Panduan Lengkap Cara Menggunakan Paypal

22:55

Paypal merupakan salah satu sistem pembayaran yang popular dan dipercayai untuk menjalankan sebarang transaksi duit secara online. Penggunaannya sangat meluas terutamanya apabila melibatkan transaksi mata wang asing dengan mata wang negara kita. 

Pengguna Paypal tidak memerlukan sebarang kad dan kesemua urusan transaksi akan direkod dalam akaun pengguna. Malah, anda boleh mendaftar akaun Paypal anda secara online sahaja dengan keselamatan pengguna yang akan sentiasa terjamin. Anda juga boleh muat turun aplikasi Paypal di telefon bimbit anda untuk memudahkan segala urusan transaksi di hujung jari anda. 

Aplikasi Paypal di telefon bimbit melalui Google Play Store atau App Store

Sekiranya anda ingin menggunakan Paypal tetapi masih tidak tahu cara untuk menggunakannya dengan betul, baca artikel ini sehingga habis.

Apa Itu Paypal?

Paypal merupakan salah satu bentuk digital wallet untuk memudahkan proses transaksi dengan cara yang selamat melalui talian. Penggunaan Paypal sangat meluas di internet terutamanya sebagai option pembayaran untuk membeli belah secara online. 

Dalam erti kata lain, kegunaan Paypal ini sama sahaja seperti kebanyakan alat perbankan sedia ada yang lain di Malaysia seperti Maybank2u, CIMB Click, Bank Islam, dan sebagainya. Tetapi dengan Paypal, anda boleh melakukan transaksi (membayar atau menerima wang) bukan sahaja dalam Malaysia (transaksi domestik) malah hingga ke luar negara (transaksi antarabangsa). 

Kenapa Perlu Guna Paypal?

Paypal sangat mudah digunakan pada zaman sekarang. Segala urusan transaksi secara online menjadi lebih mudah kerana penggunaan Paypal sangat universal di mana ianya boleh digunakan hampir di semua negara. Berikut merupakan antara sebab mengapa anda perlu ada akaun Paypal: 

  • Alat intergrasi yang mudah dan ringkas serta selamat untuk membuat sebarang transaksi
  • Boleh menjadi alternatif pembayaran online selain kad debit/kredit atau perbankan online
  • Sistem transaksi berasaskan elektronik yang tidak memerlukan sebarang kad atau buku rekod fizikal
  • Boleh digunakan untuk transaksi di dalam atau luar negara
  • Segala transaksi akan direkod dalam akaun Paypal masing-masing
  • Boleh membayar dan menerima pembayaran pelbagai wang mata asing
  • Boleh menambah baki akaun melalui kad debit atau kad kredit
  • Tiada setup atau monthly fee dikenakan. Anda hanya akan dikenakan transaction fee setiap kali anda ingin memindahkan wang dari akaun Paypal ke akaun bank anda 

Secara ringkasnya, bagi anda yang menjalankan urusan perniagaan bersama pelanggan dari luar negara atau anda ingin membeli sesuatu dari luar negara secara online, segala urusan transaksi akan menjadi lebih lancar dengan adanya Paypal. 

Tidak perlu lagi untuk beratur di cawangan bank untuk menyelesaikan transaksi yang melibatkan mata wang asing. Oleh itu, bagi yang belum ada akaun, anda memang digalakkan untuk mendaftar akaun Paypal bagi memudahkan sebarang transaksi antarabangsa anda.

Cara Mendaftar Akaun Paypal

Proses untuk mendaftar akaun Paypal sangatlah mudah. Malah, proses verifikasinya juga hanya mengambil masa beberapa jam, tidak perlu menunggu berhari-hari. Untuk mendaftar akaun Paypal secara online, anda hanya memerlukan 4 perkara ini:

  1. Kad pengenalan
  2. Alamat email
  3. Nombor telefon yang masih aktif (untuk menerima kod verifikasi)
  4. Kad debit atau kredit yang masih aktif 

Anda hanya perlu pergi ke laman web Paypal dan pilih sama ada untuk mendaftar akaun Personal atau Business. Anda boleh pilih akaun Personal untuk kegunaan peribadi dan akaun Business sekiranya untuk kegunaan syarikat dan transaksi dalam jumlah yang besar. 

Cara-cara mendaftar akaun Paypal bagi pengguna baru

  • Akaun Personal - kegunaan peribadi dan jika hanya digunakan beberapa kali dalam sebulan
  • Akaun Business - kegunaan syarikat dan jika SERING melakukan transaksi dalam jumlah yang besar (angka ribuan dan keatas)
Isi semua details yang diperlukan semasa mendaftar dan pastikan semua maklumat yang diisi adalah betul dan lengkap. Jangan lupa sahkan akaun anda melalui email yang digunakan untuk mendaftar akaun Paypal. 

Cara Melakukan Transaksi Online Menggunakan Paypal

Sekarang anda sudah ada akaun Paypal dan anda sudah boleh menggunakan semua perkhidmatan yang disediakan oleh Paypal. Untuk proses yang lebih mudah, anda boleh memuat turun aplikasi Paypal di google play store atau pun app store. 

Deposit Duit

Untuk membuat sebarang pembayaran melalui Paypal, anda perlu depositkan duit ke dalam akaun Paypal anda melalui ''Add Money''. 

Sekiranya baki anda masih kosong atau tidak mencukupi, anda boleh membuat pembayaran secara terus melalui preferred bank atau kad anda yang telah dilinkkan bersama akaun Paypal anda. 

Pembayaran Melalui Merchant Online

Kebanyakan online store kini sudah menyediakan butang Paypal sebagai salah satu medium pembayaran mereka selain perbankan internet dan kad debit atau kredit terutama sekali yang ada menyediakan penghantaran barang ke pelbagai negara. 

Untuk membuat pembayaran menggunakan Paypal di mana-mana merchant online, anda hanya perlu login username dan password akaun Paypal anda ketika checkout. 

Menghantar dan Meminta Duit

Sekiranya anda mahu menghantar sejumlah wang kepada rakan atau keluarga anda yang turut mempunyai akaun Paypal, anda hanya perlu masukkan username, email, atau pun nombor telefon pengguna tersebut melalui butang "Send Money" yang terdapat di dalam aplikasi Paypal dan pilih mata wang (currency) pilihan sebelum memasukkan jumlah yang ingin dihantar. 

Untuk meminta wang, anda boleh melakukan cara yang sama melalui "Request Money" atau anda juga boleh kongsikan link Paypal atau email Paypal anda kepada orang yang akan menghantar duit kepada anda.

Mengeluarkan Duit

Jika anda ada menerima sebarang pembayaran melalui akaun Paypal, anda boleh memindahkan wang tersebut ke dalam akaun bank anda seperti Maybank, CIMB, Bank Islam, RHB, dan sebagainya. 

Anda perlu menekan butang ''Withdraw'' dalam akaun anda dan masukkan amount yang anda ingin pindahkan.

Pemindahan wang dari akaun Paypal ke akaun bank akan mengambil masa 3-5 hari bekerja dan akan dikenakan caj transaksi sekurang-kurangnya RM3. Pastikan anda memasukkan maklumat kad bank anda dengan betul sebelum anda melakukan pindahan wang. 

Sekiranya anda menerima pembayaran dalam bentuk mata wang asing, wang yang anda pindahkan ke dalam akaun bank anda akan ditukarkan secara automatik ke dalam ringgit Malaysia mengikut nilai pertukaran semasa. 

Segala maklumat nilai tukaran juga akan direkod dalam transaksi akaun anda. 

Kesimpulan

Sebagai pengguna internet yang banyak melakukan transaksi secara online, tidak salah ingin mencuba untuk menggunakan Paypal jika sebelum ini anda tidak pernah menggunakannya kerana ianya sangat mudah dan selamat, malah percuma (bergantung kepada jenis akaun).

Walaupun tak ramai pengguna Malaysia yang menggunakan Paypal, tidak semestinya ianya susah untuk digunakan atau anda tidak boleh menggunakannya :)

You Might Also Like

1 comments

  1. Betoi tu. Cheq dah lama ada akaun PayPal. Best ada PayPal ni 😎

    ReplyDelete

Fav Blog