28 Senarai Lifestyle Blogger Malaysia 2021

07:06

Blog merupakan salah satu trend sosial media yang boleh dikatakan agak besar dalam kalangan penduduk di Malaysia. Trend blogging ini sudah wujud sejak zaman dahulu lagi dengan berlatar belakangkan niche yang berbeza. 

Kebanyakan blogger memilih topik lifestyle sebagai niche blog mereka kerana skopnya yang lebih luas dan tidak terhad. Jadi, bilangan lifestyle blogger di Malaysia agak ramai kalau nak dibandingkan dengan niche yang lain.

28 Senarai Lifestyle Blogger Malaysia 2021

Berikut merupakan beberapa senarai lifestyle blogger di Malaysia yang masih aktif sehingga tahun 2021 yang boleh anda kunjungi:

1. Siti Awadah (www.sishawa.com)
Merupakan sebuah blog lifestyle yang banyak mengetengahkan topik parenting dan ilmu blogging. Walaupun menggalas tugas sebagai seorang ibu kepada 6 orang anak, beliau suka berkongsi pelbagai info dan panduan melalui blog beliau sebagai rujukan.

2. Eyqa Hasnan (www.eyqahasnan.com)
Eyqa seorang lifestyle blogger yang berkeyakinan dari pelbagai aspek dan mementingkan 'network building' dalam urusan sehariannya. Melalui blog Eyqa Hasnan, beliau menulis tentang pelbagai topik lifestyle, tips-tips berguna, dan juga beberapa perkara yang berkaitan personal.

3. Ciktom (www.ciktom.com)
Mula berblog pada tahun 2010, Ciktom banyak menulis perkongsian tentang lifestyle, topik-topik keibubapaan, dan pelbagai tips yang berguna. 

4. Ardini Humaira (www.ilhamdini.com)
Dini sudah berkecimpung dalam dunia blog hampir 13 tahun dan banyak berkongsi tentang lifestyle, kecantikan, parenting, personal, tips, review, dan masakan melalui blog beliau yang diberi nama Ardini Humaira.

5. Azlinda Azlin (www.azlindaalin.com)
Azlinda merupakan salah seorang lifetyle blogger di Malaysia yang banyak menulis tentang dekorasi rumah, makeover rumah, travel, topik masakan, dan beberapa pengalaman hidup beliau. 

6. Nabiha Mohd Mashut/Bie Mohd (www.biemohd.com)
Blog Bie Mohd merupakan sebuah blog fesyen islamik, parenting, dan lifestyle. Beliau seorang wanita bekerjaya dan ibu kepada 3 orang anak yang suka berkongsi tentang pelbagai aktiviti DIY, fesyen, dan perkara-perkara yang berkaitan kekeluargaan. Harapan beliau adalah untuk menjadi panduan kepada ibu moden masa kini yang sering meletakkan keluarga sebagai yang pertama dalam hidup untuk kekal cantik dan bergaya. 

7. Fuzy Rahamah Hamid (www.iamfuzy.com)
I Am Fuzy adalah sebuah blog lifestyle yang sudah bertapak hampir 15 tahun yang banyak memaparkan pelbagai isu dan cerita yang berkaitan dengan kerjaya, kekeluargaan, dan juga masakan. 

8. Alia Farhan (www.aliafarhan.com)
Seorang blogger lifestyle sejak tahun 2008, sudah hampir 13 tahun beliau menulis tentang masakan, parenting, travel, dekorasi rumah, dan DIY. 

9. Wan Rokiah/Wawa (www.mommywawa.com)
Wawa merupakan seorang blogger dari pantai timur yang menjadikan blog Mommy Wawa beliau sebagai medium untuk berkongsi tentang lifestyle, ilmu parenting, personal tips, kesihatan, dan juga kecantikan.

10. Chaza Xiaojie (www.cxopportunities.com)
Sebuah blog lifestyle, parenting, makanan, dan kecantikan. Chaza gemar berkongsi tentang pengalaman hidup, resipi, kekeluargaan, review produk, drama, filem dan pelbagai tips kesihatan. Minat beliau kini lebih tertumpu pada bidang photography, beliau gemar mengambil pelbagai gambar-gambar yang cantik dan sering berkongsi hasil gambar melalui blog. 

11. Yaya Azura (www.yayaazura.com)
Yaya Azura adalah sebuah blog lifestyle dan juga parenting. Penulis suka berkongsi pelbagai resipi yang menarik dan beberapa tips. Yaya Azura juga seorang ibu kepada 2 cahaya mata dan mula berblog sebagai catatan diari yang banyak menceritakan tentang hal anak-anak di samping menjana pendapatan sampingan melalui blog.

12. Bonde Zaidalifah (www.bondezaidalifah.com)
Blog yang sudah berusia 11 tahun ini banyak memaparkan topik-topik yang berkaitan dengan lifestyle, travel, resipi, review novel, review drama, dan juga review produk.

13. Sii Nurul (www.siinurul.com)
Nurul mula berblog pada tahun 2015 dan menjadikan blog Sii Nurul sebagai medium beliau untuk menulis tentang lifestyle, blogging, tips dan panduan kerjaya, review, serta pengalaman hidup beliau.

14. Meksah (www.meksah.com)
Meksah merupakan seorang ibu kepada anak lelaki beliau yang kini berusia 3 tahun dan mula menulis blog pada tahun 2020. Walaupun baru berkecimpung dalam dunia blog selama 8 bulan, beliau banyak menulis tentang lifestyle, pengalaman, dan beberapa informasi. 

15. Abang Rock (www.abangrock.com)
Sebuah blog lifestyle yang ditulis dari pandangan seorang lelaki dan suami. Banyak berkongsi kisah semasa dan panduan tentang kehidupan, gaya hidup lelaki, perhubungan, dan perkara islamik.

16. Marina Bashah (www.marinabashah.com)
Blog Marina Bashah adalah sebuah blog yang berkisarkan lifestyle, parenting, makanan, kecantikan, hotel, dan travel. Marina seorang wanita yang bekerjaya di mana kerjanya memerlukan beliau untuk 'travel' ke suatu tempat yang lain. Beliau mengambil peluang ini untuk berkongsi tentang tempat makan, hotel, dan tempat-tempat menarik yang best untuk dilawati ketika bercuti melalui blog beliau. 

17. Rozita (www.ceritaita.com)
Blog Cerita Ita yang sudah berusia 13 tahun ini telah menjadi tempat penulis, Rozita berkongsi cerita tentang kehidupan peribadi, kisah anak-anak beliau, pendapat tentang isu semasa, tempat bercuti yang menarik, kisah masakan, resipi, kerjaya, dan pelbagai petua berguna.

18. Fadzi Razak (www.fadzirazak.com)
Fadzi Razak yang kini menetap di Australia, sudah 6 tahun bergelar lifestyle blogger Malaysia dan gemar menulis tentang kekeluargaan, parenting, resipi, travel, organization, "how to", tips, dan juga review. 

19. Zati Salim (www.zatisalim.com)
Berkecimpung dalam dunia blog sudah lebih sedekad, Zati Salim menjadikan blog beliau sebagai medium menulis tentang lifestyle, perkongsian ilmu, isu semasa, tips, resepi, dan tutorial blog. 

20. Hawa Hassan (www.hawahassan.com)
Sebuah blog lifestyle yang memaparkan tentang pelbagai topik yang berkaitan susun atur dalam rumah, projek DIY, aktiviti berkebun, resipi mudah, serta pelbagai tips dan panduan kehidupan. 

21. Eswati Azni (modernmumthingy.com)
Blog yang berusia 4 tahun ini merupakan sebuah blog lifestyle, travel, kesihatan, kecantikan, dan perkongsian drama-drama yang menarik untuk ditonton.

22. Bonda Chanteq (www.bondachanteq.com)
Bonda berpengalaman dalam dunia blog sudah hampir 3 tahun bermula tahun 2018. Sebuah blog lifestyle, info kesihatan, tips, resepi, dan perkongsian kisah benar.

23. Aida Hanafiah (www.adianiez.com)
Adianiez adalah blog yang memperincikan tentang kehidupan, makanan, kekeluargaan, kesihatan, dan hobi. Adakalanya penulis blog, Aida Hanafiah, menulis tentang dekorasi rumah, aktiviti perkebunan, dan percutian.

24. Norhana Rosmida (www.hannamaruku.com)
Hana seorang ibu kepada 2 orang anak yang bekerja sebagai HR practitioner di sebuah pejabat dan juga seorang part-time blogger. Hobi menulis telah timbul sejak zaman universiti dan sering menulis tentang resipi, travel, dan anak-anak. Beliau juga seorang Young Living Distributor dan beliau gemar berkongsi pengalaman peribadi beliau menggunakan natural remedies untuk kesihatan anak-anak. 

25. Sharina/oppzpinky (www.opzzpinky.com)
Penulis blog OpzzPinky merupakan seorang ibu kepada sepasang anak, edan dan eshal, yang dahulunya menjadikan blog sebagai tempat meluah, sekarang menjadi ruang untuk Sharina menjana pendapatan. Seorang lifestyle blogger Malaysia yang gemar berkongsi ilmu, pengalaman, dan pelbagai tips. 

26. Zaza Azman (www.zazaazman8.com)
Dikenali sebagai Mama Monsta dan sebuah blog lifestyle, parenting, kecantikan, dan makanan yang ditulis dalam bahasa inggeris. Selalu berkongsi pelbagai resipi mudah, tempat-tempat makan yang menarik, review produk kecantikan, dan kesihatan. Adakalanya beliau menulis tentang anak-anak, topik ilmu umum, dan juga tips. 

27. Azhafizah (www.azhafizah.com)
Di blog Azhafizah, terdapat banyak perkongsian resipi mudah dan enak yang dimasak dengan cara penulis blog sendiri. Terdapat juga pelbagai tips dan petua masakan yang anda boleh ikuti. Namun, resepi yang ada di blog Azhafizah tidak terhad hanya pada resipi dari penulis blog sendiri kerana terdapat juga resipi masakan yang dikongsikan oleh orang lain. 

28. Bella Jamal (www.bellajamal.com)
Bella banyak menulis review dan info tentang makanan, haiwan peliharaan, dan travel. Kebanyakan review produk yang ditulis di blog Bella Jamal ditulis untuk bacaan umum dan anda juga boleh dapatkan pelbagai tips dan resipi 'homecooking'.


You Might Also Like

5 comments

  1. Mereka semua adalah blogger yang hebat-hebat belaka . Terbaik

    ReplyDelete
  2. Wow.. terbaik la buat list... Hoho.. Yang penting, happy blogging!!!! Weeeehuuuuuu!

    ReplyDelete
  3. Wahh boleh tambah kenalan baru ni! :D Semuanya bloggers hebat hebat belakeeeee.

    ReplyDelete
  4. adaa yang belum kenal.. ada yang dah familiar :)

    ReplyDelete

Fav Blog