MYCYBERSALE 2017 | The Olive Tree

Holla! Welcome to #MYCYBERSALE Campaign 2017

MyCyberSale 2017 campaign

This is the 4th year that Malaysia is running this 5 DAY long online sale. Isn't this really amazing?! The #MYCYBERSALE initiative, organized by MDEC under the Digital Malaysia Initiative acts as a catalyst to develop the e-Commerce industry as well as to boost the online shopping culture in Malaysia. And ohh yaa, MYCYBERSALE will take place on 9 until 13 October 2017.

Participating Brand - The Olive Tree


In this blog post, I wanna share with you guys one of the participating brands under MYCYBERSALE Campaign 2017. It is The Olive Tree! The Olive Tree PLT was established in 2015 to provide carefully crafted natural products, which harnesses the goodness of Mother Nature.

It all began when the founder's children were suffering from eczema. Despite her best efforts to keep their surroundings clean and dust mite free, the problems persisted. When her sister who resides in Melbourne, gifted her a plant-based soap to try, she noticed vast improvements with her children's and her own skin condition.

Realizing the difficulty in finding great products made from natural ingredients, doubled with the increasing demand, the founder was inspired to formulate and create her own products using high-quality plant-based ingredients and expertise from Australia. The Olive Tree superior products are a great alternative to commercially produced products laden with potentially harmful chemicals.

The Olive Tree shampoo and hair conditioner

The Olive Tree provides me their Rosemary & Mint Shampoo & Conditioner. It is perfect for normal to fine hair. It also adds volume to fine hair, gives hair a nice glossy look besides promoting hair growth as it stimulates blood flow to the scalp. Available in two combinations of ingredients- Rosemary & Mint as well as Tea Tree & Mint, both shampoo and hair conditioner are priced at RM89.90 for each bottle of 500ml. 

So far I've used the shampoo and conditioner twice and it's really cool! I can feel the freshness over my head from the tip of the hair root. I think it's because the mint inside the ingredients and after hours, my hair is still fresh with its scent. This shampoo and conditioner would be my favorite all the time after this. So, I recommended my housemate to use it also and she loves it!

Not only that, but The Olive Tree also offers a wide range of products from head-to-toe, with ingredients that contain therapeutic and aroma-therapeutic properties;

Pure Olive Soap

The best-selling handmade soap in small batches in Australia using the age-old method of cold process, which involves the saponification of olive oil and sodium hydroxide. Through this process, the soap is able to ensure the skin feels supple, smooth, and moisturized when used. This bar of soap is suitable for all skin types including dry or sensitive skin as it is unscented and olive oil is hypoallergenic.


Argan & Rosehip Body Lotion

For people with sensitive skin types including eczema or psoriasis, the unscented argan and rosehip oil body lotion is suitable as it is rich in vitamin A, E and fatty acids that hydrated dry and itchy skin. You may also customize this bottle of unscented body lotion with essential oil of your choice by adding up to a maximum of 20 drops of your favorite essential oil to it.


Lavender Chamomile Shampoo

Using only the mildest ingredients, this shampoo is great for sensitive skin or scalp. Scented with lavender & chamomile essential oil, it is so mild and gentle, making it suitable for babies, young children, eczema & psoriasis skin types.



In conjunction with #MYCYBERSALE17, they are offering the following from 9 to 13 October 2017;
  • 10% off storewide
  • 20% off min purchase RM300
  • Special offers for selected The Olive Tree products
  • Free shipping within Malaysia 
  • Free shipping above USD 50 for selected Asian countries such as Singapore, Brunei, Indonesia, Philippines, China & Hong Kong

All products of The Olive Tree are available for purchase online through www.theolivetree-organic.com. At present, shipping is free for all purchases within Malaysia! For more information or to interact with The Olive Tree team, please visit their webpage;

Facebook: https://facebook.com/theolivetreeorganic
Instagram: https://instagram.com/theolivetreecompany

masuk sem 2

Pejam celik pejam celik dah sem 2 dah aku. Almost 4 months jugak dah aku kat terengganu ni kiranya. Ni kalau buat event meet and greet dengan bff sekolah lama aku ni mau seminggu baru habis semua cerita pasal universiti memasing. Bila kawan makin ramai, masa makin berlalu, pengalaman pun makin bertambah banyak :')

Masa sem 1 masa dia sangat singkat. Dalam tak sampai 3 bulan je sebab sem 1 kitorang memang sem pendek. Bila kuliah pun belajar subjek-subjek teras universiti je macam kenegaraan, fiqh ibadat, akhlak akidah, english. So, memang tak nampaklah struggle masa sem 1. Pointer pun memang uhukk uhukkk.

Act aku tak tahu nak blog pasal apa sebab since masuk sem 2 ni aku terus kena writers blocked haha. Dah lama tak menulis (menaip) biasalah kan, blank terus otak. Lagi pun so far assignment takdok lagi laa sebab baru start sem 2 en. Haritu cuti sem 1 pun dekat sebulan. Haa berapa lama dah aku tak blogging (except join giveaway yang copy paste tu je haha). Pls sedekahkan bacaan fatihah satu to maisarah.

*tak produktif langsung 

classmates semester 2
*ini idea pose abang photographer tu not us hahaha

Sebab last week baru ambik gambar class (memang untuk universiti) so ni lah wajah-wajah terbaru kami muehehe. Alhamdulillah minggu ni barulah aku kenal semua nama + wajah member classmates. Closeness rating dah bertambah gitu hahaha. 

girl classmates
*classmates perempuan, single unavailable ye semua ni.

Saje nak bagitau, hari tu aku happy gila sebab duit hadiah pengajian ipt anak selangor dah masuk bank :')) Sebab before that aku rasa macam serba salah nak mintak duit kat ibu even nak beli buku tapi still rasa bersalah even mak aku kata ''nanti tak cukup duit bagitau, ibu transfer,". Entah, still rasa bersalah walaupun ibu yang 'offer' nak transfer duit. Entah. Everything is entah. Perasaan macam ni memang typical kan bila masuk U?

So duit hadiah pengajian tu inshaAllah lah dapat tampung perbelanjaan aku for at least 2 or 3 months. InshaAllah laa kan. Kalau tak terboros hahaha. And last week jugak aku dah pass interview untuk pinjaman negeri selangor. So, inshaAllah lepas ni tak payah aku mintak mak aku transfer duit dah. And moge moge i reti berjimat :')

Selama ni duit belanja memang comes from my mom, duit raya tahun ni, duit elaun jadi volunteer sukan sea hari tu. Aku memang tak pernah mohon ptptn sebab aku memang tak nak sebab ada interest rate bila nak bayar balik nanti. Tapi mohon jugak lah pinjaman negeri tu sebab i sedor i tak layak dapat scholarship pun.

Bulan 11 ni ada cuti mid sem seminggu and at first aku dah whatsapp ibu yang aku taknak balik sebab aku nak save duit tiket. Kiranya duit tu nanti aku nak beli tiket flight masa cuti sem bulan 1 nanti laa so kira macam save laa sikit sebab aku taknak balik selangor naik bas. Haritu masa naik sem 2 ni aku balik naik bas, esoknya aku terus demam sebab pening gilak ko. Rasa macam kena jet lag hahaha 10 jam bontot ko melekat kat seat tu dengan aku yang jenis cepat mabuk. Act naik flight tu aku mabuk gak tapi it's better laa dari naik bas sebab naik flight aku kena fight within 1 hour je. Tobat aku naik bas 10 jam.

Tapi tu kunun jelaa tak nak balik masa mid sem en. Bila whatsapp ibu kata taknak balik tu, ibu tanya, 

"kenapa taknak balik? nak study ke?" *tergelak aku
"takdelaa saje nak save duit nanti cuti sem nak balik naik flight."
"ohh habis nanti cuti sekolah pergi bercuti dgn adik-adik tanak ikut ke?" *haaa sudahh time ni siries rasa nak nangis hahaha
"hmm tak kot, nanti bulan 1 kan sarah balik."
"tapi bulan 1 tu adik-adik dah start sekolah balik, kalau nak balik naik flight, balik jelaa,"
"oh haah en, tapi kalau sarah tak ikut takpe en? huhu" *tiket flight mahal tsk tsk
*ibu bluetick

Since that day aku tak boleh tido 3 hari 3 malam fikir nak balik ke idok mid sem nanti hahaha. Dilemma gila weyh. Rasa bersalah pulak aku taknak balik. Sejak tu hari-hari aku survey harga tiket air asia. Selama ni aku naik malindo sebab rumah aku lagi dekat dengan airport subang daripada klia so that terpaksa naik malindo selama ni sebab kat subang takde air asia. Aku nekad aku nak balik masa mid sem ni hahaha. KLIA pun KLIA laaa asal balik. Yang penting tiket murah sikit hahaha.

Act aku dengan housemate aku semua dah pakat tak nak balik gak sebab memasing nak save duit tiket gak. At least kalau housemate semua tak balik takdelah sunyi hidup. Aku ada dua orang housemate orang sabah tu lagi laa kalau boleh raya je diorang nak balik. Tapi takpalaa. I love my family more hihi. Nanti adik-adik aku tak boleh tidur pulak sebab rindu aku. 

Aku beli tiket dengan dua orang classmates aku yang nak balik selangor gak. Guna lah jugak duit hadiah pengajian tu beli tiket flight. Before aku book tiket tu aku pun call lah ibu bagitau aku nak beli tiket dah tapi beli air asia en. Ibu teriak kat aku,

"Hish ko ni macam keling laa kejap nak balik kejap tak, potpetpotpet etc...."

Hahahahaha.

Pastu dia okay laa bila aku cerita yang aku nak ikut classmates aku balik blabla dah plan nak naik sama flight. Mesti ibu tak sabor nak tunggu kepulangan aku hahaha. Aku pun memang tak sabor nak balik senarnya sebab mak aku selalu whatsapp aku gambar kek yang dia buat kat rumah. Bukannya aku dapat makan pun dia send gambar kek dia tu :')

Pengalaman Jadi Volunteer Sukan Sea ke-29 (Kuala Lumpur 2017)

Tahniah Malaysia! I'm so proud of you. Juara sukan sea kali yang ke 29 and sesungguhnya aku bersyukur and berasa bangga sebab dapat jadi salah satu tulang belakang sukan sea tahun ni hihi. Dato' KJ pernah cakap yang volunteer adalah tulang belakang penganjuran sukan sea 2017 so no wonder ramai gila nak jadi volunteer.

Ramai member aku bengang dengan aku sebab katanya aku jadi volunteer tak ajak diorang. Bukan tak nak ajak tapi masalahnya dah terlambat hahaha. Mulanya camni, pendaftaran sukarelawan ni pernah dibuka dua tahun lepas, around 2015 tak silap. Ke 2016 ntah aku pun lupa. Masa tu aku tengah blogwalking and ramai blogger share pasal pendaftaran tu. And aku pun saje jelah isi borang online padahal masa tu sukan sea pun aku tak tau mende apa (ye aku memang noob tapi dulu laa). Then tiba-tiba lepas aku habis spm kecoh pulak ramai dah dapat panggilan pergi latihan untuk jadi volunteer tu.

Aku pun masa tu baru teringat lah yang aku pernah register once upon a time en, nasib aku ingat hahaha. Aku pun check lah sekali tak dapat panggilan lagi. Aku tanya-tanya ah orang lain yang register jugak nape aku tak dapat panggilan lagi? Tiba-tiba jadi semangat nak amik tahu pasal sukan sea punya volunteer sebab orang lain pun ramai semangat pasal benda ni so semangat tu terjangkit pulak hahaha. Diorang kata, cuba email pihak sekretariat. Bagi details ic semua en. Then dapatlah panggilan pergi ke latihan umum sukarelawan sukan sea kat ukm masa bulan februari 2017. 

Lepas aku masuk unisza, dapat panggilan latihan khusus pulak ikut bidang tugas masing-masing. Masa tu bulan 7 kot. Kiranya syarat nak jadi volunteer sukan sea ni kena attend kedua-dua latihan sukarelawan ni kalau tak kira tak dapat lah jadi volunteer. Satu latihan umum, satu lagi latihan khusus. Kitorang attend latihan pun dapat sijil tapi dengan syarat kena attend dua-dua latihan sebab dia bagi sijil latihan masa latihan khusus. Masa latihan kedua kitorang dapat tshirt sebagai tanda diorang appreciate sebab kitorang semangat datang latihan nak jadi volunteer hahaha. Tu baru tshirt latihan je belum tshirt rasmi bertugas tu. Latihan kitorang dua-dua kat ukm and makan, hostel masa latihan tu semua free.

Dah habis latihan tu lega ah sebab tinggal tunggu panggilan bertugas and jadual je. The same thing happen again (email aku tak dapat lagi) so aku call and email pihak sekretariat. Barulah dapat surat panggilan bertugas under sajian di venue kriket iaitu di kinrara oval puchong. Aku faham volunteer ramai gila nak mampos kot so that mesti ada sorang dua yang tercicir and i'm one of them hahaha. Then kena amik volunteer kit bersama kad akreditasi kat msn. Kad akreditasi ni kitorang kena pakai sepanjang bertugas.

volunteer pass

Bahagian sajian di venue kriket total ada 6 orang volunteer plus 2 orang penyelaras volunteer dan semuanya perempuan. Every day aku nak ke sana aku akan jadi perantau yang naik ktm dan lrt selama 2 jam hahaha sebab rumah i jauh nun di sana cita-cita kita. Ni first time tau aku naik train sorang-sorang. Sebab tu ada moment aku tersesat kat kelana jaya lah (tetibe), salah naik train lah, konpius nak naik platform mana lah, salah masuk koc. Adoyaiii.

Malu tu memang aku kena tanggung sorang-sorang woiii sebab aku sorang duk jauh and naik train sorang-sorang. Haaa, fyi kitorang dapat access naik lrt free dengan hanya tunjuk kad volunteer tu kat kaunter. Tapi ktm jelah kena bayor sekali naik rm2.90. Banyak kali gak sebenarnya aku kehulur-hilir dalam stesen lrt and ktm sebab tak tau nak ke mana-mana enn aku pening tengok platform dia hahaha. So everytime aku kena bukak google maps masa nak naik lrt and ktm hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha. Lama-lama aku biasa dah. Tapi takdelah tiap masa aku naik train, ada masa kalau parents aku rajin nak amik, diorang amik. Tapi aku tak nak susahkan diorang sebab jauh, jammed orang balik keje lagi so masa nak hari last-last duty tu fully naik train je.

Tugas aku kena jaga area vip lounge. Ada laa gak kena jadi macam caterer sikit tapi kitorang mostly pada tolong-tolong caterer jelah. Kitorang duty ikut shift. Kalau shift pagi tu dalam jadual suruh datang pukul 9 and balik kul 2. Tapi ada pernah sekali aku datang shift pagi kul 9 tu, memang bosan gila kot dalam vip lounge tu sebab pagi-pagi cemtu mana ada vip nak makan sangat. So start from that day bila shift aku pagi aku akan selalu sampai sana dalam pukul 10 lebih hahaha.

surau tertutup
surau tertutup

Kalau bab solat aku lagi selesa solat kat lrt kinrara tu sebab kat venue kriket tu dia just sediakan khemah bertutup even ada kipas besor gila tapi still rasa bahang kalau time tengahari buta tu and kena amik wuduk kat luar.  Kalau lelaki boleh lah tonggeng tonggeng amik wuduk kat paip tepi khemah tu tapi yang perempuan tu ofkos lah kena pegi toilet amik wuduk. Toiletnya pulak toilet bergerak yang kat luor tu and aku memang tak pernah guna toilet tu sebab bahang gila and takdo paip T_T Sebab tu aku selalu curi-curi masuk toilet anti doping tapi aku masuk masa memang takdo orang laaa hahahaha orang sekretariat pun ramai je curi-curi masuk sebab semua tak sanggup guna toilet bergerak tu hahaha.

Kerja aku kat sana takdelaa berat sangat pun cuma tiap kali balik mesti aku letih gila sebab naik train lama gila en. Lagi parah gila kalau tak dapat tempat duduk and kena berdiri dalam train sepanjang masa. Dah lah aku ni mabuk segala kenderaan. Naik tren dalam masa yang sangat lama itu merupakan satu penyeksaan mini bagi aku hahaha. Tapi best sebab bukan selalu aku naik tren sowang sowang muahahaha

Dekat area seat penonton tu hari-hari kosong. Tapi kalau time malaysia lawan ada laaa jugak orang tapi still banyak kosong hahaha. Kriket ni kan sek sek bangla yang main. Memang tak famous sangat pun kat malaysia ni. Siap ada isu emas kriket tak dihiraukan pihak media lagi tu yang tak pernah masuk astro arena tu. Lepas timbul isu tu baru lah ada interview kat kinrara oval ni masuk astro arena kejap hahaha. Baru ingat nak nyelit masuk dalam kamera sebab nak masuk tv konon-konon macam volunteer tengah tolong-tolong atlet ke apa tapi aku ni bidang sajian so kerja aku dalam vip lounge je. Nak keluar pegi toilet pun kena mintak izin (haha takdelah at least kena bagitau je) nanti diorang cari volunteer sajian dah hilang hahaha. Sebab volunteer sajian kat kinrara every shift ada dua orang je.

Kerja aku lebih kurang je macam caterer tapi most kerja caterer lah yang kena buat. Volunteer just tolong-tolong je. Tolong serve vip makan, ambikkan air untuk vip, clearkan meja lepas vip makan, susun pinggan cawan sudu semua, check makanan dalam tray nak kena topup or tak, tolong habiskan makanan. Yang last tu paling best ah. Kadang tu vip lepak dalam cafe ni sebab nak tengok astro arena atau pun tengok match kriket dari dalam je. Lagipun vip lounge tu tempatnya beraircond memang tempat melepak yang best. Kitorang yang volunteer dengan caterer pun lepak-lepak je. Kalau diorang nak makan baru buat kerja. Simple. Bukannya diorang nak makan 24 jam kan.

view in the lounge
Boleh tengok game sambil makan

desserts

Aku tak sure lah volunteer sajian kat venue lain macam mana kerja diorang. Tapi kat tempat aku kitorang boleh je cuit cuit makan sikit. Tapi kena sorok-sorok lah sikit dari orang atasan or volunteer lain sebab nanti diorang dengki sebab diorang kena makan guna duit sendiri hahaha. Pihak caterer tu bagi je kitorang tumpang-tumpang makan sikit sebab everyday memang akan ada makanan yang tak habis dan dibuang. Standardlah catering kan. Sebab tu dia bagi je kitorang makan lagi pun kitorang kerja sebumbung dengan diorang. 

eating

Kalau nak feeling ala-ala kenduri sikit angkut sepinggan masuk dapur terus. Settle. Boleh makan dengan aman damai. Lepas makan basuh pinggan sendiri hahaha. Menu diorang yang paling aku suka ofkoslah tomyam weyh. Feveret pulak tu. Sedap gila. Haaa nama catering ni segi seri so kalau nak buat kenduri kahwin boleh search and hire diorang muahahaha. Haa lagi satu, milo kan sponsor official sukan sea, and dalam vip lounge ni memang disediakan satu mesin auto milo tau so hari-hari aku minum milo. Kalau orang lain nak minum kena tunggu van milo datang venue baru boleh minum. Tak sia-sia aku pilih bidang sajian masa register dulu hehehe. Makan sedap pulak tu huhu.

volunteer squad

Mostly aku kerja semua dengan orang-orang yang jauh beza umur dengan aku. Paling dekat pun ada dua orang akak caterer yang umurnya 20. Diorang pun part time je tengah study lagi. Yang volunteer mostly student around 22-25 tahun. Yang katerer pun ramai dah dekat 30-an. Yang penyelaras kitorang tu dua-dua dah kahwin. Penyelaras baju dia memang lain lah dari kitorang. Kitorang volunteer hari-hari oren je nampak giler strikingnya hahaha macam rimau huhu. Kalau naik lrt tu nampak baju oren lengan hitam tu haa volunteer laa tu hahaha.

volunteer with caterer

Diorang ni semua best. Sporting. Akak yang tudung bercorak belakang tu aku ingatkan garang tapi sporting je hahaha. Masing-masing suka buat lawak orang tua. Masing-masing kuat makan hahaha. Ada pernah sekali tu dato' KJ datang tau so ofkoslah dia akan datang makan kat vip lounge. Seharian tu dok tunggu je bila dia nak datang makan sebab aku nak tolong serve dia hahaha. Masa tu aku tengah basuh pinggan kat dapur then bila aku keluar dari dapur dia pun baru keluar dari pintu bilik yang sebelah dapur tu (ntah bila dia sampai) so that time i was like oh my oh my oh my oh my matanya melemahkanku hahahahahahahahahaha for the first time he was standing in front of me siap sedekah (senyum) pulak tu. Nak amik gambar dengan dia tapi fikir dia tengah nak makan ennnnnnnn ennnn ennnn so aku sempat bukakkan tray jelah untuk dia hm.

Dato' KJ

cricket game

Yang ni masa malaysia lawan and time tu aku shift malam. So nampaklah jugak ada manusia kat seat penonton tu even banyak lagi kosongnya huhu. Riuh gak ah malam tu penyokong malaysia bersorak cumanya tak segempak kat venue lain laa huhu.

volunteers with Rimau mascot

Kebetulan masa last day aku bertugas tu ada penyampaian hadiah untuk kategori perempuan kriket so rimau pun ada! Aku paling beriya ajak diorang turun amik gambar dengan rimau sebab aku dah last day enn rasa macam nak bergambar dengan semua orang walaupun dengan yang takde kaitan hahaha. Ntah laki ke perempuan dalam tu aku main tibai je peluk tangan dia gebu doo hahahaha. Dah last day tu tiba-tiba rasa macam kalau boleh nak hari-hari ada sukan sea hahaha. After this, no more notifications from group whatsapp sajian official, group kinrara oval, group kriket, group kohort ukm, group sajian kriket, group girls vip lounge kriket because i'm gonna leave all those group sebab nanti naik sem 2 lagi banyak group whatsapp aku kena join hahaha.

volunteer cricket

Jadi volunteer ni, kitorang dapat token RM50 sehari as duit makan. Kalau ikut kan makan pun diorang nak sediakan untuk volunteer so that volunteer memang tak akan terima sebarang bayaran tapi sebab ada kes vegetarian lah apa lah, diorang buat inisiatif untuk bagi token makan. So makanlah apa yang ko nakk. Kalau macam aku, advantage dah banyak sebab aku makan boleh tumpang catering je hikhik. So duit token aku tu kira macam elaun lah walaupun tak banyak tapi okaylah. Penat lelah aku naik lrt sampai dua jam pegi balik tu lebih dari berbaloi dengan pengalaman yang aku dapat sepanjang aku bertugas. Sebab bukan every year pun kita jadi tuan rumah sukan sea.

volunteer perks
ni je pun yang saya mahukan sebenarnya

Perkara Yang Boleh Dilakukan Selepas SPM

Aku ni jenuh gak memikir apa nak buat kat rumah selama 6 bulan lebih selain daripada mereput sampai gila. Cuti almost 6 month kot takkan takde nak plan something worth untuk cuti tu? So, aku banyak explore something untuk dijadikan aktiviti lepas spm even adalah jugak hari yang aku termereput secara tak sengaja hahaha. Kat bawah ni aku share some aktiviti yang aku buat masa cuti after spm tapi tak semua kat bawah ni aku buatlah. Some of them are from my friends too :)

student table

1) Pergi Kelas Al-Quran

Aku takdelah mendaftar mana-mana kelas al-quran. Tapi aku ada pegi kem kat satu pusat tahfiz ni. Kem tu dua minggu kat pusat tahfiz tu and aktiviti dia sama macam rutin harian student tahfiz kat situ. Kira macam jadi budak tahfiz laa kejap tapi cuma two weeks je huhu. Sajelah nak try. Nak rasa macam mana jadi budak tahfiz kejap. Dalam kem ni pun memang mostly belajar al quran jugak. Ada latihan menghafal surah-surah pendek dan panjang.

Act kem ni macam nak biasakan rutin pelajar tahfiz dekat budak-budak luar, so siapa rasa boleh go on nak terus jadi pelajar tahfiz situ boleh terus interview and biasanya siapa yang interview time kem tu biasanya dapat je sebab ustazah nak tengok kesungguhan ko je sebenarnya. Tapi aku takdoklah nak join interview tu hehe. Lepas spm pun apa salahnya pegi belajar al-quran lagi walaupun dah pernah khatam ke sebelum ni. Boleh belajar perbetulkan bacaan ke, belajar hafal surah sikit-sikit ke. Belajar al-quran ni bukannya time sekolah je. Lepas habis sekolah pun kena belajar lagi sebab ianya long-life learning, pengajian sepanjang hayat gituu.


2) Spent Time Dengan Family

Biasa, tiap kali akhir tahun family banyak plan trip untuk keluarga. Melancong sana-sini. Try cari masa untuk luangkan masa dengan family sendiri. Yang duduk asrama tu dah bertahun-tahun tinggal jauh dari family apa salahnya spend time lebih sikit dengan family sendiri especially dengan parents. Memang lah sebelum ni pun selalu je spend time dengan family, tapi cuti habis spm ni pun utilize sepenuhnya cuti korang untuk diorang. Nanti dah sambung belajar, kena tinggal berjauhan dengan family lagi. Tak semestinya kena holiday jauh-jauh vacation mahal-mahal. Setakat pegi makan ramai-ramai kat kedai makan pun okay atau lepak-lepak tengok movie, kemas rumah sama-sama pun boleh. Yang family ada kedai, boleh tolong jaga kedai ke. Spend time tak semestinya kena keluarkan duit.


3) Hangout Dengan Kawan-kawan

Dah habis sekolah, mestilah rindu kawan-kawan lagi-lagi yang duduk asrama memasing jenis tinggal jauh-jauh. Kalau nak lagi best buat reunion satu batch terus. Aku last jumpa kawan-kawan aku masa bulan november time spm tu, bulan 4 tahun depannya tu baru kitorang buat reunion satu batch ala-ala hi-tea kat hotel. Empat bulan lebih dah tak jumpa ko boleh bayangkan en betapa gumbiranya masing-masing jumpa member padahal baru 4 bulan tak jumpa. Nanti masing-masing sambung belajar, setahun pun belum tentu dapat jumpa, nanti cuti tak sama lah, orang tu tak free lah, mesti akan ada yang tak cukup bila nak gather semua sekali :')

Reunion kat hotel buat hi tea konon macam grandlah bayor memahal sekali seumur hidup tapi makan sikit je sebab masa banyak habis bersembang + bergambar dengan kawan-kawan je. Kira banyak spend time dengan member selain makan. So mana-mana yang nak buat reunion tu dinasihatkan tak payah buat kat hotel grand-grand pun takpo asalkan dapat jumpa member kan? Macam aku cakap tadi nak spend time tak semestinya kena keluarkan duit. Kalau plan trip dengan member pun cubalah rancang trip yang mengeluarkan bajet paling minima. Jangan sebelum masuk U dah berjebon sana sini habiskan duit makpak. Nanti ko dah sambung belajar, ko akan terkejut beruk betapa banyaknya duit nak kena spend untuk kau SEORANG semata-mata nak survive time study tsk tsk.


4) Ambil Lesen

Yang ni satu perkara yang aku tak pernah buat lagi sampai sekarang even aku dah nak masuk sem 2 hahaha. Kawan-kawan aku ramai lah jugak yang dah ada lesen. Aku tak tahu kenapa aku tak amik lesen lagi sampai sekarang sedar-sedar je aku dah masuk universiti ahahahaha. Aku ingat nak amik lesen time aku dah ada duit sendiri je tapi bila ntahnya nak betul-betul "ada duit sendiri'' tu haha.

Kalau kau jenis yang suka merayap macam aku ni actually agak meranalah nak survive kalau tak ada lesen. Biasalah budak-budak lepasan spm ni dah rasa diri tu cukup dewasa tiba-tiba rasa macam bebas pulak nak jalan ke mana-mana. Ni tak, aku bila dah masuk U ni, walaupun ada banyak kereta yang disewakan untuk student, aku still kena harapkan housemate aku yang drivekan atau paling tak pun guna grab. Kalau aku ada lesen aku rasa dah merata aku pergi kat Terengganu ni sorang-sorang lantaklah ada orang nak teman ke tak haha. Tapi bagus juga aku takde lesen ni kalau tak pokai dah rasanya kalau aku berjalan je keje. Tapi elok juga ambil lesen lepas habis spm boleh tolong drivekan makpak/adik-adik hang nak ke mana-mana.


5) Kerja Part Time / Full Time

Ramai kawan aku lepas spm terus cari kerja. Katanya takut masa di rumah banyak dihabiskan tanpa generate any money. Bagi diorang setiap minit kat rumah bila dah tak sekolah ni patutnya boleh buat duit. Air liur tak boleh buat beli baju kat zalora tau. Aku ada lah kesedaran jugak lepas terlalu lama mereput so lepas 5 bulan mereput baru rasa nak cari kerja hdskhdskhdsk. Aku start keja awal bulan 4. Berhenti kerja akhir bulan 4. Hahahahaha what the fish aku kerja sebulan je. Adalah something problem yang menyebabkan aku terpaksa berhenti terlalu awal (bukan diberhentikan okayhh).

Korang cari kerja ni kena ingat, bukan gaji yang jadi prioriti. Pengalaman tu yang penting. Biasakan diri dengan suasana alam pekerjaan walaupun ko hanyalah seorang cashier. Nanti bila kerja, boleh belajar macam mana nak bersosial dengan staff lain, dengan boss, dengan customer. At least, pengalaman korang tu berharga. And korang akan belajar betapa susahnya mak bapak korang tu cari duit. Nanti masuk U ada laa kesedaran sikit nak berjimat hahaha.

So peringatan untuk lepasan spm yang nak kerja sementara masuk U, carilah sebanyak mana pengalaman. Kalau every month ko nak kerja tempat lain-lain tu pun it's up to you. Gaji tu takyah lah nak berkira sangat act budak diploma pun starting gaji berapa je. Yang penting pengalaman and kita tolong orang lain yang ada bussiness daripada buat benda tak berfaedah and banyak mereputz kat rumah. Tolong kemas rumah taknak en so better pi kerja daripada menyakitkan mata mak bapak hang sebab asyik duk menonggeng je kat rumah.

Aku nak bagi tips untuk budak lepasan spm nak cari kerja. Macam pengalaman aku, area rumah aku tu ada satu kawasan memang deretan kedai yang memang banyak gila nak mampos. Masa tu aku cari kerja dengan sorang kawan aku. Mak aku hantar kitorang kat hujung kedai then kitorang masuk every kedai and tanya "ada kerja kosong untuk lepasan spm tak?".

Muka tu kalau boleh biar ditebalkan setebal tebalnya. Biasa diorang akan mintak korang tinggalkan nombor telefon untuk diorang panggil bila-bila (walaupun takkan dipanggil haha) or sometimes akan ada interview terus. So prepare jelaa. Pastikan masa korang mintak kerja tu buat laa action macam betul-betul nak cari kerja. Jangan fikir duit duit duit duit jeeee. Kang awal-awal dah kena reject sebab tak semua nak pekerja dari budak spm.


6) Join program, event atau seminar

Kalau dah kerja pun malas, join mana2 program yang BERMANFAAT. Kat Malaysia ni belambak orang anjurkan program program yang banyak bagi manfaat. Kalau poket kering, program program yang free pun banyak. Apa salahnya kan join event usrah ke, majlis ta'lim ke, seminar bisnes ke, pesta buku ke, event keusahawanan ke, bengkel penulisan ke. Tak rugi pun kalau korang join benda benda ni sebab korang akan dapat ilmu yang LUAR DARI SILIBUS korang, dengar pengalaman orang lain. Ilmu Allah tu kan luas, 'belajar' tak semestinya kena kat sekolah/universiti je.


7) Tolong ringankan beban parents

For those yang masih ada mak ayah tu, tolong tolonglah apa yang patut kat rumah tu. Mana tau mak hang tak cukup tangan nak jaga adik-adik korang ke. Maybe selama ni parents korang selalu hantar baju ke dobi, tapi dah alang-alang kat rumah takde buat pape, koranglah pulak yang mendobi baju family korang. Boleh jimatkan kos dobi untuk 5 or 6 bulan pun okay. Tolong mak basuh pinggan, masak lunch or dinner, buatkan breakfast.

Nampak macam jadi kuli eh? Tak ah. Kalau korang betul-betul buat ikhlas untuk family korang, pahala sentiasa mengalir je selagi korang tak merungut. Mana tau hubungan family yang selama ni renggang terus jadi erat gila nak mampos, why not? Sebab korang buat untuk FAMILY korang sendiri. Every time korang duduk rumah je. Percayalah, nanti korang dah masuk U, koranglah manusia paling dirindui sebab dah takde 'orang gaji tak berbayar' kat rumah hahaha.

Kalau mak ayah ada kedai ke apa pun boleh tolong-tolong diorang. Tak payah diorang susah susah gajikan orang lain untuk tolong diorang. Ingat, pahala sentiasa mengalir kalau korang tolong family korang sendiri lagi-lagi your parents. Nanti dah sambung belajar, busy dengan assignment semua susah nak cari masa free tau.

Baru Sem 1

Lama betul aku ignore blog ni. Maklumlah banyak terqada' tidor huhu. Assignment pun dah keliling pinggang. Perasaan duduk asrama masa zaman universiti ni lain dengan masa sekolah menengah. Ofkos lah kan. Masa sekolah menengah semua orang terikat dengan peraturan. Baru duduk seminggu dah rasa macam setahun. Tak sabar nak tunggu minggu balik. Tapi kalau kat universiti ni sedar tak sedar rupanya dah sebulan tak balik. Tau tau je lagi three weeks nak cuti sem dah (sem pendek). So dia macam tak kisah tau dapat balik ke tak, duduk sini tetap bahagia (sebab ada phone + laptop kot hahaha).

Rakan sekelas diploma

Ni classmate aku untuk sem 1 and inshaAllah akan jadi classmate aku sampai sem 6 nanti. Dulu masa form 5 class aku ada 11 lelaki, 6 perempuan je. Masuk unisza bilangan perempuan class aku dah jadi 5 kali ganda kott hahaha pening aku perempuan kan banyak songeh and perangai. Bila nak decide something tu biasalah. Payah gak ah hahaha. Act setakat hari ni, ada gak nama classmate yang aku masih tak hafal huhu. Muka pun ada yang aku still tak kenal hihihihi. So far kitorang selalu belajar dalam dewan kuliah utama, gabung dengan course lain sebab tu ada yang masih tak kenal sesama sendiri. Cuma kalau time class english je kitorang belajar ikut course and masa tu baru perasaan, ''Ohh kau budak intrade rupanya.."

Tahun ni, seminggu aku berpuasa kat rumah (before daftar unisza). Lagi tiga minggu puasa kat unisza. Biasalah kan kalau duduk asrama ni, boleh kira berapa kali je aku sahur huhu. Paling ok pun minum seteguk air. Kat asrama takde orang nak kejut sahur macam mak aku kejut kat rumah sobs sobs. Then masa balik raya haritu, dapat jugaklah aku fefeeling konon macam orang perantau yang nak balik beraya hahaha. Yolah dari terengganu ke selangor. Naik bas mau 6-10 jam kut, ikut bas lah. Tapi aku balik naik flight haritu so tak rasa sangatlah macam perantau tu sebab dalam sejam je dah sampai rumah haha. Masa first time aku belajar naik flight sorang-sorang tu jantung aku ni dup dap laju gilo sebab takut dengan polis (pegawai kastam) yang jaga kat airport tu hahaha. Haritu aku kena marah sebab tak bawak keluar laptop masa scan bag. Tu pun nak marah. Malu aku dahlah sorang-sorang masa tu.

Simple and short story about my raya this year. Macam biasa, pagi raya ofkos kami akan ziarah kubur ayah sebelum bertolak balik ke kampung. Tahun ni kitorang beraya di johor, tapi dua hari je. Raya ketiga kitorang dah balik selangor balik dah. First sebab mak aku taknak hadap jammed, and then dalam masa dua hari tu kitorang dah habis beraya semua rumah saudara belah ayah kat johor so that kitorang bertolak balik awal. Raya aku tiap tahun takdelah hambar sangat cuma tempoh raya tu je yang sekejap untuk aku. Hari-hari lain dah jadi hari biasa balik bagi aku. Tak sedih pun cuma bersyukur :')

After raya tu, banyaklah sikit benda yang jadi. Duit pun banyak habis sebab asyik berjalan je huhu. Lepas tu sikit-sikit nak makan sikit-sikit nak makan. Mana tak habis duitnya. Setakat ni aku belum muak lagilah makan keropok lekor. Tak tau bila nak muaknya baru jimat sikit duit kot hahaha. Kat terengganu ni mall paling meriah pun mydin je. Nak beli barang apa semua kat situ.

Haritu ada sekali tu keluar dengan housemate, plan last minit. Act pagi tu aku stress + ngantuk gila nak siapkan assignment. Sampai aku keluar rumah buat tawaf keliling row blok and naik turun tangga sampai hilang ngantuk. Tapi cara ni tak berkesan sangat rupanya. Kebetulan housemate nak keluar pergi bank ngan pasar payang tengahari tu. Nasib baik aku ikut diorang keluar. Malam tu aku terus jadi semangat nak siapkan assignment sebab dah puas berjalan hahaha.

Dalam two weeks after raya tu, aku balik rumah balik (even ada kuliah sebenarnya tapi jenuh jugak nak dapat pengecualian kuliah). Aku ada latihan khusus kat ukm bangi sebelum jadi volunteer untuk sukan sea bulan 8 ni. Before masuk unisza ni, aku dah attend latihan umum masa bulan 4 tu. So, yang kali ni kira second training lah. Masa nak mintak pengecualian kat pejabat pphp tu susahnya kemain bapak. First sebab aku attend program ni anjuran luar even ada surat dari pihak sekretariat kuala lumpur and awal bulan 8 ni pulak ada final exam untuk short semester andddddd sukan sea tu bulan 8 gak. So that agak susah nak dapat pengecualian kuliah untuk weekend tu. Tapi si maisarah ni pandai membodek so dapat lah dinda balik masa tu (even assignment video english pun tak siap lagi masa tu).

Aku ada kawan gak dari intec shah alam yang join latihan ni sama tarikh dengan aku. Dah alang-alang tu aku interview dia and record vid untuk masuk dalam assignment video aku. Punya last minit kau tengah training pun sempat lagi siapkan assignment hahaha. Nak seribu daya, taknak seribu dalih huhu. Yang penting assignment kena siap. Act aku TAK PERNAH edit video tau. So aku agak confuse tau dah lah buat video last minit, nak belajar buat video tang mana pulok? Lepas godek godek laptop ni rupanya ada movie maker so aku godek godek lagi movie maker tu so akhirnya terhasillah video documentary english aku yang tiga minett tu. Masa guna movie maker ni aku memang tawakkal habis ah, first try en and cuma berharap yang video aku ni menjadi.

So kepada sesiapa yang masih noob tentang pembuatan video and tetiba dipaksa buat video untuk assignment tu aku sarankan guna ajelah movie maker tu. Tak perlu download apa-apa apps kat phone. Edit pakai phone payah weyh. Orang yang tak expert boleh terus jadi pro guna movie maker ni hahaha. Balik dari latihan tu, terus siapkan video. Aku tido pukul 3 pagi then pukul 8 pagi dah kena gerak ke airport balik sebab petang tu ada class mihmih.  Tapi tinggal subtitle jelaa tak siap lagi. Sampai unisza aku terus siapkan subtitle tu.

Video assignment pelajar universiti

For the first time I record myself in a video and for the first time aku kena edit video sendiri, last minit. Act aku mana suka record record video ni lagi-lagi diri sendiri kena ada dalam video tu tapi demi markah 30% assignment tu aku relakan jua. Ni baru sem 1 beb. Nanti sem 4 kena buat short movie pulak and aku kena berlakon sekali @#$%^&*}|\?!! Tobat lah den. Ni last aku buat edit video.

Minggu Orientasi Pelajar Baharu Diploma Unisza (Minggu Mesra Siswa) 2017

minggu orientasi kat unisza orang tak panggil  o r i e n t a s i  tapi orang panggil minggu mesra siswa. bermesra-mesra dengan para siswa/siswazah lain gitu hahaha. kalau macam uitm diorang sebut mds maksudnya minggu destini siswa tak silap. tempat lain tak tahu pulak den.

time mms ni tak penat sangat pun act. banyak aktiviti dalam dewan je. yelah lagi pun tengah puasa kan takkan nak disuruh kawad kat padang kut. aktiviti kitorang dalam dewan banyak cerita pasal pengenalan universiti.

dia ceramah pasal macam mana nak daftar kursus, daftar koko, sign aku janji pelajar then baca ikrar secara jema'oh. so lepas ni kalau kurang faham boleh tanya senior/lecturer je sebab benda-benda basic pasal universiti dah diterangkan masa mms.. buat medical check up pun ada. yang medical check up ni setengah ipta boleh buat kat klinik ipta tu sendiri, ada yang kena buat sendiri kat klinik luar. untuk medical check up kat sini kitorang bayar RM40 so medical check up pun kitorang kena buat berjema'oh (beramai-ramai).

Siswi diploma Unisza 2017

btw baju korporat tu semua student baru memang akan dapat. harga baju tu dah masuk sekali dengan yuran pendaftaran tak silap. kami panggil baju tu baju minion haha. 

Siswa diploma Unisza 2017

 macam beshe fasi unit multimedia mesti akan cari 'mangsa' diorang so 'bertuah' gak lah siapa yang tido time ceramah tu hahaha.

picture credit to page mpp unisza

Berbuka puasa minggu mesra siswa Unisza

makan minum kitorang sepanjang mms ni semua disediakan sebab memang dah bayar sekali time pendaftaran pun. tapi makan sahur dengan makanan berbuka jelaa lunch mana de hahaha. act kitorang berbuka dan sahur kat kafe so ada meja. tapi disebabkan masa tu aku turun lambat so kena laa makan bawah khemah atas kerusi je huhu. sebab student memang ramai gila. sampai nak roboh cafe. hahaha takdela.

tapi en, nasi dia sumpah banyak gila. aku makan tak pernah habis. ni kalau kawan sek men aku baca ni mesti kena perli ni grr. eh tapi siyes banyak nasi dia. satu bekas tu boleh buat makan sahur DAN berbuka hahaha. paling rajin nak turun makan mesti ah time nak berbuka. tapi paling malas nak turun comfirmlah time sahur bhahaha. bilik tingkat 5 kut. kadang rasa nak terbang je dari atas tu ke bawah cepat sikit sampai ke tanah. tapi aku sure bukan setakat sampai ke tanah, siap 'masuk' dalam tanah pun boleh kalau dah ajal hm. turun sahur pukul 4.30 pagi camtu, then makan reramai. pastu fasi bawak ke surau ikut group masing-masing untuk solat subuh jemaah.

kalau yang ma'zurah (period) diorang akan kumpulkan macam kat satu dewan ni. buatlah aktiviti apa-apa. kadang-kadang fasi buat sharing. kadang-kadang (lelagi time subuh) fasi kasi kitorang sambung tido ahahaha dengan baju korporat nya semua terlentang tido. kalau time maghrib sampai habis terawih tu biasa tengok movie or buat sesi Q&A sikit hihi.

Watching Moana
moana

tapi biasa yang solat subuh tu, lepas solat ada baca yasin and then ada banyak masa gak bagi siapa nak sambung tido haahaha. everything is about qada' tido. tiada apa yang lebih indah melainkan dapat tido time mms sebab memang ngantuks gila. 

Dewan Al-Muktafi Billah Shah Unisza

time last day sebelum mms habis, dalam dewan kitorang cam celebrate para fasi lah yang sanggup tak tido, kejut kitorang sahur guna siren + lagu raya (ramai bangun pagi nak nangis dengor lagu raya teringat family kat kampung hahahaa), yang hari-hari tanya kami "ada yang sakit tak?", sanggup carikan ubat even selesema or pening sikit je, yang terkejar sana-sini nak uruskan itu ini :')

semua bukak torchlight kat phone memasing pastu lambai-lambai sambil bukak lagu flashlight adelelelelele dengan dewan yang malap-malap gitu. sweet.

satu benda yang paling femes time mms and paling banyak isu dipersoalkan menggunakan hashtag #UniSZAPastuTahu di twitter ialah suhu dalam dabs (dewan al-muktafi billah shah). ko berdiri je kat pintu dewan tu dah rasa macam duduk kat kutub utara. apatah lagi bila berjam-jam duduk dalam dabs dengor taklimat. so no wonder lah kalau ramai gila buat lawatan ke tandas every 30 minutes and ramai tak reti duduk diam. yang perempuan bolehlah nak cover dengan telekung kalau ada dalam beg. yang lelaki? hahaha. fasi/senior ramai cakap diorang jawab exam dalam dewan ni major pakai baju macam tengah bercuti kat overseas hahaha jaket wajib tebal kalau taknak keluar dewan awal and jawab exam dengan aman dan tenang. yela tu kot.

mms ni tak lama pun. dalam 4 hari macam tu. tapi rasa macam lama sangat sebab aku tunggu je bila aku boleh qada' tidur. lepas habis tu memang ramai terbongkang kat asrama weyh T_T 

habis makruh puasa kitorang sebab banyak tido hahaha #astaghfirullah

at first, biasalah semua macam still ting tong lagi pasal universiti semua. sebab universiti punya sistem tak sama macam sekolah. 


Link lain berkaitan Unisza :

Diploma Perdagangan Antarabangsa di Unisza - https://messarah.blogspot.com/2019/02/diploma-perdagangan-antarabangsa-di.html

Minggu Orientasi Pelajar Baharu Diploma Unisza (Minggu Mesra Siswa) 2017 - https://messarah.blogspot.com/2017/06/minggu-orientasi-pelajar-baharu-diploma.html

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza 2017 - https://messarah.blogspot.com/2017/06/pendaftaran-pelajar-baharu-diploma.html

Lain-lain di Unisza - https://messarah.blogspot.com/search/label/Unisza

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza 2017

hampir seminggu jugak lah aku kat unisza ni. aku tak percaya yang aku masih homesickkkk hahaha. tapi takdelah sampai mengalir air mata. just teringatkan rumah jelah. dah lah tengah bulan ramadhan. dah 6 bulan berholiday kat rumah tetiba kena masuk asrama balik, ko rasa? tapi takpe sebab aku kira beruntung jugaklah sebab aku dah ada pengalaman duduk asrama even stay asrama time sek menengah dan universiti sangat-sangatlahhhhhhh beza. bebas sikitlah. kadang macam bebas banyak pun ada. apa-apa je lah. aku ada kawan yang tak pernah duduk asrama dulu, homesicknya mashaAllah sendu terokss. aku pulak yang kesian tengok dia haha. yelah dah lah tetiba kena berpisah dengan family di bulan romadhon, tak boleh cuti sampai raya pulak tu.

aku daftar 5 jun hari tu which is hari isnin. lupa pulak yang minggu tu adik-adik aku cuti mid year so tak payah shushah shushah nak suruh diorang ponteng semata-mata nak iring kakak yang tersayang ni ke universiti. kitorang gerak ke terengganu dari selangor masa hari ahad. it takes almost 5++ hours jugaklah. sian ibu drive lama benor...

esok pagi isninnya baru gi daftor.

time dah masuk pagar unisza tu act aku nervous gak tau hahaha. nervous banyakkk! masa tu aku fikir, "seriously dah kena masuk asrama balik?!!!!! apa aku buat ni!!" tiba-tiba rasa menyesal dengan pilihan hidup sendiri time tu haha. tapi aku lek lek je laa. sian mak aku drive semalam jejauh nak hantar aku kat sini nak aku jadi orang berguna :')

nak daftar tu semua kena urus sendiri. family aku semua sibuk dok berselfie kat signboard unisza luar dewan tu, aku terkebil-kebil nak gi kaunter itu ini nak gi daftar hahaha.

Suasana dalam dewan hari pendaftaran

time daftar tu memang dari A sampai Z kita kena urus sendiri. bukan macam nak daftar masuk darjah 1 mak kena ada kat sebelah tuliskan i/c kita blablabla. tapi time aku datang takdelah ramai macam ni. ni masa awal-awal pagi. aku datang pukul 11 pagi pfft. memang saje datang lambat sebab aku malassss... belum daftar lagi dah malas gais. so time aku datang tu memang lenggang lenggong ler. smooth je proses daftar aku. so lepas ni datanglah lambat macam aku hahaha. jangan! datang je awal nanti senang ada banyak masa nak kemas barang kat bilik sebab lepas daftar tu petang tu dah terus start orientasi (minggu mesra siswa).

btw fasi/person in charge kat sana memang ramai so jangan risau kalau ada benda tak tahu boleh tanya je, jangan takut. yela macam aku ni bolehlah nak dikatakan first time jugak uruskan pendaftaran apa semua sendiri. bila tak paham aku tanya sesapa yang ada kat situ. diorang takde makan aku pun sebab diorang pun tengah puasa time tu. hahaha.

Fasilitator Hari Pendaftaran Pelajar Diploma Baharu 2017

lepas habis daftar semua, dia terus bagi kunci bilik. so pergilah kami ke kolej kediaman dia. asrama unisza ada dua jenis satu yang lama satu yang baru. tak silap aku student diploma first year ni semua dapat asrama baru. asrama baru dia lain sikit, dia macam apartment. satu rumah ada lima bilik. satu bilik dua orang.

aku dapat tingkat 5 weyyyyy. dah lah masa daftar ni bulan ramadhan. family semua puasa, tengok diorang tolong angkatkan barang aku berat-berat naik ke bilik aku tingkat 5 tu sumpah rasa bersalah gila. tapi nak angkat sensorang aku pun tak larat hahaha. yang bestnya, blok aku paling dekat dengan cafe, memang depan cafe je hihihihi.

lepas je aku pasang cadar kat katil, semua berhimpit anak-beranak baring atas katil. penat kut kesian diorang :')

Dari dalam bilik asrama pelajar baharu diploma Unisza

memula aku ingatkan aku takde roomate tsk tsk rupanya dia tak masuk bilik lagi sebab pergi beli barang hahaha. baru nak nangis. takut kena tidur sorang-sorang dahlah tempat baru hahaha. asrama baru ni okay gak ah. almari besor. meja belajar beso. senang cerita in good condition laa. tapi takdelah asrama lama tu dhoif sangat pun. cuma kalau dapat asrama baru ni ok sikit lah lebih selesa. lagipun asrama baru lagi luas daripada asrama lama.

aku pernah tengok-tengok gamba asrama lama dekat blog orang lain. sebelum aku masuk unisza ni aku rajin betul baca blog-blog senior semua pasal unisza hahaha punya semangat aku nak tahu pasal unisza. takpe ah at least aku dah kenal unisza sikit-sikit.

mula-mula tu act perasaan takut, malas, tak selesa dengan surrounding tu mestilah ada. dengan tak kenal sape-sape kat sini. tapi bila fikir balik, masa aku mula-mula masuk asrama time sekolah menengah dulu pun aku pernah rasa macam ni. tapi aku tahan je homesick aku masa form 1 tu sebab teringat balik pengorbanan ibu pergi balik hantar aku tu. kau tak tahu masa awal tahun form 1 tu hari-hari aku nanges nak balik rumah sampai waktu kelas sains pun orang lain sibuk buat eksperimen sains aku menyendu sorang-sorang kat meja belakang hahaha. but at the end aku dah habis spm pun kat sekolah tu. so kalau aku buat benda yang sama kat sini, lama-lama okay lah tu hihi. senior kat sini ramai cakap,

"ala, diploma dua tahun sekejap sangat."

sebab masa aku form 1 masuk asrama pun, ada senior bagitahu aku,

"ala, sekolah 5 tahun duduk asrama sekejap sangat."

so, hidup memang kejap je pun :')


Link lain berkaitan Unisza :

Diploma Perdagangan Antarabangsa di Unisza - https://messarah.blogspot.com/2019/02/diploma-perdagangan-antarabangsa-di.html

Minggu Orientasi Pelajar Baharu Diploma Unisza (Minggu Mesra Siswa) 2017 - https://messarah.blogspot.com/2017/06/minggu-orientasi-pelajar-baharu-diploma.html

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza 2017 - https://messarah.blogspot.com/2017/06/pendaftaran-pelajar-baharu-diploma.html

Lain-lain di Unisza - https://messarah.blogspot.com/search/label/Unisza

Persiapan ke Universiti

Masa 15 Mei haritu, result upu dah keluar. First choice aku, aku isi UIA untuk program asasi. Tak tahu kenapa aku konfiden giler dapat uia. First sebab asasi. Second sebab uia. Third sebab course ekonomi dan pengurusan. Fourth sebab aku memang teringin nak jadi student uia ngehngeh hahaha. Last last aku dapat Unisza.... the second choice. Aku pun tak tahu kenapa aku pilih unisza. Masa tu aku main 'bantai' je isi sebenarnya janji course yang aku bolehlah nak dikatakan minat. Masa isi borang upu aku memang tak isi borang politeknik so sah-sah lah aku tak dapat poli.

Aku memang tolak awal-awal semua course yang berkaitan sains mak nenek tu. Sebab aku memang bukan otak sains walaupun time spm aku amik sains teknikal hahaha. Aku dapat course Diploma Perdagangan Antarabangsa a.k.a Diploma Intrade (International Trading).

Kalau korang dengar nama unisza mesti pelik kan? Aku pun sama HAHAHAHA. Sebab jarang dengar and tak famous sangat. Orang katalah haha. Yang biasa aku dengor uitm, uia, ukm, unisel je hahaha.

Act sebelum tu aku dah dapat matrik. Kolej Matrikulasi Teknikal kat Johor. Mak aku suruh accept matrik je kalau tak dapat mana-mana tawaran upu. Tapi aku taknak sebab aku malas nak serabutkan otak aku belajor bidang yang aku tak minat sebenarnya. So, kira bersyukurlah dapat tawaran unisza ni huhu.

Untuk program diploma aku ni ambil masa dua tahun. Okay ah tu en. Aku ingat 3 tahun macam lama sangat je nanti kawan-kawan aku yang amik matrik ngan asasi dah nak sambung degree aku diploma pun tak habis lagi. Takpe la, nak belajo tak payah nak berlumba sangat siapa habis dulu. Rezeki orang kan lain-lain.

So, dari tarikh tawaran aku tu, aku ada lebih kurang tak sampai sebulan je untuk buat persiapan. Eh, lama lah jugak tu kan? Tapi budak-budak uitm diorang daftar awal kot. Hari isnin dapat tawaran, ahad minggu tu jugak dah kena daftar. Kawan-kawan aku yg dapat uitm ramai kelam kabut jugak ah. Tapi budak-budak uitm lepas habis orientasi seminggu diorang dapat cuti seminggu berpuasa kat rumah dengan family. Then kena balik kolej balik.

Aku daftar sekali dengan budak-budak matrik isnin ni. So kitorang memang dah seminggu lebih puasa kat rumah, so lepas ni aku balik time raya je. Aku tak boleh bayangkan macam mana perasaan tak balik rumah berbulan-bulan sobs sobs. Selama ni time sek menengah duduk asrama boleh balik tiap 2 minggu. Paling lama sebulan. Lagipun rumah memang dekat giler.

Ada sehari tu, aku call bendahari unisza tu nak tanya pasal yuran pengajian blablabla. Tapi aku tak tahu kenapa aku amik masa lama gilerrrrrrr nak paham apa dia cakap tu tsk tsk. Loghat terengganu aku mana reti. Habehlah aku. Aku banyak kali try loghat ganu pun berbelit-belit dah hahaha.

Berdasarkan pengamatan aku dari pengalaman senior-senior sebelum ni tentang unisza (HAHA skema gila ayat), aku rasa okay kot. Kadang aku rasa tak sabar nak tinggal kat sana. Tak sabar nak susun baju dalam almari, nak pasang cadar baru kat katil, nak organise meja belajar sendiri. Hahaha padehel kat rumah ni almari tak pernah nak kemas, katil memang hari-hari bersepah, meja aku lagi lah na'uzubillah.

Persiapan ke Universiti
banyak kan barang aku? macam nak pindah rumah. sorry masa ni pakai fon camera tak lawo tsk tsk

So haritu last pegi giant beli barang, terjumpa sorang makcik ni. Dia yang tegur kitorang dulu sebab tengok troli penuh gila barang. Mak aku cakap lah sebab aku nak masuk U. Then makcik tu cakap,

"Haa tengok tu, beratus-ratus mak belikan barang sekolah. Besar jasanya tu. Sebab tu jangan sebok gatal nak kahwin awal, balas jasa dia dulu,"

tsk tsk.

Apa-apa pun, doakan aku gais.
Aku belajar bukan sebab aku nak dapat kerja bagus.
Aku belajar sebab nak tambah ilmu. Same goes like others.

So kepada semua batch 99, belajar rajin-rajin ehhh!
Belajar kat mana-mana semua sama and bagus.
Matrik ke, uitm ke, unimas ke, politeknik ke, form 6 ke.
Yang penting belajar sungguh-sungguh, balas jasa parents.

Goodluck semuo.


Link lain berkaitan Unisza :

Diploma Perdagangan Antarabangsa di Unisza - https://messarah.blogspot.com/2019/02/diploma-perdagangan-antarabangsa-di.html

Minggu Orientasi Pelajar Baharu Diploma Unisza (Minggu Mesra Siswa) 2017 - https://messarah.blogspot.com/2017/06/minggu-orientasi-pelajar-baharu-diploma.html

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza 2017 - https://messarah.blogspot.com/2017/06/pendaftaran-pelajar-baharu-diploma.html

Lain-lain di Unisza - https://messarah.blogspot.com/search/label/Unisza

Tips Penjagaan Muka Yang Betul dan Berkesan

Kulit Muka Bersih Sihat

Nak dapatkan kulit yang cantik dan flawless bukanlah senang lebih-lebih lagi yang jenis ada kulit sensitif. Tapi, ada beberapa tips yang boleh dijadikan panduan supaya anda boleh dapatkan kulit yang bersih dan sihat. So, hari ni nak share sikit tips penjagaan muka yang betul. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk tips atau cara penjagaan muka yang betul.

1. Cuci muka sebelum tidur malam

Muka kita sentiasa akan terdedah dengan debu dan kotoran dalam seharian. Jadi, sebelum tidur seeloknya bersihkan muka anda daripada kotoran-kotoran tersebut untuk mengelakkan timbulnya jerawat. Jangan biarkan kita tidur tanpa menanggalkan make up untuk mengelakkan pori-pori dalam wajah sukar bernafas. Pastikan muka ketika tidur bebas dari sebarang kotoran atau make up. Bila bangun pagi, wajah akan kurang berminyak dan tidak kelihatan kusam.


2. Cuci muka lepas bangun tidur pada waktu pagi

Sel-sel kulit mati dan bakteria yang terkumpul pada bantal atau tilam anda akan melekat pada kulit wajah anda sepanjang malam. Sepanjang waktu anda tidur juga kulit wajah anda akan mengeluarkan kotoran-kotoran dari muka anda dan akan terkumpul di sekitar wajah anda jadi anda harus mencuci kotoran yang terkumpul tersebut.


3. Bilas muka dengan sempurna

Selepas mencuci muka pastikan muka dibilas dengan sempurna. Jangan biarkan ada kesan sabun yang masih melekat pada wajah kerana kesan sabun itu mengandungi kuman dan akan membahayakan kulit wajah.


4. Jangan kerap bertukar produk

Setiap produk mengandungi bahan kimia yang berbeza. Jadi, ianya sangat bahaya jika terlalu banyak bahan kimia yang bercampur digunakan pada muka anda.  Kalau nak cuba gunakan produk lain, biarkan kulit muka anda 'rest' sekurang-kurangnya tiga hari untuk naturalkan balik kulit muka anda. Jangan hari ni guna produk lain, esok guna produk lain pula. Bimbang akan terjadinya pencampuran bahan kimia yang boleh merosakkan muka.Seelok-eloknya dapatkan nasihat doktor untuk memilih pencuci muka yang sesuai dengan kulit wajah kita sendiri.


5. Kurangkan menyentuh muka

Kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman. Seelok-eloknya cuci tangan anda dengan air atau hand sanitizer sebelum menyentuh muka. Kadang-kadang terasa gatal pada kulit muka menyebabkan kita menyentuh wajah kita dengan tangan yang kurang bersih akan menyebabkan timbul keradangan pada kulit muka dan jerawat.


6. Jaga pemakanan

Elakkan makanan yang berminyak, pedas dan berkalori. Bukan tak boleh, tapi KURANGKAN. Makanan berminyak boleh menyebabkan jerawat dan kulit berminyak. Anda boleh gantikan makanan anda dengan makanan yang dikukus atau dipanggang. Tidak perlu menggunakan minyak dalam masakan. Kurangkan makan makanan yang terlalu pedas dan tinggi kalori juga.


7. Minum air kosong secukupnya dalam sehari

Pengambilan air kosong sekurang-kurangnnya 8 gelas sehari membantu untuk menghidratkan kulit wajah dan menyingkirkan bahan toksik dalam badan. Bahan toksik boleh menyebabkan jerawat pada muka jadi banyakkan pengambilan air kosong dalam seharian anda.


8. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran sememangnya kaya dengan nutrisi dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Nutrisi dan zat-zat tersebut mempunyai vitamin yang membantu mencantikkan kulit dan menyihatkan kulit seperti lemon, limau nipis, tomato dan sebagainya.


9. Kurangkan penggunaan alat solek

Foundation atau bedak yang digunakan pada muka boleh menyebabkan pori-pori anda tersumbat dan menimbulkan jerawat. Seelok-eloknya gunakan make up yang tidak terlalu tebal dan nipis.


10. Asingkan kain tuala pengelap muka

Jangan lap muka anda yang basah menggunakan tuala yang sama anda gunakan untuk mengelap badan. Sediakan kain tuala yang kecil khas untuk mengelap muka anda yang basah. Tuala mandi yang anda gunakan untuk lap badan anda selepas mandi belum tentu bersih untuk mengelap muka anda.


11. Kurangkan berjemur di bawah terik matahari

Sinaran matahari yang terkena pada kulit boleh merangsang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum yang boleh mengakibatkan jerawat. Sinaran matahari yang paling merbahaya adalah sekitar jam 10 pagi hingga 2 petang. Elakkan kulit terdedah dengan cahaya matahari pada waktu itu. Cahaya matahari yang baik dan menyumbang vitamin pada kulit adalah cahaya matahari pada waktu PAGI bukannya SIANG iaitu sekitar jam 7-8 pagi.


12. Elakkan mengelap muka menggunakan baju

Gunakan kain atau tisu yang bersih untuk mengelap wajah anda yang basah atau berpeluh. Jangan gunakan baju atau kain tudung kerana dikhuatiri kuman dan bakteria akan melekat pada kulit muka anda.



Mungkin itu sahaja perkongsian untuk kali ini. Kalau ada penambahan bolehlah komen di bawah :)

Thoughts: Sejenis Sentimental Value

since sekolah rendah, aku tak pernah ada pakwe. (apa kena mengena kut hahaha). so kiranya aku tak pernahlah dapat surat cinta love-love berbedak bagai macam kawan-kawan aku dulu. time sek rendah, aku tengok bila kawan-kawan aku dapat surat cinta, surat tu mesti jadi macam surat yang dipertuan agong. punya laa special and sulit nak mampus surat tu sampai orang lain tak boleh baca and cara dia jaga surat tu boleh tahan wey. dia buat macam tu lagi lah aku rasa nak baca surat cinta dia padahal geli-geli je ayat dalam surat tu haha.

bila aku masuk asrama time sek menengah, aku ingat aku salah masuk sekolah. at first aku tak paham gak lah kenapa kawan-kawan aku ni gemor betul bagi surat. even nak say goodluck exam or say thank you sebab teman ke tandas pun dibaginya surat lawa-lawa. tak paham betul aku masa tu.

tapi bila aku dapat surat-surat tu aku simpan jelaa sebab kawan yang bagi kan. sian dia penat buat surat/kad lawa-lawa untuk aku. tak sangka ada orang yang appreciate aku sebab teman dia ke tandas hahaha. since that aku pun dah terjebak bagi surat/kad kat kawan-kawan. takde pakwe pun boleh jadi sweet dengan member okey. jangan lesbo dah lah. siapa lah yang tak sayang kawan. kalau gaduh pun mesti bagi surat mintak maaf. pastu jumpa balik buat bodo macam tak pernah gaduh hahahaha. the power of love letter hahaha.

Surat dari kawan

kadang tu buat kad guna kertas terpakai je. kutip dari tong sampah pun ada. janji ada. and then pepandailah nak cantikkan macam mana. kalau tak cukup bahan, dun worry. stationary kawan meja sebelah ada hohoho. biasanya highlighter, marker warna warni, pen kaler kaler aku semua habis ink sebab buat kad/surat. kalau bukan aku yang guna biasa kawan-kawan aku. sharing is caring. kadang aku guna barang orang gak. ikutlah tahap pemalas aku macam mana. biasa aku capai bekas pensel paling dekat ngan aku je kalau dalam dorm or class hahah.

Kad Raya darjah 6

ni kad raya dari bff aku time darjah 6 hahaha. time sek rendah dulu kad nilah paling special dalam hidup aku kot sebab kawan aku tu selitkan duit raya singgit dalam envelope tu bhahahahahaha. sampai skrg aku still contact dia and dia ni pun tangan berseni gak. tangan jenis tak reti duduk diam. asyik nak buat art aje.

More letters in a box

ni semua aku kumpul dari form 1 since aku duduk asrama. masa form 2 aku dapat katil bawah. so aku ada tampal kertas mahjong bawah katil atas tu sebab taknak bagi habuk kayu anai-anai tu jatuh kena katil aku so bila kawan-kawan aku lepak katil aku tu diorang suka tulis macam-macam. time akhir tahun bila nak koyak kertas mahjong rasa sayang laa pulak.

Letters been kept in a box

masuk asrama ni pun aku jarang dapat printed kad raya macam dulu-dulu time sekolah rendah kecuali ada lah jugak kawan-kawan blogger pos kan kad raya kat aku. kawan-kawan aku semuanya buat kad raya handmade. tapi kalau jenis yang bagi kad raya satu batch tu ayat nya jelah dia print then tampal-tampal + hias. still kreatif. bila dah jadi makin senior, bukan kawan-kawan je bagi, junior or senior pun ada yang bagi. duduk asrama semua dah macam adik-beradik. rinduuu :')

kat rumah aku ada prepare satu kotak yang besor gile untuk aku simpan semua barang-barang sentimental aku like all those cards. seriously, kalau korang first time jumpa aku comfirm korang jadi haters aku sebab ramai kata muka aku ni takde perasaan/sombong/garang. pai hati. tapi percayalah dalam hati aku ada taman. besor pulak tu tamannya. aku ni sentimental orangnya. kat rumah kalau aku tengah takde kerja memang aku akan bukak balik kotak tu, belek satu-satu barang. kadang aku amik masa dua tiga jam untuk belek barang-barang dalam kotak tu je. dia jadi lama sebab ada sesi throwback, ada sesi pelancaran air terjun (menangis lah apa lagi), ada sesi gelak sorang-sorang macam orang tak betul. semua ada. i appreciate EVERY moment :') 

nanti dah habis sekolah belum tentu lagi kita sempat jumpa semula kawan-kawan so ni lah function kad/surat :') boleh simpan and sentuhan kad tu ada feel dia yang tersendiri tau. kalau guna whatsapp nanti scroll lelama takleh baca balik haa lagi parah kalau phone TERformat sendiri. 

Kad raya pelajar asrama

i appreciate semua surat/kad yang aku pernah dapat. contoh macam kat atas tu ingat senang ke nak gunting kertas warna bentuk bear satu-satu? hahaha kadang-kadang gigih gak orang yang bagi-bagi kad ni yelah kalau bagi buruk-buruk nanti kena buang pulak. tapi aku simpan je semua. kadang time aku nak terima kad tu pun macam nak tanak je, hahaha tapi jangan risau ah tak ke tong sampah pun. elok je ada dalam kotak aku ni. aku dah lah selalu lupa nama orang tapi bila tengok balik surat-surat or kad yang orang pernah bagi aku ni, at least aku ingat muka yang mana satu pernah jadi kawan aku.

Tingkatan 1 Takwa KUSISS 2013

ni gambar time form 1. aku tak pernah tak gelak tengok muka aku dalam gambar ni hahaha noob gila! selekeh tu ofkos. dalam gambar ni semua debab debab, pendek-pendek, tembam tembam tapi ko tengok diorang dah besor sekarang lawo lawo hensem hensem semua. gambar debab debab ni laa yang selalu jadi bahan bila dah besor skang hahahaha. puberty hits did well.

Sentimental stuff dalam kotak

semua barang ada nilai sentimental nya yang tersendiri. mungkin kerana siapa si pemberi atau mungkin event ketika barang tu diberi. so jangan lah perlekehkan orang yang simpan benda tah pape even ranting kayu. barang-barang kepunyaan nabi like sepatu, bekas minyak wangi, cebisan kain baginda pun masih disimpan sampai sekarang kan? high sentimental menjadikan sesuatu itu sangat berharga. borang sistem maklumat murid time aku darjah 2 pun aku still simpan sebab tulisan tu tulisan arwah ayah aku. aku simpan sebab lepas ni aku dah tak boleh tengok tulisan dia :')

Prank love letter

kawan jenis macam ni pun ada :')

sampai hati prank aku sebab aku pernah cakap kat diorang ''kan best kalau dapat surat dari admire'' hahaha. yelaa aku mana pernah ada pakwe saje je cakap camtu konghaja betul nasib baik aku tak percaya. aku at first lagi aku dah syak ni kerja diorang. 

Sekarang kita memang tak hargai apa yang ada depan mata nanti bila dah takde biasanya baru orang nak hargai.

Sarcasm words from a sister

ni adalah contoh mesej paling menyakitkan hati tapi mempunyai nilai sentimental yang tinggi sebab adik aku paling bongsu tu yang tulis. nanti dia dah besar tulisan dia mungkin dah tak hodoh macam ni.