29 Senarai Top Blogger Malaysia 2021

22:39

Ramai yang tak tahu bahawa aktiviti blogging pada zaman sekarang sebenarnya masih relevan walaupun ada beberapa perubahan pada trend blogging pada masa kini. Tapi ada juga blogger Malaysia yang masih mengekalkan trend blogging zaman dulu-dulu sebab kebanyakan blogger zaman dulu buat blog hanya sebagai hobi. 


Zaman dulu, blog memang sangat popular sebagai salah satu medium sosial untuk berkongsi pendapat dan menambah kenalan. Ada la juga beberapa blogger Malaysia yang masih menggunakan blog sehingga ke hari ini walaupun kebanyakan dari mereka sudah berhenti menulis. 

29 Senarai Top Blogger Malaysia 2021

Kalau nak tahu, sebenarnya jumlah blog yang boleh dijumpai di carian internet saban hari semakin meningkat dan ini menunjukkan bahawa trend blogging masih relevan pada masa sekarang. Oleh itu, jom kenali beberapa top blogger dari Malaysia yang best untuk follow pada tahun 2021.

1. Yaya Azura


Mula berblogging pada awal tahun 2010 dan banyak berkongsi pelbagai tips dan resepi masakan. Umumnya, blog Yaya Azura adalah bertemakan lifestyle, parenting, dan juga personal. Yaya juga menjadikan blog beliau sebagai medium untuk menambah pendapatan sampingan. 

2. Zati Salim


Blog Zati Salim merupakan sebuah blog lifestyle yang banyak berkongsi tentang isu semasa, pelbagai tips, resepi-resepi masakan yang menarik, dan juga tutorial blog. Buat anda yang masih baru dalam dunia blog, anda boleh lawati blog Zati Salim untuk pelbagai info dan blogger tips yang berguna.

3. Bella Jamal


Bella Jamal atau lebih dikenali sebagai Kak Bell menjadikan blog beliau sebagai medium untuk beliau berkongsi pelbagai review dan info yang berkaitan dengan makanan, haiwan peliharaan, dan juga travel. Bukan itu sahaja, anda juga boleh dapatkan pelbagai tips untuk resipi 'homecooking' dari blog Bella Jamal. 

4. Aida Hanafiah


Puan Adianiez banyak mengetengahkan perkongsian yang berkaitan dengan aktiviti keluarga, kisah ketiga-tiga anak beliau, pelbagai resepi masakan yang menarik untuk dicuba termasuklah menu harian yang popular, tips-tips dekorasi dalaman rumah, dan juga aktiviti berkebun. Beliau juga sesekali banyak berkongsi tentang percutian seperti tempat-tempat menarik untuk dilawat dan tempat makan yang best.

5. Farhana Jafri


Farhana Jafri merupakan seorang part-time blogger yang berkonsi tentang hiburan termasuklah movie, drama, telemovie, dan juga lagu terutama sekali Bollywood. Secara ringkasnya, blog Farhana Jafri adalah blog hiburan di mana anda boleh dapatkan pelbagai info dan review yang menarik untuk ditonton. Buktinya, beliau pernah bekerjasama dengan Iflix dan juga KRU Music untuk menulis konten di blog beliau. 

6. Eyqa Hasnan


Seorang blogger Malaysia yang berasal dari pantai timur ini suka menulis pelbagai topik yang berkisarkan tentang lifestyle, tips, dan personal. Beliau sangat berkeyakinan dari pelbagai aspek dan bentuk untuk membina networking.

7. Abang Rock


Abang Rock atau lebih dikenali sebagai Qamar Arif merupakan seorang part-time blogger dan juga freelance writer. Sebagai seorang lelaki dan suami, beliau banyak menulis dan berkongsi tentang kisah semasa, panduan kehidupan, gaya hidup seseorang, perhubungan, dan perkara lain yang berkaitan dengan Islam yang sesuai dari sudut pandangan seorang lelaki yang juga bergelar suami. 

8. Siti Awadah


Sis Awa yang berasal dari utara tetapi kini menetap di pantai timur merupakan seorang blogger Malaysia yang juga mengasaskan Biters. Sebagai seorang isteri dan ibu kepada 6 orang cahaya mata, beliau banyak menulis topik berkaitan lifetyle dan parenting. Anda juga boleh timba banyak ilmu blogging melalui blog Siti Awadah. Beliau kini fokus menjana income melalui Adsense dan skill SEO.

9. Nabiha Mohd (Bie Mohd)


Dengan pengalaman berblogging selama 14 tahun, Nabiha Mohd atau lebih mesra digelar sebagai CikBie gemar berkongsi pelbagai tips di blog beliau sebagai inspirasi untuk ibu-ibu bekerjaya yang lain yang sibuk di dalam karier dan urusan perniagaan masing-masing untuk menjadi lebih bijak dalam mengatur masa untuk menjalankan aktiviti hobi seperti DIY, kerja-kerja kreatif, dan juga aktiviti bersama keluarga.

10. Alia Farhan Said


Seorang mommy blogger kepada 2 puteri yang gemar melakukan aktiviti travel bersama keluarga kecil beliau. Kerap berada di pelbagai tempat yang berbeza sama ada dalam Malaysia atau luar negara untuk bercuti bersama keluarga tersayang. Anda boleh baca tentang travelog, review makanan, dan juga tips parenting dari blog beliau.

11. Ardini Humaira


Blog Ardini Humaira umumnya berkisarkan tentang topik-topik berkaitan lifestyle, kecantikan, kehidupan peribadi seorang blogger Malaysia, tips-tips yang pelbagai, dan parenting. Ardini Humaira yang lebih mesra digelar Dini melalui blog beliau sanggup berhenti kerja demi keluarga tersayang. Beliau juga suka berkongsi pelbagai review dan resipi masakan untuk bacaan pengunjung blog beliau.

12. Mrs Pip


Mrs Pip, seorang Sabahan blogger yang juga bekas jurutera QAQC mula menulis blog secara suka-suka sejak tahun 2015. Kini, beliau lebih aktif menulis tentang perkara-perkara yang berkaitan personal dan parenting, review produk, Kdrama, dan beberapa resipi ringkas.

13. Azlinda


Blog Azlinda Alin dimiliki oleh seorang seorang Mommy blogger yang suka berkongsi tentang pengalaman beliau semasa travel, review tentang makanan dan resipi, personal, review produk kecantikan beserta tips, dan banyak lagi.

14. Wan Rokiah (Wawa)


Lebih mesra dikenali sebagai Wawa, beliau juga merupakan salah seorang Mommy blogger yang banyak berkongsi tentang kehidupan beliau sebagai seorang wanita yang bergelar ibu, resipi, kisah-kisah anak beliau, dan sebagainya. Sebelum ini beliau aktif berkongsi tentang kesihatan dan supplemen di blog Vitamin Wawa.

15. Chaza Xiaojieo


Seorang blogger yang berasal dari Melaka dan parenting mommy yang bekerja dari rumah sambil membesarkan anak, Chaza menjadikan blog beliau sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan review produk dengan jujur dan ikhlas. Niat utama beliau berblogging adalah untuk membuka peluang kepada diri sendiri dan orang lain untuk menambah ilmu walau tanpa mengira siapa dan di mana anda berada.

16. Nurul Aleya (apakatamommy)


Apakata Mommy merupakan sebuah blog parenting yang ditulis oleh Leya yang gemar berkongsi pengalaman breastfeeding beliau, tips menyusukan anak sehingga umur 2 tahun serta pelbagai resipi menarik yang boleh dicuba dengan menggunakan air fryer.

17. Sii Nurul


Nurul seorang blogger sepenuh masa yang suka berkongsi tentang kerjaya beliau sebagai seorang blogger di blog beliau yang diberi nama Sii Nurul. Beliau menulis pelbagai informasi menarik untuk bacaan umum yang berkaitan kerjaya, tips dan panduan serta pengalaman beliau berblogging. Jika anda berhasrat ingin memulakan kerjaya sebagai seorang blogger sepenuh masa, boleh lawati blog beliau untuk pelbagai tips dan info yang berguna.

18. Bonde Zaidalifah


Bonde Zaidalifah merupakan sebuah blog mengenai lifestyle travel, resipi, review novel, review drama, review produk kecantikan dan kesihatan, review hotel, dan review restoran. Bonde juga ada berkongsi tentang pengalaman beliau sendiri.

19. Marina Bashah


Seorang ibu bekerjaya kepada 3 orang anak dara, beliau mula berblog pada tahun 2010 tetapi tidak berapa konsisten. Mula bergiat aktif semula sejak tahun 2019 dengan blog baru yang diberi nama Marina Bashah dan mula menulis blog dengan skill SEO. Beliau suka berkongsi tentang travel, hotel, dan juga tempat makan yang menarik. Beliau juga ada menulis tentang parenting dan kisah pembelajaran anak-anak beliau. 

20. Annur Syuhadah


Blog Annur Syuhadah merupakan sebuah blog perkongsian pengalaman penulis, tips dan trick kehidupan suami isteri jarak jauh sambil membesarkan tiga orang anak sendirian sejak dari mula. Perkongsian dari blogger Annur Syuhadah yang paling hangat mendapat sambutan adalah mengenai sejarah beliau membesarkan bayi pramatang, masalah penyusuan, dan perancangan keluarga. 

21. Fadzi Razak


Blogger Fadzi Razak yang berasal dari Pahang tetapi kini menetap di Shah Alam ini merupakan seorang ibu kepada dua orang anak lelaki. Beliau menjadi blog ini sebagai medium beliau berkongsi tentang kekeluargaan, parenting, resipi makanan yang menarik, travel, organisasi, tips diy, dan juga review.

22. Hawa Hassan


Berasal dari pantai timur dan lebih mesra dipanggil Hawa, beliau memilih untuk menjadi seorang suri rumah yang gemar berblogging. Blog Hawa Hassan merupakan sebuah platform lifestyle beliau untuk menulis tentang susun atur dan hiasan dalaman rumah serta laman, projek DIY, pelbagai resipi mudah yang menarik, tips-tips yang berguna, serta panduan jana income dari rumah.

23. Zaza Azman


Blog Zaza Azman lebih dikenali sebagai sebuah blog lifestyle, makanan, kecantikan, dan juga parenting. Penulis blog Zaza Azman yang juga merupakan seorang suri rumah sepenuh masa lebih selesa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa tulisan blog beliau. Beliau suka menulis review makanan, tempat-tempat yang menarik untuk dilawati, serta barang-barang kecantikan. 

24. Zayn Hakeem


Blog Dakwat Pena merupakan sebuah blog peribadi tulisan Zayn Hakeem yang khusus tentang isu-isu dan prosidur mahkamah serta perundangan syariah di Malaysia. Blog ini wujud hasil cetusan penulis untuk berkongsi tentang prosidur mahkamah lebih-lebih lagi yang melibatkan permasalahan rumahtangga.

25. Azhafizah


Azhafizah adalah nama yang tidak asing lagi dalam dunia blog di mana penulis banyak berkongsi tentang resipi mudah yang menarik, tanaman, dekorasi dalaman dan luaran rumah, drama, filem, tempat-tempat yang menarik untuk dilawati, isu semasa, tips dan tutorial blog serta banyak lagi.

26. Siti Rohaida


Penulis blog Kisah Si Dairy, Siti Rohaida merupakan ibu kepada dua orang anak perempuan gemar menulis tentang kekeluargaan, kecantikan, dan pelbagai topik lain yang berkisarkan hidup beliau. Beliau juga menjadikan blog beliau sebagai sumber pendapatan sampingan yang paling digemari. 

27. Norhana Rosmida 


Seorang ibu kepada dua orang anak dan juga HR Practicioner di sebuah pejabat, penulis memulakan hobi berblogging beliau sejak dari zaman universiti lagi. Sebagai seorang part-time blogger, Norhana Rosmida banyak menulis tentang resipi, travel, dan kisah anak-anak. Beliau juga suka berkongsi tentang pengalaman beliau menggunakan natural remedies untuk kesihatan anak-anak sejak menjadi seorang Young Living Distributor. 

28. Sharina (opzzpinky)


Sebagai ibu kepada sepasang anak, Edan dan Eshal, Sharina pada mulanya menjadikan blog sebagai tempat beliau meluah. Namun, sekarang beliau sudah mula menjana pendapatan melalui blog beliau dengan menulis tentang lifestyle, perkongsian ilmu, pengalaman kisah hidup beliau serta pelbagai tips yang berguna untuk semua pembaca.

29. Fuzy Rahamah Hamid


Fuzy Rahamah Hamid atau lebih mesra disapa Kak Fuzy atau Umi Fuzy menjadikan blog I Am Fuzy sebagai medium beliau untuk berkongsi pelbagai pengalaman hidup diri sendiri, kekeluargaan, travelogue, resipi kegemaran, buku, tips-tips yang berguna, serta advertorial dan review produk.

You Might Also Like

5 comments

Fav Blog