Jenis dan Cara Hilangkan Parut Jerawat

19:45

Selalu stress setiap kali cuba nak hilangkan parut jerawat sebab susah betul nak hilang! Tapi, sebelum anda cuba bermacam cara nak hilangkan parut jerawat, penting untuk anda kenal dahulu jenis-jenis parut jerawat yang biasa terjadi pada kulit kita. 

Parut jerawat biasa terjadi selepas proses penyembuhan jerawat. Bila kulit muka kita breakout, pori-pori akan mula membengkak dan akhirnya akan memberi kesan pada kulit. 

Sebab tu boleh timbulnya parut jerawat dan setiap orang mungkin akan mengalami pelbagai jenis parut jerawat yang berbeza seperti parut berlubang, hyperpigmentation, atau kesan bintik-bintik merah pada wajah setiap kali selepas fasa pertumbuhan jerawat.

Tidak dinafikan, proses nak hilangkan parut jerawat bukannya mudah dan akan mengambil sedikit masa bergantung kepada jenis parut jerawat yang dialami. 

Oleh itu, penting untuk kita kenal dan tahu bagaimana setiap jenis parut jerawat itu terbentuk supaya kita jadi lebih tahu cara hilangkan parut jerawat tersebut dengan kaedah yang lebih sesuai dan efektif.

BAGAIMANA PARUT JERAWAT TERBENTUK?

Sebelum kita pergi ke cara hilangkan parut jerawat, kita perlu tahu tentang bagaimana jerawat boleh terjadi dan proses penyembuhannya. 

Jerawat biasa terjadi melalui pori yang tersumbat. Ia bermula apabila sel kulit mati dan minyak semulajadi yang dihasilkan oleh kulit muka mula terkumpul di dalam liang-liang pori.
Jenis dan Cara Hilangkan Parut Jerawat
Clogged pores atau pori tersumbat akan menyebabkan timbulnya whiteheads atau blackheads. Keadaan dalam pori sendiri tersebut akan menarik perhatian bakteria untuk membiak dan menyebabkan keradangan (inflamasi) pada lapisan kedua kulit iaitu dermis. 

Hasilnya? Jerawat pun muncul!

Bila jerawat mula terhasil, kulit akan terus mengalami keradangan sehingga liang pori pecah. Kesannya, kulit akan semakin rosak dan akhirnya akan meninggalkan kesan parut. 

JENIS - JENIS PARUT JERAWAT & CARA HILANGKAN PARUT JERAWAT

Kenapa parut jerawat pun ada banyak jenis? Ini terjadi kerana setiap jerawat mempunyai proses penyembuhan yang berbeza di bawah lapisan kulit. Umum yang perlu kita kenali, terdapat lima (5) jenis parut jerawat yang sering terjadi. 

1 - Parut Hyperpigmentasi

Parut hyperpigmentasi merupakan sejenis tompok hitam atau merah yang ditinggalkan pada kulit selepas proses penyembuhan jerawat berlaku. Parut hyperpigmentasi ni ada dua jenis iaitu Post-Inflammatory Erythema (PIE) dan juga Post-Inflammatory Hyperpigmentation (PIH).

Jenis dan Cara Hilangkan Parut Jerawat
Pic from babeanbeauty.com

PIE - Parut Jerawat Merah

Parut jerawat merah yang juga dikenali sebagai Post Inflammatory Erythema (PIE) disebabkan oleh salur darah yang membengkak akibat rangsangan inflamasi. 

Badan akan mengarahkan darah untuk pergi ke tempat yang mengalami keradangan. Sebab itu boleh wujudnya tompok-tompok merah pada kulit muka. Jenis parut jerawat ini berkait dengan salur darah dalam kulit kita yang membengkak. 

Jadi, cara nak hilangkan parut jerawat merah ni adalah dengan menggunakan produk skincare atau supplemen yang ada bahan yang boleh menguatkan salur darah seperti Vitamin B (Niacinamide), Vitamin A, dan Omega 3.

PIH - Parut Jerawat Hitam dan Gelap

Parut gelap dan hitam, juga dikenali sebagai Post Inflammatory Hyperpigmentation (PIH) terjadi apabila badan menghasilkan melanin yang berlebihan. Melanin ialah pigmen yang memberi kesan warna pada kulit. Melanin akan bertambah apabila inflamasi berlaku.

Parut jerawat ni biasa terjadi sebab kulit sentiasa terdedah dengan cahaya matari. Ada juga orang memanggil jenis parut jerawat ini sebagai jeragat. 

Cara nak hilangkan parut jerawat jenis ini adalah dengan exfoliate kulit kita menggunakan BHA, memakai sunscreen apabila keluar dari rumah, dan menggunakan produk skincare yang mengandungi retinol atau Vitamin C.

Jenis dan Cara Hilangkan Parut Jerawat
Pic from babeanbeauty.com

2 - Parut Icepick

Parut icepick atau dalam bahasa mudahnya parut berlubang yang macam kena cucuk jarum. Parut ini boleh tembus sehingga ke lapisan kulit yang kedua iaitu dermis. 

Ia terjadi apabila jerawat timbul hingga ke permukaan kulit. Apabila jerawat sembuh, pori akan menjadi kosong dan meninggalkan parut berlubang. 

Cara yang terbaik untuk hilangkan parut jerawat berlubang ini adalah dengan menggunakan chemical peel, melakukan rawatan punch incision atau melakukan laser terhadap kulit.

3 - Parut Boxcar 

Parut Boxcar juga sejenis parut berlubang, cuma bentuknya lebih berlekuk seperti kotak. Lubang parut ini lebih besar berbanding parut ice pick. 

Bentuknya yang berlubang dan berlekuk ini disebabkan oleh kulit kehilangan tisu akibat inflamasi yang menghancurkan kolagen semulajadi kulit. Semakin banyak tisu hilang, semakin teruk keadaan parut boxcar ini. 

Untuk hilangkan parut jerawat boxcar, anda boleh lakukan laser treatment, punch excision atau pun menggunakan fillers yang boleh mengisi ruang kosong parut tersebut.

4 - Parut Rolling 

Parut Rolling nampak seakan-akan berombak. Ia terjadi apabila jerawat mengalami keradangan dalam tempoh yang lama. Kebiasaannya orang yang lebih berumur lebih senang mendapat parut jerawat jenis ini kerana waktu itu kulit makin hilang keanjalan dan kurang menegang. 

Cara paling berkesan untuk hilangkan parut jerawat rolling ini adalah dengan melakukan laser treatment berulang kali.

5 - Parut Keloid 

Parut Keloid kelihatan seperti kulit yang timbul atau benjolan. Ini disebabkan oleh badan menghasilkan tisu yang berlebihan secara tidak sengaja apabila merawat kesan inflamasi. 

Cara nak hilangkan parut jerawat jenis keloid ini adalah dengan menggunakan produk skincare yang mengandungi retinol namun ia juga boleh dibuang melalui pembedahan. 

You Might Also Like

0 comments

Fav Blog