8 Tanda Skincare Tidak Sesuai Dengan Kulit Muka

19:39

Kulit kita adalah organ yang kompleks. Nak tahu sama ada produk skincare tu sesuai atau tidak dengan kulit, kita sendiri kena kenal dan faham kulit kita sendiri. Orang kata, listen to your skin aha. Kadang-kadang bila kulit tiba-tiba jadi merah, naik banyak jerawat, kering, dan sebagainya, maksudnya ada la something yang kulit kita nak 'bagitau' pada kita. 

8 Tanda Skincare Tidak Sesuai Dengan Kulit Muka

Nak tak nak, memang kita sendiri kena cuba pakai dulu atau pun buat patch test kalau nak tahu produk skincare tu sesuai dengan kulit kita or tak. Sebab keadaan dan jenis kulit setiap orang ni berbeza dan kita tak boleh bergantung pada review orang semata. Ada orang sesuai pakai produk skincare tu, ada orang tak sesuai. 

Kesan penggunaan produk skincare, sama ada sesuai dengan kulit muka kita atau tak, boleh dilihat dalam jangka masa yang berbeza bergantung kepada keadaan dan jenis kulit seseorang. 

Contohnya, kalau pakai serum mungkin perlukan sekurang-kurangnya 2 minggu untuk nampak kesannya pada kulit. Ada sesetengah produk skincare, baru pakai sehari dah nampak effect pada kulit. Ada juga yang dah elok pakai seminggu dua, tiba-tiba minggu seterusnya skincare tu jadi tak sesuai pula dengan kulit muka. 

Jadi, kalau korang ada kenal pasti tanda-tanda skincare tidak sesuai dengan kulit muka yang seperti di bawah ini pada kulit muka, segera hentikan penggunaan produk skincare tersebut untuk mengelakkan kulit jadi lebih teruk dan cepat-cepat dirawat.

Breakout (Timbul Banyak Jerawat) 

Kulit breakout

Kalau lepas pakai mana-mana produk skincare, kulit tiba-tiba naik banyak jerawat atau breakout dekat area muka yang tak pernah-pernah nak breakout sebelum ni, maksudnya produk skincare tu memang tidak sesuai dengan kulit muka. 

Tapi jangan tersilap ye antara breakout dan purging. 

Purging ni biasa berlaku bila kita pakai produk skincare yang mengandungi AHA dan BHA sebab ia menggalakkan penghasilan sel kulit yang lebih cepat dan biasanya ia akan mengeluarkan kotoran-kotoran yang sedia ada pada kulit kita so kesan purging ni biasanya memang akan buatkan kulit nampak seperti 'breakout'.

Cuma, kesan purging ni selalunya kejap je dalam 2 ke 3 minggu macam tu sahaja dan biasanya ia akan 'breakout' dekat area muka yang sama. So, kalau kulit tiba-tiba breakout dekat area muka yang jarang atau tak pernah breakout sebelum ni dan dalam jangka masa yang lebih lama, sila stop pakai produk skincare tersebut.

Gatal

Produk skincare yang sesuai dengan kulit tak sepatutnya buat kulit terasa gatal dan tidak selesa. Rasa gatal ni kebiasaanya disebabkan oleh beberapa bahan yang terkandung dalam produk skincare tersebut yang tidak sesuai atau serasi dengan jenis kulit seseorang itu atau pun alergik.

Kering dan Tegang       

Tanda kulit menjadi lebih kering lepas pakai sesuatu produk skincare, terutamanya pencuci muka, sering terjadi bila produk skincare yang dipakai tu tidak sesuai dengan kulit muka. 

Kulit kering tegang

Selalunya bila kita pakai mana-mana pencuci muka lepas tu kulit muka rasa tegang dan ketat macam kena tarik tu maksudnya produk skincare tu tak sesuai dengan kulit ye sebab itu petanda pencuci muka tadi dah 'bersihkan' semua kelembapan semula jadi yang sepatutnya ada pada kulit kita.

Mungkin pencuci muka tu terlalu harsh untuk kulit sampai boleh mengeringkan kulit muka. Sometimes kulit boleh jadi terlebih kering sampai kulit nampak flaky. So, please be careful. Terus stop guna produk skincare tu kalau rasa kering dan tegang lepas pakai.

Terbakar atau Pedih (Panas)

Kesan atau tanda yang ni biasanya terjadi pada orang yang mempunyai lapisan kulit yang nipis, iaitu jenis kulit kering dan sensitif, yang mana bila dia pakai sesuatu produk skincare tu, kulit dia akan cepat react dengan bahan-bahan yang terkandung dalam produk skincare tersebut.

Kulit pedih terbakar

Rasa panas juga boleh menyebabkan iritasi pada kulit muka dan timbulnya kemerah-merahan. Sampai ke satu tahap, kulit juga boleh rasa macam terbakar. Pedihhh. So, kalau kulit dah start rasa pedih-pedih lepas pakai mana-mana produk skincare tu, terus stop, jangan pakai lagi dah. Tak ada istilah healing crisis kat sini ye.

Menggelupas

Ni pun lagi satu. Bila kulit dah terlalu kering sampai menggelupas tu, tu memang tanda skincare tak sesuai dengan kulit muka. Kalau ada yang kata kulit menggelupas tu maksudnya nak tumbuh kulit baru la, bersalin kulit la, sila jangan percaya kalau anda masih waras. 

Kulit manusia ni bukannya macam kulit ular nak bersalin bagai. Kalau asyik menggelupas je kulit nanti lama-lama lapisan kulit akan jadi rosak dan kulit makin sensitif nak pakai apa-apa produk skincare. 

Sebahagian Kulit Jadi Gelap

Dalam bahasa saintifiknya, ia dipanggil sebagai photosensitivity di mana lapisan kulit kita mengalami tindak balas secara chemical terhadap cahaya matahari atau mana-mana sumber uv rays yang lain. 

Bila produk skincare yang kita pakai bagi reaction pada kulit kita apabila terdedah dengan cahaya matahari dan menyebabkan sebahagian kulit menjadi lebih gelap atau munculnya tompok-tompok hitam pada kulit, itu merupakan tanda skincare tidak sesuai dengan kulit muka. 

Lebih Berminyak Dari Kebiasaan

Minyak pada kulit ni kalau ikutkan memang normal sebab ianya dihasilkan melalui sebaceous gland iaitu kelenjar sebum yang menghasilkan minyak secara semulajadi pada kulit muka untuk tujuan melembapkan dan biasanya ia dihasilkan dalam keadaan yang terkawal.

Kulit berminyak shiny

Tapi kalau tiba-tiba kulit jadi lebih berminyak dari kebiasaan, muka nampak macam shiny berkilat bila tengok dekat cermin or rasa melekit lepas pakai mana-mana produk, tu adalah tanda yang skincare tersebut tidak sesuai dengan kulit muka. 

Tiada Sebarang Perubahan atau Kesan

Ada sesetengah orang dia dah pakai produk skincare yang sama dah berbotol-botol tapi tidak memberi apa-apa kesan pun pada kulit dia lepas pakai produk skincare tu. Produk tu tak ada pun rosakkan kulit ke apa tapi walaupun dah pakai berbulan, kalau kulit still sama je macam tak ada improvement langsung, macam no point jela pakai. 

Kalau dah tak ada apa-apa kesan, buat apa nak bazir duit lagi kan? 

You Might Also Like

3 comments

  1. hai sarah. nice sharing. tu lah sometimes dah cuba produk itu ini tp masih belum sesuai huhu

    ReplyDelete
  2. nice sharing, sedikit sulit mencari skincare yang sesuai dengan muka kita, this post is soo useful :)

    ReplyDelete

Fav Blog