Pandemik 2021: RichWorks Komited Bantu 605,000 Bangsa Usahawan Bangkit Semula

16:59

Tahun 2021 yang berlalu sebelum ini, negara kita telah banyak menyaksikan suka dan duka melalui pelbagai kisah dan ujian berdepan dengan cabaran pandemik, sekaligus ditutup pula bersama musibah banjir besar yang berakhir pada akhir bulan Disember yang lalu.

Situasi yang berlarutan ini memberi kesan terhadap ramai orang di negara ini termasuklah golongan para peniaga dan usahawan. Memahami situasi yang melanda kebanyakan rakyat di negara ini, Richworks tampil bagi membantu orang ramai. 


Ekoran musibah pandemik dan banjir besar yang melanda negara kita, Richworks amat faham akan keadaan yang dihadapi orang ramai jadi mereka mahu memfokuskan bantuan kepada rakyat dan negara dalam berdepan pandemik melalui kepakaran mereka yang sedia ada. 

KENALI RICHWORKS

RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) merupakan sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan yang terbesar dan berjaya di negara Malaysia, khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan peribadi. 

Sejak dari tahun 2008 lagi, syarikat RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 buah syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan telah menarik lebih daripada 1,500,000 orang peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).


Dengan prestasi rekod yang telah terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring melalui RichWorks telah berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6 hingga 24 bulan sahaja.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' bagi Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses yang lebih mudah ke pelbagai kandungan yang berorientasikan keputusan hasil dan penyelesaian yang dipercayai melalui platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada lebih banyak komuniti di seluruh dunia.

PERJUANGAN RICHWORKS 2021 UNTUK USAHAWAN

Kerana memahami perasaan yang dialami kebanyakan ramai orang di luar sana, Richworks terus komited dalam membantu ramai orang untuk bangkit semula. 


Pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) sendiri, Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya pernah dijangkiti COVID-19. 

Ibu mertua beliau pula telah meninggal dunia dan beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengesahkan bahawa beliau sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan.

Namun, keajaiban berlaku dan alhamdulillah, keadaan beliau semakin pulih dan baik. Bagi Dr Azizan, peluang kedua yang diberikan oleh Allah SWT itu akan digunakan sebaik mungkin untuk menjadi manfaat yang lebih besar kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya.

RICHWORKS TERUS BANGKIT BERSAMA PARA USAHAWAN

Peluang kedua yang diberi digunakan oleh beliau sebaiknya dengan memberi bantuan bimbingan melalui Richworks Academy yang membantu ramai golongan usahawan untuk bangkit. 


Tidak beberapa lama selepas beliau dikeluarkan dari hospital selepas sembuh dan menjalani proses pemulihan, Dr Azizan komited mengadakan program percuma yang boleh dihadiri ribuan orang dari negara ini.

Sebanyak 7 program percuma (bersamaan 98 jam masa) yang telah diadakan telah memberikan tunjuk ajar dan kekuatan yang besar kepada orang ramai yang terlibat dalam bidang keusahawanan.

Secara keseluruhannya, pada tahun 2021 yang lalu, RichWorks telah dapat membantu hampir 605,000 orang usahawan melalui 13 program keusahawanannya yang telah ditaja sepenuhnya oleh syarikat RichWorks pada tahun lalu.

USAHAWA RICHWORKS TELAH MENDAPAT PERHATIAN

Malah salah satu dari pelbagai program yang telah mereka adakan iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga telah mendapat pengiktirafan kerajaan apabila program itu telah disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. telah memaklumkan bahawa pihaknya tidak terkecuali dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell).

"Kempen #RichWellBantu yang telah digerakkan oleh Dr. Azizan Osman bermula bulan Julai pada tahun yang lalu telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM501 497 untuk membantu lebih dari 2,000 keluarga."


"Tidak berhenti hanya di situ, sumbangan kilat yang berjumlah sebanyak RM500 000 pula dikumpulkan melalui para usahawan kami dan kelurga RichWorks sendiri dalam masa 24 jam bagi membantu meringankan beban mangsa banjir yang berlaku di Selangor pada 18 Disember tahun lalu," ujarnya.

Menurut Radz juga, RichWorks bersama ahlinya yang bergelar Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824 160 untuk ibadah korban yang dijalankan pada kali ini.

Selain itu, ahli Titanium bersama anak didik RichWorks yang juga sebagai penaja 9 orang pelajar untuk ke Tarim Yemen dengan sumbangan yang berjumlah sebanyak RM180 000 sempena Maulidur Rasul.


Dalam pada yang sama, syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan yang paling berjaya di negara ini telah meneruskan misi mereka dalam pembangunan dan pengembangan usahawan-usahawan yang ada di negara ini untuk berada ke tahap yang lebih tinggi.

KESIMPULAN

Alhamdulillah dengan izinNya pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta yang telah terlibat dalam mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX telah berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul sebanyak RM3.7 bilion.


Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 orang usahawan telah berjaya menghasilkan jualan RM3.2 bilion, RM495 juta (519 orang ahli Spire) dan RM46.9 juta (1 024 orang ahli EliteX).

Melalui program bimbingan Spire yang telah mereka sediakan, usahawan yang telah mencapai jualan RM1 juta pertama setahun telah meningkat kepada 72 orang usahawan yang telah berjaya mencapainya.

Bukan setakat itu sahaja, 77 perniagaan yang berada di bawah bimbingan RichWorks telah mencapai jualan melebihi RM10 juta, lima perniagaan (melebihi RM50 juta dan ke atas) dan lima perniagaan (melebihi RM100 juta dan ke atas) pada 2021.


Syukur di atas pelbagai cabaran dan ujian dihadapi 2021 lalu dengan kejayaan yang melipat kali ganda, itulah sedikit sebanyak perjalanan RichWorks yang telah mereka usahakan dan akan terus dipergiatkan dan dipertingkatkan lagi untuk tahun baru yang mendatang ini, insyaAllah.

Moga usaha RichWorks yang sedikit sebanyak ini dapat membantu lebih ramai para usahawan dan misinya akan terus dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

You Might Also Like

0 comments

Fav Blog