bigpoints selain beli tiket flight.

Kalau based on bigpoints yang kita dapat bila spend on flight tickets, setiap RM2 yang kita spend akan dapat 1 point. If beli tiket yang premium flex atau business class boleh dapat 1 point for every RM1. Tapi semput jugaklah kalau nak harapkan spending on flight ticket je. So bawah ni aku dah listkan another methods yang biasa orang guna untuk mempercepatkan pertumbuhan bilangan angka bigpoints :


1. Bigpay Card


Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia - FREE Processing Fee (Part 1)

Big pay card ni macam prepaid card. Lebih kurang macam debit card lah. Boleh guna kat mana-mana merchants yang terima mastercard. Nak shopping kat mall ke, makan kat mcd ke, nak isi minyak ke, shopping online ke semua boleh. Every transaction melalui bigpay card ni korang akan dapat bigpoints. Bigpoints tu akan automatik masuk akaun korang based on tracking system yang ada pada bigpay card. Even kalau korang baru topup duit dalam kad je pun boleh dapat points. 

Every RM50 topup : 1 point
Every RM20 spend : 1 point

Yang kaki shopping tu rugi lah kalau tak ada bigpay card. Rugi rugi. 


2. Convert dari Bank Points


Banyak je bank sekarang selalu bagi reward points dekat user diorang. So points yang korang kumpul melalui akaun bank korang tu boleh convert jadi airasia big points, kira conversion partners lah. 


3. Book Hotel & Trip


Biasa kalau pergi travel mana-mana kalau book hotel online biasa guna agoda ke, trip.com ke, booking.com or hotels.com, semua boleh redeem big points for every RM yang korang spend. Time payment gateway tu biasa korang kena insert big member ID so diorang akan automatik masukkan bigpoints ke akaun korang.


4. Online Shopping


Sama konsep macam bila korang book hotel or trip travel online tadi, ada cara tertentu untuk redeem big points bila shopping online. Ini termasuk bila korang shopping kat Zalora, Lazada, Sephora, Hermo, Fave, Photobook, 11Street, dan sebagainya.


5. Jawab Survey


Yang ni paling senang lah sebab tak payah keluar kos apa-apa. Tengah rilek-rilek tunggu makanan sampai kat kedai makan, jawab survey je dah boleh points. Bagi aku ni cara paling senang lah nak dapat big points segedebukk banyak sekali gus sebab tak payah keluar duit pun nak shopping apa-apa, kena ada internet/wifi untuk jawab survey je. Setiap survey yang kita jawab akan dapat points YouGov ikut panjang mana survey yang kita jawab tu. Contohnya :

Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia - Kumpul AirAsia BIG Points (Part 2)

So bila dah kumpul point yougov banyak-banyak, boleh lah redeem points airasia. Banyak weh 2500 points tu tsk tsk.

Point yougov ni actually boleh redeem macam-macam. Tapi macam-macam dia tu ada 4 jenis tuh je lah. Memang aku rembat yang bigpoints je. Yang lain bagi aku tak berbaloi. Sebab kadang-kadang airasia selalu jugak buat promo 500 points je dah boleh redeem. So memang airasia jelah yang berbaloi bagi aku.

YouGov memang akan sentiasa send email kat korang setiap kali ada survey baru and kalau boleh jangan tangguh sampai dua hari baru nak jawab survey tu sebab nanti dia close link. Survey pun soalan biasa-biasa je. Makin rajin korang jawab survey, makin banyak survey yang diorang akan send kat korang. Makin banyak survey, makin banyak points yeay! Make sense. Okeh dah boleh register yougov through link kat bawah. Daripada korang buang masa tenung dinding baik jawab survey, kan?

https://my.yougov.com/en-my/refer/KcRuNZsJMJxIT7jjA6GB5g/


6. Apply Credit Cards


Ramai orang suka guna cara ni bila ada kad kredit promotions yang bagi bigpoints FREE bila diorang sign-up kad kredit. Contohnya Standard Chartered Worldmiles bagi 25,000 bigpoints FREE kepada sesiapa sahaja yang sudi memiliki kad kredit mereka buat kali pertama. Tak perlu belanja apa-apa. 25,000 bigpoints tu boleh redeem flight tix pergi-balik Bandung atau Bali tauu. Apply credit card je dah boleh pergi honeymoon T_T


Okay setakat ni tu jelah 6 top tips or tricks yang biasa orang guna pakai untuk collect bigpoints selain spend on flight tickets je.

Q&A : BigPay Card - Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia

Hi!

So aku dah janji semalam nak share further pasal bigpay card yang aku dah share kat blog post sebelum ni, Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia - FREE Processing Fee (part 1). Siapa belum baca boleh baca kat entri tu. And aku tau masih banyak persoalan yang banyak tak terjawab dalam kepala masing-masing tu so here it is.

Q&A : BigPay Card - Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia
creds : #bigpay


1. Kad ni boleh guna untuk withdraw duit kat atm mana je?


Fyi bigpay ni macam prepaid card and boleh withdraw duit kat atm macam biasa. Persoalannya, atm mana je yang terima bigpay card ni? So far yang aku tahu semua atm terima bigpay card ni (yang meps la). Aku pernah baca satu blog ni dia share dia pernah try withdraw duit through CIMB di indonesia. Cumanya ada charge for every withdrawal dari atm machine.

If guna local (malaysia) atm : RM6 per transaction
Overseas : RM10 per transaction or 2% of withdrawal amount, whichever is higher

If you think takde keperluan nak withdraw duit dari bigpay tu tok sah dok gatai naa nak lebur RM6 gitu je. 


2. Boleh shopping guna bigpay card?


Boleh. Pastikan those merchants terima mastercard. And make sure dalam bigpay kad korang tu ada duit lah ye sebab ni bukan credit card, ni PREPAID card. Kena isi dulu duit baru boleh guna.


3. Kalau nak shopping kat overseas pun boleh?


Boleh sangat! Yang paling bestnya korang boleh dapat exchange rate semasa yang paling berbaloi tau. Contoh korang nak shopping masa tengah travel kat singapore, duit malaysia korang yang ada dalam bigpay tu akan diconvert ke singapore us dollar with the BEST exchange rate. Dah tak payah nak beratur kat money changer and nak kena pilih lagi money changer mana yang paling bagus tukaran nilainya.


4. Dapat BigPoint ke?


Yes! Setiap kali korang topup RM50, korang akan dapat 1 bigpoint. Kalau topup RM98 still dapat 1 point so nak berbaloi topup lah RM100 terus hehe. And setiap perbelanjaan sebanyak RM20, korang akan dapat 1 point. Fyi account bigpay korang ni boleh terus connect dengan akaun airasia big loyalty korang tapi kena make sure guna email yang sama.


5. Ada registration fee tak?


Takde. RM20 yang korang kena topup masa first transaction before dapat kad tu, korang boleh guna after that. RM20 tu kira deposit akaun je.


6. Berapa min balance kena ada dalam account?


Dulu RM10, tapi sekarang rasanya RM1 pun dah boleh dah.


7. Kalau tertinggal kad ni kat rumah still boleh bayar guna bigpay ke?


Boleh. Bigpay ni macam e-wallet. Sebab tu korang kena ada apps bigpay tu. Bila shopping, korang boleh scan je bar code yang cashier tu bagi guna apps dalam phone korang and dia akan automatik tolak amount yang korang dah shopping. Korang boleh jugak send duit ke akaun kawan yang ada bigpay jugak. Free of charge.


8. Apa lagi benefits from AirAsia if guna bigpay?


Korang boleh save your money on flights, baggage, and meals. From time to time, korang boleh dapat access untuk exclusive deals!


9.  Selamat ke guna BigPay card ni?


Very secured payment methods. Every transaction made trough bigpay, korang akan dapat notification from your registered phone number. It means korang boleh track and check all the transactions through the apps. Nak login apps tu pun korang kena ada pin number or boleh guna fingerprints je (kalau ada).


10. Ada syarat ke nak guna kad ni kat overseas?


Takde. Boleh terus guna macam biasa. Kalau nak freeze kan kad ni sepanjang korang kat overseas pun boleh.


11. Macam mana nak tau exchange rate dia?


Boleh check dalam apps bila korang nak tukar nanti.


12. Berapa topup limit untuk kad ni?


RM10,000 for monthly.


13. Boleh bayar guna bigpay tak kalau nak isi minyak kenderaan?


Boleh ajaaa. Kalau nak swipe je kat pam minyak tanpa perlu ke kaunter tu, dia akan hold RM200-RM250 dari akaun kita before dia tolak amount sebenar yang kita isi minyak. Biasa dalam 2-3 hari. Tapi kalau tak nak duit kena hold pergi jelah jalan sikit ke kaunter and swipe card.  


14. Kalau dah ada BigPrepaid macam mana?


Better tukar jelah ke bigpay. Boleh transfer semua duit yang ada dalam BigPrepaid ke BigPay and cancel BigPrepaid tu. Cara nak pindahkan semua duit tu, dalam apps BigPay, pilih topup dari BigPrepaid card and tulis semua amount yang ada dari BigPrepaid. Untuk cancel BigPrepaid card, boleh try call +603 7662 9200 atau email support@bigpayme.com untuk cancel BigPrepaid.


15. Ada fee ke kalau bayar kat kedai guna BigPay card?


So far tak ada any fee. Semua transaction free je.


16. Kalau kad tak aktif, apa jadi?


Setiap bulan diorang akan charge RM2.50 per month for inactive account where there is no card transaction. If bulan tu korang tak ada nak spend apa-apa, topup je RM10. Pun dikira transaction jugak.


17. If shopping kat overseas, bila tukar duit malaysia to other currency, ada charge ke?


Ada. Curency conversion fee dia 1% + network charges.
(NOTE : only charges by the network will be applied until further notice)

Cross-border transaction fee is applied through merchant outside Malaysia but charged in ringgit malaysia.


18. Any other hidden fees?


Hidden fee so far takde. If nak buat replacement card, means nak tukar hak milik bigpay card tu, fee dia RM20 per card dengan syarat yang buat replacement tu mesti card member sendiri bukan orang lain. (NOT applicable if due to defect chip/card)

Kalau nak cancel card ni, free je. Kalau transfer duit dari bigpay kita ke bigpay orang lain is also free. No charge.



If korang nak register bigpay card ni and dapat RM10 percuma dalam account bigpay boleh guna code di bawah ;

4IQDDSLTHC 

Refer link ni : Cara Apply/Register Online BigPay Card

Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia - FREE Processing Fee (Part 1)

Stress betul dah penat-penat hunting tiket flight murah sekali time nak bayar processing fee dia pulak yang mahal. Harapan palsu betul. Aku yang student ni lagi lah cheapskate. Lebih RM1 pun kena berkira. Study kat terengganu ni memang aku selalu naik flight kalau balik kl sebab aku mabuk bas. Naik flight pun mabuk jugak tapi takpelah sejam je hehe. Flight paling murah pun memang airasia je kan so mostly memang naik airasia je. Sesekali ada la naik jugak mas malindo sebab saje nak merasa hahaha.

Tiap kali time payment tu selalu lah nampak ada satu payment method ni nama dia 'Big Pay'. Yang buatkan aku gigih study pasal bigpay ni sebab kat bawah tu dia tulis 'free processing fee' lol. Sebab kalau bayar guna internet bank in kena charge RM4, kalau guna debit or credit card dia charge RM17. Mahal bak hanggg baik aku order dominos.

Ni based apa yang aku baca lah,

Konsep bigpay card ni sebenarnya dah lama ada cuma sebelum ni namanya bigprepaid. Aku tak tau lah bigprepaid tu macam mana sebab aku lahir-lahir terus kenal bigpay dulu. Rasanya bigpay ni macam re-branding dari bigprepaid tu kottt. Maybe yang ni upgraded version? Entah.

Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia - FREE Processing Fee (Part 1)
creds : big pay.

Okay so bigpay ni sejenis prepaid card yang korang boleh topup secara online (guna apps) and boleh guna untuk shopping kat mana-mana je asalkan yang terima mastercard termasuklah nak beli tiket flight Air Asia. Paling best, every transaction yang korang buat melalui bigpay card akan dapat big point dari Air Asia. Kumpul big point banyak-banyak boleh lah redeem tix flight free ehehehe. 

So lepas ni time nak buat payment tu korang pilih payment method : BigPay. Processing fee dia akan automatik jadi zero lepas korang isi card details.

Now korang dah boleh jimat RM17 untuk beli dominos okeh. Logik lah sikit kan, buat apa nak spend another money kalau dah boleh tak payah bayar? Pergi lah register bigpay card sekarang. Process dia senang je tak payah beratur kat kaunter isi borang nak salinan document bagai. Just install apps, register online, then goyang kaki tunggu card sampai depan pintu rumah. Settle. Dah boleh beli tiket flight pergi korea jimat RM17 hshshshshs.


Cara Apply/Register Online BigPay Card


1. Download apps Big Pay

Apps ni wajib download sebab nak register akan melalui apps ni je and lepas-lepas ni every transaction pun guna apps ni je. Bigpay ni bukan macam akaun bank tau. Tiap kali nak guna card ni kita kena topup dulu. Nanti every time nak login apps ni akan ada registered pin number yang korang kena masukkan or boleh guna fingerprint. Memang secure gila.


2. Register account


Masa register account ni, biasa dia memang akan suruh masukkan referral code kalau korang ada code. Kalau takde code korang boleh skip je part tu. Tapi kalau korang nak dapat credit RM10 FREE, masukkan lah code kat bawah ni sebab once kad korang dah activated, diorang akan masukkan extra RM10 dalam account korang sebab register guna referral code. Tapi kalau tak masukkan code korang tak dapatlah RM10 fgheee. Nak selamat, copy & paste okay. 

4IQDDSLTHC

Masa register account ni korang ikut je arahan dia bagi satu-satu. Dia suruh selfie ke apa ke, engko ikut je hahaha. Jangan nak mengelat, dah namanya nak register prepaid card bukan nak register account facebook. Then korang kena set pin number untuk korang guna setiap kali korang nak login apps tu or nak withdraw duit kat atm. Jangan lupa masukkan alamat rumah yang sah ye sebab nanti bigpay card tu akan dihantar ke alamat rumah yang korang daftarkan tu. And no telefon pun kena valid sebab dia akan send TAC number setiap kali transaction melalui bigpay card. Then tunggulah beberapa hari untuk pihak bigpay verify semua details, gambar yang korang dah isi. 


3. Topup minimum RM20 dalam account bigpay


Korang rajin-rajinkan lah check apps tu hari-hari mana tau account korang dah verified ke. Lepas diorang dah comfirmkan semua maklumat korang tu, korang kena topup minimum RM20 dalam account korang, then baru diorang akan process untuk hantar kad tu ke alamat rumah korang. Nak topup lebih pun boleh asalkan minimum RM20. Boleh topup guna debit/credit card or online bank. RM20 ni kira deposit lah, macam nak bukak akaun bank pun kena ada deposit en. Lepas dah activate kad tu, korang dah boleh guna balik duit deposit tu sebab minimum balance kad ni RM1 tak silap. Lepas dah topup min RM20 tu, korang boleh track card korang if dah sampai rumah or belum melalui apps tu je.


4. Activate card


Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia - FREE Processing Fee (Part 1)
creds : twitter suraya zainudin

Bila kad dah sampai rumah, korang akan dapat dalam bentuk macam ni. Delivery diorang guna citylink tak silap. Dalam brochure tu pun diorang dah explain macam mana nak aktifkan kad korang. Kena insert CVC number yang ada pada belakang kad yang baru sampai tu dalam apps then masukkan pin number yang korang register sebelum ni untuk pengesahan. Settle! Dah boleh terus guna kad tu. Senang je kan? Kalau korang tak goyang kaki kat rumah tu bukan salah aku la ye. 


Cara Nak Topup BigPay Credits


Boleh guna debit/credit card and online bank in :)

Ragam Customer Online Yang Annoying Gila - Part 1

Mengah aku asyik cerita dekat orang lain pasal ragam customer-customer aku yang annoying dia tu na'uzubillah. Yela bila dah geram kalau asyik pendam jadi bahaya en so baik lepaskan waktu tu jugak. And cara aku lepaskan geram aku ialah sambil membebel pasal customer aku kat kawan aku yang tak bersalah tapi terpaksa layankan jugak aku yang tengah hangin ni hahaha. Ampunnn.

*warning : jangan teruskan pembacaan kalau tak nak stress & sakit hati

Aku start business online since lepas spm. Aku tak kerja lepas spm tapi banyak try try business online. So since lepas spm tu whatsapp aku sentiasa dipenuhi dengan unknown chat. Ok ler tu takdelah lonely sampai nak update kat twitter yang whatsapp aku krik krik kriuk. Macam-macam jenis customer dah aku jumpa setakat ni baik dari budak sek rendah ada, sampai ke bapak-bapak pun hado. Aku sangat suka dengan customer yang senang gila nak deal. Dia bagi salam, tanya harga, mintak number acc, then bank in duit. Aku pos barang. Dia inform barang dah sampai and bagi feedback. I loikeeeee. Tapi langit tak selalunya tak guruh.

Aku ni tak reti nak marah orang depan-depan. Walaupun memang salah customer sendiri, but customer always right ennnnnn so diri sendiri as seller adalah sangat perlu untuk dianggap bersalah but at the same time perlu buat customer sedar akan kesalahan diri sendiri pada akhirnya. Bila customer maki hamun aku kat whatsapp aku takkan terus sound dia balik while usually aku akan cuba selesaikan masalah dengan setenang-tenang lautan biru yang luas walaupun pada hakikatnya aku sangat tak boleh tahan kena makiiiiiii tak tentu pasal *cryyy

Ragam Customer Online Yang Annoying Gila - Part 1

Aku nak cerita satu kisah ni, ye SATU  kisah je untuk entry kali ni, seorang budak darjah berapa ntah whatsapp aku nak order topeng mulut (mask). Mula-mula dia whatsapp aku guna nombor maknya. Bunyi-bunyi conversation nya lebih kurang begini dong, (dah delete chat dgn mak dia sebab geram!)

*C stand for CUSTOMER
*M stand for ME

C = Hi, nak beli mask (si anak)
M = *bagi details cara pembelian dengan acc number
C = takpe saya tak berminat nak beli mask ni. (si emak rupanya)
M = Okay.

few minutes later, still number yang sama.

C = kak, saya nak beli mask. (si anak)
M = *forward balik details tadi dengan acc number
C = kan saya dah kata tadi saya tak berminat nak beli. jangan layan anak saya lagi faham! (si emak)
M = baik. maaf.
C = kak saya nak beli mask ni. takpe ayah saya kasi belii. *sambil isi details untuk postage even belum bayar lagi (si anak)
M = Okay noted. Nanti send resit kat sini ye.
C = Maaf saya memang tak berminat nak beli. Jangan whatsapp saya lagi. (si emak)
M = *bluetick

Act aku malas nak pertikaikan pasal anak beranak ni. Aku pulak yang kena marah padahal anak dia yang whatsapp aku. Aku pulak macam orang buduh asyik forward benda yang sama. Peduli apa aku. Prinsip aku senang je. Kalau betul bapaknya kasi beli, bapak dia transfer duit kat aku, aku terus pos barang dia. Settle. Kalau tak beli pun aku tak kisah sebab aku tak rugi apa-apa sebab tu aku malas sangat nak masuk campur maknya tak kasi beli, tiba-tiba bapaknya kasi beli ke apa. So aku biar. 

Tiba-tiba esoknya dia whatsapp aku guna nombor kawan dia pulok. Aku tahu ni budak yang sama lepas dia bagi aku nama dan alamat yang sama untuk postage lepas dia buat payment. Masa ni aku fikir mungkin bapak dia yang bank in kan untuk anak dia tapi mak dia tak tahu sebab tu diam je kot haha. 

Ragam Customer Online Yang Annoying Gila - Part 1

Ni first conversation kitorang masa dia guna nombor kawan dia. Sentence last sekali tu buat aku menyirap betul lah dia ingat aku ni hidup hadap whatsapp dia aje tak payah solat, takyah berak, takyah makan, takyah mandi. Tapi aku takdelah reply macam tu kat dia. Aku cakap ''maaf lambat reply'' and bagi details apa semua. Nak marah pun tak sanggup sebab aku tahu dia budak sekolah rendah lagi. Lepas tu dia tanyalah aku macam-macam pasal jenis mask yang aku jual.

Ragam Customer Online Yang Annoying Gila - Part 1

Ehhhhhhhh dia marah kita macam dia 100% betul pulak. Yela dik customer always right tapi aku yang jual barangnya aku tau lah bendanya sama dik nonnnn *nangisssss. Tapi aku tabah jelah melayan budak ni sebab mana tau ada rezeki aku terselit di sebalik melayan customer yang mencabar jiwa dan raga ni tsk tsk. Rupanya betul wey. Dia order 10 mask dari aku. Rasa dia macam lepas kau pulun semua subject siang malam lepas tu dapat 4 flat. Maka bertambahlah sales aku bulan tu. Aku pun pergi ler pos barang budak tu dengan hati yang girang gembira sebab balik tu fikir dah boleh beli victoria secret mihmih. Lepas tu aku send kat budak tu tracking number tauu. Nanti dia kata kita tak pos barang dia pulak oi. Suddenly.... ada unknown number....

Ragam Customer Online Yang Annoying Gila - Part 1

tu diaaaaa. dah berapa minggu ntah budak tu menyepi lepas aku send tracking number aku ingat dia dah dapat barang dia tiba-tiba bapaknya pulak menghantui hidup aku huwaaaaa. aku pun send lah semua screenshot aku dengan anak dia haritu siap forward balik tracking number apa semua. then aku tanya lah takkan tak sampai-sampai lagi dah berapa minggu yang lepas. dia kata belum sampai and pastu nak tuduh aku tak pos barang lagi and then nak report pulis. sabar der. bila aku check tracking number budak tu, ingatkan poslaju tertinggal parcel dia kat stor ke apa rupanya barang tu dah return kat pejabat pos universiti aku balik dah pun! memang tak ler aku perasan barang tu dah return ke apa sebab dia return kat pejabat pos bukan rumah aku. 

then aku explain lah kat bapak dia yang mungkin masa poslaju sampai rumah takde orang kat rumah diorang so basically akan ada notis suruh tuntut dekat nearest pejabat pos tapi diorang satu beranak ni takde pegi tuntut pun. then ayah dia be like, ''oh yeke?'' tepuk dahi wey aku. so aku pun terpaksalah pos yang baru kat dia lepas dia bayar duit poslaju yang baru yela takkan aku nak kena tanggung kos poslaju dua kali en. lepas aku bagi tracking number yang baru tu aku siap pesan kat bapak dia siap-siap,

''encik, kali ni check tracking number elok-elok tau. kalau diorang dah sampai rumah tapi takde orang tu pegi tuntut kat poslaju berdekatan sebelum dia return kat saya balik. nanti membazir bayar postage banyak-banyak tapi barang tak sampai-sampai. blablabla..."

aku risau barang dia return balik sebab tu aku bebel agak panjang. lagi pun aku taknak habiskan sisa hidup aku fikir pasal barang budak tu je sedangkan customer aku ramai lagi. lepas tu dia bluetick je aku. maybe bosan kot. takpelah aku assume dia dah paham lah apa yang aku terangkan tu. biasanya customer aku lepas dapat tracking number diorang tahu apa yang perlu dibuat. and kalau diorang tak reti nak check tracking number pun biasanya aku ajar je aku takdelah nak cringe mana pun. Suddenly........ (yeah again!)

Ragam Customer Online Yang Annoying Gila - Part 1

beberapa minggu aku fikir pasal parcel budak ni je sampai gila aku. pegi class takde mood, layan customer lain pun takde mood haih. apalah motip saya send tracking number kat encik haritu huwaaaaa. disebabkan aku tahu pakcik ni tak check tracking number langsung, aku pun check kan lah dan screenshot bagi dia. and yeah dalam record tracking poslaju tu memang posmen dah bagi notis untuk tuntut kat poslaju klang (again...) sebab diorang dah sampai rumah tapi takde orang jugak. so aku pun nasihatkan lah encik tu supaya petang ni lepas balik kerja terus pergi ambil barang kat sana before diorang return parcel tu lagi. dia pun okay jelah. then diam sampailah sekarang. so aku assume diorang anak beranak dah dapat parcel tu.

ni event paling stress pernah jadi dalam hidup aku dalam melayan kerenah customer. banyak lagi kerenah lain yang agak annoying jugak tapi cukuplah aku dan para pembaca rasa cringe dengan kisah yang SATU ni. kesimpulannya semoga semua online seller di luar sana tabah menghadapi ragam customer yang pelbagai kerenah kerana di setiap ujian pasti terselit rezeki kalian di mana-mana huahuahua. 

thank you sebab sudi mengorbankan jiwa raga korang baca entry ni.

Althea's Real Fresh Skin Detoxer Review - Green Tea & Rose

Kulit adalah organ badan kita yang terbesar termasuklah kulit muka. Setiap hari kulit kita akan terdedah dengan kotoran sekeliling yang boleh menyumbat liang-liang kulit kita sebab tu selalu ada masalah clog pores yang end up boleh naik acne and pimples, blackhead, whitehead, tiny bumps, dan sebagainya. Kadang-kadang toksin dari makanan yang kita makan seharian pun boleh buat kulit kita merana tau. Cara nak pastikan kulit kita sentiasa bersih dari kotoran dan bahan pencemar harian ni adalah dengan kita kena sentiasa detoks kulit kita.

Althea's Real Fresh Skin Detoxer Review - Green Tea & Rose

Sekarang ni dah tak payah susah-susah buat detoks diy campur-campur bahan tu bahan ini kat rumah sebab dah ada Real Fresh Skin Detoxer dari Althea Korea ni. Skin detoxer ni boleh pakai macam cleanser harian biasa and ambil masa 10 saat je then bilas. Senang je dah tak perlu nak detoks kulit guna diy mask pastu kena tunggu lama-lama baru boleh bilas or telan macam-macam pil.

Salah satu sebab kenapa aku suka Real Fresh Skin Detoxer ni adalah diorang gunakan bahan beauty yang premium macam daun green tea dan rose petals yang sebenar dalam menghasilkan skin detoxer ni. Kira guna natural ingredients jugaklah sebab tu ramai tak ragu-ragu nak pakai skin detoxer ni. In fact kita tahu rose petals dan daun green tea tu boleh berubah warna dari masa ke semasa, tapi jangan risau sebab dia takkan affect quality and functions skin detoxer ni. Still boleh guna macam biasa even dah layu macam mana pun sebab khasiat dia tetap remains constant.

Althea's Real Fresh Skin Detoxer Review - Green Tea & Rose

Untuk suggestion, pagi lepas bangun tidur guna rose, then malam cuci muka dengan green tea pulak. Bila bangun pagi guna real fresh skin detoxer rose dia boleh membantu protect kulit kita and balance kan nilai ph kulit kita, and counterbalance kan kulit kita before pakai make up.

Sedikit facts untuk rose petals yang diorang gunakan dalam produk ni. May Rose Petals yang digunakan cuma tumbuh sekali setahun selama 5 minggu sahaja dan dipetik by hand masa bulan may di Grasse, Southern France. Premium May Rose ni boleh balance kan ph kulit kita 5 kali lebih efektif daripada petal rose yang biasa. Kelopak rose yang sebenar boleh membantu dalam melancarkan peredaran darah pada kulit kita muka kita sebab tu kulit kita boleh kekal lembut dan segar.

Pada 10 malam pula biasanya sel kulit kita paling aktif regeneration sebab tu bila guna green tea skin detoxer ni boleh meningkatkan proses regenaration sel kulit kita untuk pastikan kulit kita bersih sebelum direhatkan (tidur). Daun green tea ni pulak diambil daripada Ladang Green Tea Jeju. Diorang guna daun yang baby lagi tau nak buat produk ni. Daun Green Tea mengandungi banyak Catechin, 5 kali lebih banyak vitamin C daripada lemon biasa untuk protect kulit kita dari kerosakan UV.

Lepas ni pegi mana-mana je aku akan sentiasa bawak dua benda ni lagi-lagi bila travel sana-sini sebab kulit akan lagi banyak terdedah so perlukan pembersihan yang optimum supaya kulit kita sentiasa bersih dan bebas kotoran. Skin detoxer ni dua-dua dah jadi favourite aku since first time pakai sebab finishing dia best sangat! Kulit muka tak rasa tegang lepas cuci muka tapi kulit rasa bersih sangat lepas guna real fresh skin detoxer.

Cara pakai dia senang je. Squeeze sikit kat tangan then sapu bagi rata kat kulit muka kita yang kering (jangan basahkan muka dulu). Lepas 10 saat (eleh kejap jee) tambah air sikit then massage kulit kita secara membulat sampai berbuih. Then bilas. Easy peasy kan? Lepas bilas tu dia cabut sekali semua kotor-kotor yang ada kat kulit muka kita tu. Best gila.

Untuk pengetahuan korang, produk ni adalah hasil kerjasama Althea Korea dengan Get It Beauty. Get It Beauty merupakan beauty tv show no.1 di Korea yang provide dan memperkenalkan new trends dan information yang berkaitan dengan beauty. Untuk menghasilkan beauty life yang sihat, Get It Beauty bergabung dengan Althea Korea, the leading K-Beauty di Asia Tenggara, untuk mencipta satu produk yang sesuai dengan jadual urban moden yang sibuk.

Maka terhasillah Real Fresh Skin Detoxer yang mengambil masa cuma 10 saat je pagi dan malam untuk memastikan kulit sentiasa bersih dan sihat dengan menggunakan bahan-bahan premium yang berasal dari pelbagai bahagian dunia. Korang boleh dapatkan Real Fresh Skin Detoxer ni di website Althea Korea;

https://my.althea.kr/real-fresh

9 Tempat Best Patut Korang Pergi di Langkawi

Teringat dulu masa kecik-kecik parents aku selalu bawa aku pergi langkawi. Bila tanya nak jalan mana je, mesti langkawi. Tak tau kenapa langkawi macam tak pernah orang nak rasa bosan. Ala cakap je bosan asyik pegi langkawi, tapi bila sampai sana still rasa excited haha.

Bila listkan balik tempat-tempat yang aku pernah pergi masa kat langkawi selama ni, banyak juga rupanya tempat-tempat best. Banyak sebab jugak kenapa orang lebih prefer datang langkawi and shopping kat sini sebab antaranya kat langkawi ni bebas cukai, banyak resort mewah, pantai yang lawa.


1) Haji Ismail Group (HIG)


Yang ni kalau tak kenal tak tau nak cakap apa. Tak guna datang langkawi kalau tak singgah Haji Ismail Group (HIG) hewhew. Pelancong paling suka borong coklat kat hig ni sebab kalau borong harga memang murah gila and banyak gila kot jenis coklat kat situ. Boleh kata macam syurga coklat lah. Kalau sek mak-mak datang sini memang suka borong pinggan mangkuk.

Haji Ismail Group (HIG) ni sampai dikatakan sebagai ikon langkawi. Mana taknya kebanyakan tujuan utam orang datang langkawi sebab nak memborong dekat HIG je.


2) Underwater World Langkawi


Merupakan aquarium terbesar di Malaysia dan selalu jadi tarikan utama pengunjung ke langkawi. Range harga tiket nak masuk sini yang terkini adalah RM26-RM46 ikut kategori. Lebih daripada 200 jenis ikan laut dan ikan air tawar dipamerkan kat sini. Ada penguin rockhopper, giant rays, anjing laut harbour, ikan jerung. Amazon arapaima, jenis ikan air tawar terbesar kat dunia pun ada tau.

Siapa rasa ada nak melawat kawan-kawan korang kat sini boleh lah datang underwater world di langkawi ni. Serious syiokk. Lain-lain yang best ada kat underwater world ni adalah kafetaria, educational research centre dan juga teater 3D, filem pendek pasal ikan hehe. Bukak jam 9.30 pagi and tutup pada jam 6.30 petang. Kecuali hari jumaat sampai ahad je tutup lewat sikit jam 10.30 malam.


3) Rice Garden Museum (Laman Padi)


Kat museum ni ada banyak artifak, gambar, carta dan perkakas sejarah penanaman padi di langkawi. Lokasi museum ni dekat je dengan pantai cenang, depan Bon Ton Resort. Kat sini korang boleh try nak jadi petani, feeling ala-ala macam orang kampung tengah kerja kat sawah padi. Best pegi museum ni waktu petang-petang tapi museum ni tutup jam 6 petang haha bukak dari jam 10 pagi.


4) Pantai Cenang


Alang-alang dah pegi underwater world dengan museum laman padi, rugi rugi rugi amat kalau korang tak singgah pantai cenang. Pantai ni pantai paling famous tau dekat langkawi. Ada banyak aktiviti korang boleh buat kat pantai ni antaranya jet ski, parasailing, ada banana boat dan macam-macam lagi. 

Aktiviti-aktiviti kat pantai ni under Mega Water Sport and cuma bukak jam 9 pagi sampai 2 petang je tau. Jangan nangis pulak kalau datang sana tiba-tiba takde banana boat hehe. Island tour pun ada korang boleh tengok-tengok pulau kecik yang ada sekitar pantai cenang tu contohnya Pulau Dayang Bunting dan Pulau Beras Basah. Malam-malam pulak boleh tengok fire show kat pantai, lepak-lepak dengan member.


5) Umgawa Zipline Eco Adventure


Eco Adventure

Siapa-siapa yang berangan nak jadi tarzan, kat rumah tak reti nak duduk diam panjat sana-sini tu amatlah digalakkan datang sini. Dekat dengan telaga tujuh langkawi. Kat sini korang boleh cuba macam-macam aktiviti yang mencabar macam canopy walk, mangrove tour, dengan merentasi hutan hujan tropika tertua di Malaysia. Dibuka setiap hari jam 8.30 pagi sampai 4.30 petang. Boleh lah kalau nak buat trip dengan kawan-kawan kat sini. Seronok. Tapi harga tiket dia pun boleh tahan seronok gak haha. 


6) Sunset Cruise Langkawi 


Buat yang plan nak honeymoon atau nak feeling sunset kat langkawi boleh cuba sunset cruise. Dibuka setiap hari and ada dua jenis cruise iaitu Day Cruise (10am-4pm) dan Cruise Sunset (5pm-8pm). Range harga tiket RM130-RM320 tapi untuk kanak-kanak bawah 4 tahun semua freeee.


7) Skycab Langkawi


Kereta kabel paling best pernah aku naik adalah kat langkawi sebab gondola-gondola kat sini lagi best and lebih menggerunkan berbanding kat genting highland. Nak feeling yang paling mencabar boleh try gondola yang berasaskan kaca. Gayat beb. Kalau pegi time cuti sekolah, make sure korang ada tahap kesabaran yang tinggi untuk beratur panjang beli tiket and tunggu giliran nak naik cable car. Kalau taknak tunggu lama better beli add-on untuk masuk ke Express Lane. Skycab ni kat area telaga tujuh. Harga tiket between RM30-RM55. Make sure bawa mykad untuk harga yang lebih murah.


8) Skytrex Adventure Langkawi 


Ni lagi satu aktiviti mencabar yang korang boleh try kat langkawi. Perlepasan pertama pada jam 9 pagi and past perlepasan jam 3 petang. Range harga tiket untuk semua aktiviti yang ada kat skytrex ni RM45 hingga RM50 je. 


9) Skybridge Langkawi


Nak naik skybridge ni korang kena naik cable car dulu. Skybridge ni merupakan jambatan melengkung yang menghubungkan dua puncak bukit Manchinchang and kat atas ni korang boleh tengok view langkawi secara keseluruhan. Better pergi petang-petang sikit sebab biasanya kurang panas and kalau cuaca kurang baik, dua-dua skycab dan skybridge akan ditutup. Dibuka setiap hari jam 9 pagi hingga 8 malam dan tiket masuk berharga RM5 bagi dewasa dan RM3 bagi kanak-kanak.

Rasanya cukup tu je aku share pasal langkawi ni ye haha korang boleh pergi sendiri langkawi and rasakan keseronokan melawat-melawat tempat-tempat menarik di sana. Korang boleh rancang percutian family korang ke mana sahaja asalkan family korang happy. Atau nak buat trip dengan kawan-kawan pun boleh.

Selain langkawi, parents aku dulu selalu juga bawa aku berjalan ke Melaka. Trip masa darjah 6 pun buat ke Melaka haha. Kalau ada yang plan nak bercuti di melaka, sekarang ada bayou lagoon park resort promotions untuk sesiapa yang nak menginap di sana. 

Study Last Minit + My 2017's Birthday

Rasa janggal pulak nak start menaip kali ni.

Boleh tahan lama aku abaikan blog ni. Kalau blog ni boleh bercakap dah lama aku kena maki kot haha. Lepas je cuti mid sem hari tu terus aku busy and tak sempat nak buka blog padahal bukan busy study pun. Entahlah, tak tau aku busy apa.

Yang penting bukan study lah. Bagi lah aku berapa minggu study week pun, aku tetap akan study sehari sebelum exam hehe. Tolonglah jangan contohi aku adesss.

Takpelah. Nanti sem 3 aku study awal-awal InshaAllah haha (nipu je ni).

meja belajar maisarah

Sekarang ni aku sedang menikmati cuti sem dengan gumbiranya di rumah. Setiap hari menghadap laptop, phone, buku nota. Entahlah tak tau nak describe cuti aku sekarang macam mana. 

Yang penting rileks jelah. No rush-rush. Tak payah study. Kemas bilik aku sendiri yang kecik tu pun sampai dekat 5 hari baru siap. Rileks punya kerja lah katakan. Paling rush pun setakat aku kena pos parcel customer tu jelaa. Kalau lambat send parcel customer ngamuk haa. 

Kadang tu aku sampai lupa aku dah mandi ke belum hekhek. Kalau makan aku ingatlah.


My 2017 Birthday

Fyi birthday aku memang paling lambat dalam family. 27 disember. Every year birthday aku biasanya memang hambar lah. Paling meriah pun orang cuma spam wish guna whatsapp je sebab semua orang tengah cuti sekolah en memasing di rumah haha. Hambar. 

No wonder lah sebab kadang aku sendiri pun lupa birthday aku hari apa. Since birthday aku selalu hambar every year, hari birthday aku is no longer important in my life muahahaha. Sampai tak kisah orang nak wish or tak. Kalau boleh biarlah orang tak ingat langsung. 

Tapi tahun 2017 ni lain.


Masuk universiti, cutinya tak sama macam cuti sekolah. So masa bulan 12 aku berada di asrama dan tengah jawab final exam. Aku memang tak expect anything pun dari kawan-kawan aku masa tu sebab dengan aku nya tengah stress study last minit en hahahaha. Aku pun lupa birthday aku masa tu. Macam tak pikir sangatlah. 

Pagi tu classmates just wish kat group class jelah macam biasa. Aku pun tq tq jelah. Then sambung study. Act masa hari tu aku seharian lepak library dengan housemate aku. Study lah esoknya nak exam enn (konon). Malam tu dalam pukul 11 malam macam tu baru aku balik rumah. 

Tapi balik bilik tu aku takdelah terus tido ke apa. Tudung pun tak bukak lagi haha sebab sibuk main phone, main snapchat. Haha nampak tak dia punya stress study dari pagi sampai malam kat library. Tiba-tiba dengar ada orang nyanyi lagu birthday dari luar bilik. Then aku macam blur kejap, birthday siapa diorang celebrate memalam buta ni? Rupanya birthday aku hahahahahaha.

Suara dia boleh tahan nyempreng jugaklah. At first aku fikir housemate aku. Tapi macam lain suaranya. Rupanya suara Emelda, classmate aku! Hahaha adoyy. Pastu ada aisyah dengan dayah sekali bawak kek span siap berlilin lagi. 

Yelah, aku nangis. Terkejut kot. Patutlah banyak kali ws tanya dah balik dari library ke belum. Kalau tau aku balik awal sikit haha. Kesian diorang tunggu lama.


Takdelah, aku macam tak sangka diorang nak celebrate birthday aku siap ada cake berlilin bagai. Aisyah tu pulak rumah dia tingkat 1 gigih betul naik rumah aku tingkat 5. Si Emelda pulak baru balik dari dinner askar dia. Dayah pun sanggup cari kek span guna runner bagai.

"Korang! Thank you so muchhhhhhhh! ILY guys!"

Malam tu sambil makan kek sambil sembang pasal how struggle diorang cari kek, si aisyah dengan muka tak malu mintak lilin sebatang (free pulak tu hahaha) dekat secret recipe time otw dia balik dari airport hahaha, lepas tu sembang pasal microeconomics pulak (subject nak exam esoknya), pastu sembang pasal class lah. Sampai nak dekat pukul 2. Pastu penat, tido, tak ambik gambar pun, dah lah study pun belum cover habis hehe.

Ada video sebenarnya. Dalam video tu pun suara melda je lah dengar dia nyanyi lagu birthday sebab aisyah dengan dayah tahan gelak dengar suara melda nyanyi nyempreng gila hahaha. 


Then few days after, masa tu sehari sebelum exam accounting. Aku ni boleh tahan noob jugak pasal accounting ni sebab dulu masa spm aku ambil engineering bukan account so aku takde basic. Bila masuk U sumpah aku terkial-kial buat account, dengan aku malas nak buat latihannya. Masa sem 2 ni memang aku struggle gila account. Tapi struggle masa nak dekat test dengan final exam jelah hahahahahaha.


Malam sebelum exam tu aku stay up bilik aisyah study accounting dengan dia sebab dekat rumah aku takde orang yang aku boleh study account sama-sama sebab diorang course lain. Mula2 ingat nak tidur lambat je kat bilik aisyah then nak balik rumah sekali aku terus tak tido malam tu kat bilik aisyah study sampai ke pagi. Pagi tu aku cuma balik bilik mandi, solat subuh then pergi dewan exam.


Masa aku tengah study accounting tu, group housemate aku kecoh tau malam tu. Semua marah-marah. Pastu diorang suruh aku balik rumah jap (sebab aku sorang je takde kat rumah masa tu). Katanya ada masalah. Kena settle malam tu jugak. Lepas tu semua nak emo bila aku kata aku memang tak boleh balik rumah malam tu.


Ei dah lah tengah stress dengan account, lepas tu tambah stress dengan housemate aku dok paksa suruh balik rumah time tu jugak. Last-last aku campak je phone tu ke tepi. Accounting aku banyak lagi belum cover.  

Problem housemate tu aku lantakkan je dulu sebab aku nak exam account pagi esoknya kot. Ni je time aku nak struggle (padan muka siapa suruh study last minitttt hahaha). Masa tu aku fikir nanti-nanti jelah aku mintak maaf dengan housemate.

Lepas habis cover few chapters, aku pun rehat lah kejap, main-main phone. Bukak whatsapp story sekali housemate aku semua up status 'failed prank birthday maisarah' sekali dengan gambar pizza cheezy bertarik-tarik tu.

Ye beb. I menyesal tak balik rumah malam tu. Masa aku tengok story diorang ni pun diorang tengah habiskan semua pizza tuuuuuu hahahaha :(

Aku pun baru teringat yang housemate aku mana ada wish birthday masa birthday aku hari tu pun so diorang nak celebrate hari lain tapi salah hari lah pulak aiseymennn. Takpelah takde rezeki aku nak merasa cheezy fingers free hahaha. Anyway,

"Thank you so muchhhh guysss! ILY tooooo!" 

Aku tau masa tu memasing tengah pokai kot. Kalau boleh nak berjimat memasing taknak makan fast food. Sebab tu aku pelik masa rozi survey-survey web pizza hut petang tu, tengah pokai pun nak makan pizza hut, pastu aku cakaplah, 

''sampai hati nak order pizza taknak ajak aku,"

Then dia kata, saje je nak survey. Tak tau nak beli ke tak. Gaya dia memang taknak ajak aku order sekali sebab selama ni kalau order makanan apa-apa selalu order sekali dengan aku. Rupanya memang nak beli untuk aku malam tu :( Tapi takpelah. Bukan aku yang makan pun bhahaha. 


Anyway thank you semua! Susah-susah je nak celebrate birthday orang macam aku haha.


Sem 2 - Diploma Perdagangan Antarabangsa

Alang-alang aku dah habis sem 2 ni, aku cerita terus lah ye overall untuk sem 2 diploma aku kat unisza. Before this aku tak sempat nak cerita pasal sem 1 punya subjek, how to enrolled and so on. So aku story sem 2 dulu okay.

Untuk semester 2 punya subjek ni still dikira subjek fakulti. Means semua course dalam fakulti aku belajar subjek yang sama tapi not at all lah.


Senarai subjek semester 2;

- Financial Accounting I (Non-DIA)
- Microeconomics
- Fundamental of Business
- Business Mathematics I
- Business Law
- Business Communication

FINANCIAL ACCOUNTING I

Non DIA tu stands for subjek untuk student yang bukan diploma perakaunan. Sebab kalau student akaun ada silibus diorang sendiri and lagi berat and mendalam lah. Bagi aku, akaun ni seronok and kadang-kadang macam senang. Tapi sebab aku malas buat latihan en, tu yang sampai sanggup tak tidur before exam haritu nak struggle subjek ni.

And lecturer tak ajar basic dari awal even kau dulu bukan budak akaun. Yang basic semua kitorang kena usaha sendiri. Belajar dengan kawan-kawan lain yang pernah belajar akaun dulu. Nanti next sem ada belajar akaun lagi okay so i kena struggle lagi.

MICROECONOMICS

Subjek ni paling aku malas nak belajar bila masuk bab graph haha. Dalam subjek ni, kita akan belajar pasal bentuk ekonomi, jenis-jenis barang ekonomi semua tu laa. Diorang kata subjek ni sama je macam belajar ekonomi masa spm dulu so i'm not sure lah sebab aku tak belajar ekonomi dulu.

Formula pun boleh tahan banyak and banyak nak kena hafal. Kalau rajin buat latihan senang je time final nanti. Tapi aku tak rajin. Lecturer kasi latihan masa tutorial pun aku buat last minit huahuahua.

FUNDAMENTAL OF BUSINESS

Belajar subjek ni overall best sebab ada belajar banyak benda pasal syarikat, business model, human management, etc. Kalau kau memang minat business, subjek ni memang seronok even lecturer yang mengajar kau tu tak best. Untuk final project pun kitorang kena buat business proposal.

Group aku pernah sampai tak tidur siapkan business proposal kat cafe. Tapi berbaloi lah. Lepas ni boleh buat business proposal untuk business model yang lain hikhik.

Nanti habis sem 2 kalau nak proceed terus with the business model project yang kitorang buat and make the business real pun tak kisah. Usaha sendiri kalau betul minat.

BUSINESS MATHEMATICS I


For this subject, tak silap aku silibus dia sama je dengan budak uitm sebab kitorang memang guna buku teks student uitm. Bussiness Math ni kau akan belajar pasal cukai, interest bank, interest loan, etc. Semuanya banyak berkaitan dengan urusan bank, macam mana diorang kira rate percentage.

And ada belajar jugak pasal harga mark up, macam mana nak kira retail price. From this boleh tahu lah macam mana retailer kira untung diorang, macam mana diorang boleh buat sale price tanpa ada kerugian and so on.

Kalau banyak buat latihan, senang je nak paham soalan time final. Tapi macam beshe, aku tak rajin muahahaha.

BUSINESS LAW

Owemji. Ni lah subjek yang paling aku tak gemar. Buku teks dia memang fully perkataan je. No picture. Tengok buku pun dah stress hahaha. Kalau faham kes dia seronok lah jugak masa dalam kuliah. Tapi biasalah law. Undang-undang memang complicated sikit. Kena banyakkan membaca and try aplikasikan dalam kes yang selalu berlaku in daily life. Bila selalu baca senang nak ingat.

Tapi i tak rajin lah. Nasib baik aku bukan student law.

BUSINESS COMMUNICATION

Subjek ni penting lagi-lagi bila kita masuk alam pekerjaan nanti. Tak kisahlah sama ada kita akan jadi employer or leader or boss. Kitorang belajar on how to do a good presentation, macam mana nak tulis resume, application letter, business messages, how to deliver messages effectively and etc.

Dalam business akan ada banyak komunikasi. So, learning this subject is important.

Cerita dia, masa draf jadual final exam keluar, subject business communication tercicir (means takde dalam jadual). So bila keluar jadual betul, dia drag subject tu ke hari last-last nak exam. Patutnya aku boleh balik rumah awal, tak pasal kena stay lagi :(  

So sebelum last paper tu aku ada gap sampai 5 hari ahahahagagaga. Kawan aku budak matrik cakap, untunglah ada banyak masa nak struggle subject last tu. Hahaha trust me, study last minit jugak menjadi.

Aku tak tahulah nak regret or tak study last minit ni. Dah macam habit. Masa sem 1 pun gitu. Biarlah benda dah lepas hahaha. Tengoklah result nanti macam mana hewhew. Sekarang tengah cuti and aku tengah build aku punya 2018 resolution hahaha. So doakan. Even I'll not tell you guys.