Punca dan Cara Hilangkan: Whitehead vs Blackhead

23:46

Ramai orang terlalu obses nak hilangkan whitehead dan blackhead sebab rasa rimas betul ada biji-biji hitam dan putih kat kulit muka ya. Memang rasa geram bila tengok muka dekat cermin ada dua benda ni. Masalah whitehead dan blackhead ini tak pernah nak habis dari dulu. Siapa je tak nak clear skin macam ni kan?

Clear skin women

So untuk blog post kali ni korang akan dikongsikan dengan punca dan cara nak hilangkan whitehead dan blackhead. Tapi sebelum tu, kita kena tahu beza whitehead dan blackhead dulu sebab masih ramai yang belum tahu beza antara whitehead dan blackhead. 

Beza Whitehead dan Blackhead

Jenis-jenis jerawat kulit muka
Ramai orang selalu tersilap beza antara whitehead dan blackhead walaupun kalau tengok rupa dan warna je pun dah boleh tahu. Sebenarnya whitehead dan blackhead ini adalah dua perkara yang berbeza dan merupakan antara jenis-jenis jerawat yang biasa terjadi pada kulit kita.

Apa Itu Whitehead?

Whitehead adalah liang pori yang tersumbat yang biasanya disebabkan oleh sebum berlebihan yang bercampur dengan sel kulit mati terperangkap dalam folikel rambut (liang-liang pori) yang tertutup. 

Whitehead

Sebum tu terperangkap dan permukaan liang pori yang tertutup akan menghasilkan tanda putih. Kalau lama-lama dia terdedah juga akhirnya, whitehead tadi akan oxidized (bercampur dengan oksigen) dan bertukar jadi warna kekuningan, coklat, atau hitam.

So kalau kita picit liang pori yang masih tertutup tu tadi, nanti akan ada krim lebih kurang warna putih macam tu keluar dari liang pori tadi and then terhasillah parut jerawat

Apa Itu Blackhead?

Blackhead juga adalah liang pori yang tersumbat yang biasanya disebabkan oleh sebum berlebihan yang bercampur dengan sel kulit mati terperangkap dalam folikel rambut (liang-liang pori) yang terbuka.

Kenapa dia warna hitam? Sebab bila  kotoran yang tersumbat dalam folikel rambut tadi terdedah kepada oksigen, oksigen akan mengubah kotoran minyak atau sebum tersebut menjadi warna hitam. Biasanya blackhead ni lagi banyak dan nampak jelas dekat bahagian hidung.

Punca Whitehead dan Blackhead

Whitehead dan blackhead ini umumnya berpunca daripada penghasilan minyak yang berlebihan oleh sebaceous gland (kilang minyak) yang ada pada kulit kita. Minyak berlebihan yang terhasil akan terkumpul dalam liang pori dan akhirnya tersumbat.

Selain itu, hormon yang tidak stabil juga akan mengaktifkan sebaceous gland untuk menghasilkan lebih banyak minyak dan menyumbat liang-liang pori. Malah, penggunaan produk yang tidak sesuai juga boleh mengundang whitehead dan blackhead.

Cara Hilangkan Whitehead dan Blackhead

Kalau nak tahu, whitehead dan blackhead berpotensi menjadi jerawat jika tidak dibersihkan. Sebab itu penting untuk kita tahu cara hilangkan whitehead dan blackhead untuk mengelakkan timbulnya jerawat.

Please note yang kita memang tak boleh nak kecilkan liang pori sebab benda tu memang semula jadi tapi kita boleh bersihkan liang pori supaya tak ada whitehead dan blackhead yang visible. 

1. Clay Mask

Clay mask ni salah satu jenis facial mask untuk menyerap minyak dan sebum berlebihan dari kulit muka kita. Boleh pakai clay mask as weekly routine, jangan pakai setiap hari sebab takut kulit jadi terlebih kering.

Kalau yang jenis dry skin, boleh fokus apply clay mask dekat certain area yang banyak whitehead dan blackhead je contohnya area hidung dan dagu. 

2. Scrub

Selain clay mask, scrub muka beberapa kali dalam seminggu pun sangat membantu untuk hilangkan whitehead dan blackhead. Sebab bila kita scrub muka, dia akan sekaligus menanggalkan sel-sel kulit mati yang akhirnya boleh menyumbat liang pori.

Tapi I lagi suka guna gentle cleansing powder sebab function dia dah sama je macam scrub CUMA tekstur dia lagi lembut compared to scrub and boleh guna daily so I dah tak perlu add-on scrub dalam weekly skincare routine.

3. Double Cleansing Method

Bagi sesiapa yang tak familiar, double cleansing method adalah cuci muka dengan menggunakan oil-based cleanser dulu sebelum cuci muka dengan normal (foam or gel) cleanser. 

Tujuan cuci muka dengan oil cleanser ni adalah untuk bersihkan kulit dari segala kotoran yang berasaskan minyak macam makeup, sunscreen, dan sebagainya termasuklah minyak berlebihan yang dikeluarkan oleh sebaceous gland kulit kita tadi.

Lepas dah guna oil cleanser, baru cuci muka macam biasa guna our normal daily cleanser dan continue with the other skincare routine.

4. Chemical Exfoliate

Untuk blackhead terutamanya, kalau dah bertahun pakai clay mask, oil cleanser, atau scrub tapi masih tak hilang juga blackhead dari liang pori, boleh cuba chemical exfoliate seperti AHA dan BHA. 

Chemical exfoliator ni function dia untuk tanggalkan sel-sel kulit mati dan bersihkan kulit secara mendalam, tak kisah dari kulit muka atau  badan.

5. Jangan Guna Pore Strips!

Siapa je tak pernah guna ni tsk tsk. Walaupun pore strips ni memang boleh hilangkan whitehead dan blackhead, tapi result dia short term je. In long term, liang pori kita akan nampak lagi besar dan lebih visible sebenarnya dan kulit pun lama-lama boleh jadi rosak. 

Related Questions

Bawah ni ada some related questions yang sangat common orang akan tanya berkaitan whitehead dan blackhead.

Boleh ke picit whitehead?

Yang ni I tak jumpa lagi the real answer sama ada boleh atau tak picit whitehead but for me, better avoid la dari picit whitehead dan biar dia pecah sendiri sebab kalau kita paksa dia keluar, bila benda tu pecah dia akan tinggalkan parut dan rosakkan kulit.

Dah lah tangan tak berapa bersih dok picit-picit whitehead tu. Tambah rosak lah kulit weyyy.

Sebaceous Filaments (SF) tu sama ke macam whitehead?

Sebaceous Filaments vs Blackheads

Sangat tak sama. Rupa dia lebih kurang je macam blackhead cuma dia tak warna hitam. SF ni features yang natural pada kulit muka kita untuk tolong keluarkan sebum ke permukaan kulit untuk tujuan melembapkan. Kalau nampak SF ni kat muka better biar je sebab it's a normal parts of our skin moisturizing process. Just make sure cuci muka macam biasa pagi dan malam.

Kalau tempted juga nak picit keluarkan SF tu, suka hati lah. Cumanya nanti sama je pori tu akan dipenuhi sebum juga sebab kulit perlukan kelembapan semula jadi but worst case, bakteria akan merebak dekat skin area yang lain lepas korang picit and then timbullah another skin issues.

Kalau guna mask vietnam yang viral tu untuk hilangkan whitehead dan blackhead boleh ke?

Noooooo babe. Benda ni sama je macam pore strips tu. Tak sayang kulit ke asyik ditarik-tarik guna pore strips tu? Skin barrier boleh rosak tau and even boleh pecahkan saluran darah dalam lapisan kulit korang yang akhirnya boleh menyebabkan spider veins (kerosakan salur darah).

Ye tahu mask vietnam tu memang viral and ramai orang pakai tapi korang tahu ke apa ingredients dia? Bau pun dah pelik. Kalau tak tau mask vietnam tu yang mana search la google. Berlambak orang jual. Satu botol seringgit pun ado haha.

Kalau whitehead dan blackhead dah hilang, akan selamanya hilang ke?

Tidak. Penjagaan kulit ni actually basic hygiene yang sama macam kita kena gosok gigi, mandi setiap hari, shampoo rambut, dan sebagainya. Selagi ada kulit, selagi itulah perlu dibersihkan :)

You Might Also Like

0 comments

Fav Blog