Riang Ria di A’Famosa Water Theme Park

A’Famosa Water Theme Park sangat terkenal sebagai Taman Tema Air Terbesar di Malaysia. Dengan pelbagai aktiviti air seperti kolam sejuk, gelongsor yang panjang dengan pelbagai bentuk yang mencabar sangat menarik perhatian pengunjung untuk mencuba aktiviti yang seronok ni. Lagi best kalau korang dapat pergi taman tema ni dengan family tercinta sambil have fun dengan pelbagai tarikan yang ada di A’Famosa Water Theme Park ni. 

A’Famosa Water Theme Park ini luasnya berukuran 20 ekar dan ia terletak di dalam A’Famosa Resort. Kalau bertolak dari KL biasanya ia akan mengambil masa dalam sejam sahaja. Taman tema air ini berkonsepkan kekeluargaan sebab tu lagi best kalau korang bawa ahli keluarga dan rakan-rakan untuk bermain bersama bagi memeriahkan lagi trip korang ke A’Famosa Water Theme Park ni. Sekarang ni dah tak payah susah-susah beratur panjang kat kaunter sebab dengan adanya Traveloka, korang dah boleh beli tiket secara online dari rumah sambil goyang kaki. Nak double save money? Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket murah dengan Traveloka Malaysia di https://www.traveloka.com/en-my/activities! Ada macam-macam promosi menarik :D

Riang Ria di A’Famosa Water Theme Park
family raft slide

Antara permainan menarik yang ada kat sini adalah Family Raft Slide. Dia macam platform yang panjang and korang akan menyelusuri platform ini diatas pelampung berbentuk cincin gergasi yang boleh menampung 3 hingga 2 orang dewasa + 2 kanak-kanak dengan berat gabungan tidak melebihi 220kg. Korang akan rasa teruja bila pelampung ni berputar dari platform yang berliku-liku. Then, korang kena cuba sekali Inner Tube Slide. Apa yang menarik pasal permainan ini adalah ia mempunyai 4 platform bersebelahan sesama sendiri, dua daripadanya dalam keadaan tertutup dan gelap di dalamnya manakala dua yang lain adalah dalam keadaan terbuka. Kat sini korang boleh mengelunsur sambil terjerit-jerit sepuas hati hahaha time ni lah kalau korang nak memekik macam mak lampir. 

Body Slide dia pula hampir sama seperti Inner Tube Slide tetapi kali ini korang boleh meluncur ke bawah tanpa tiub. Selain itu, korang tak patut lepaskan peluang untuk cuba High Speed Slide! Game ni adalah game yang paling menyeronokkan yang ada kat sini. Rugi gila siapa yang datang A’Famosa tapi tidak try game paling unik ini. Ia adalah sepasang platform menjunam turun dengan ketara dari ketinggian tujuh tingkat. Best gila kalau korang memang betul-betul suka challenge diri korang sendiri. 


Riang Ria di A’Famosa Water Theme Park
big ice cream

Antara tempat mandi-manda yang disediakan yang sesuai untuk kanak-kanak adalah Arabian Village dan Kids Adventure Pool. Tempat mandi-manda untuk keluarga pula ada 4 jenis iaitu Family Raft, Wave Pool, Sandy Beach dan Lazy River. Tapi kalau korang nak kan aktiviti mandi-manda yang lagi mencabar, korang bolehlah try Big Ice Cream, Wa Ha Ha, Hula Hula, Inner Tube dan High Speed Ride. Kebanyakkannya orang dewasa akan pilih aktiviti yang lebih adventure ni yang semestinya akan bagi adrenaline spike untuk korang hahaha! Selain itu, Big Ice Cream pula salah satu ICE CREAM yang tertinggi dan terpanjang di Asia Tenggara dengan ketinggian 20.8 meter, luas diameter sebanyak 18.3 meter dan panjang keseluruhan 108 meter. Jadi korang jangan ketinggalan untuk cuba “ice cream” ni tau!

Lepas dah penat mandi manda siang hari, waktu malamnya pula, korang boleh tengok Red Indian Show (meniup api), karnival (perarakan muzik), 4D Theatre (rumah hantu & under water adventure), pertunjukkan bunga api, fun fair dan juga taman tema kanak-kanak (Rodeo, Mini jet, Trampolin, Bot Pirate, Memanah dan lain-lain). Old West pula famous kat sini sebab ada macam-macam kedai hiburan macam restoran, pusat game yang akan bagi keseronokan dan kegembiraan di malam hari! Waktu beroperasi Old West hanya pada pukul 9 malam hingga 12 pagi pada setiap hari. 


Next, macam mana nak ke A’Famosa Water Theme Park? A’Famosa Water Theme Park terletak di dalam A Famosa Resort. Untuk pergi ke A Famosa Resort ni senang je, kalau korang lalu laluan lebuhraya Utara Selatan, korang cuma perlu susur keluar ke Plaza Tol Simpang Ampat Alor Gajah dan perjalanan menuju ke sana hanya ambil 10 minit je. Kalau korang menyusuri jalan dari bandaraya Melaka, perjalanan akan mengambil kira-kira 30 minit je untuk menuju ke A Famosa Resort. Nak senang lagi, korang guna Waze je untuk memudahkan perjalanan kalau agak-agak nak sesat dengan laluan Melaka ni hehe.