Jenis-Jenis Produk Skincare dan Kegunaannya

Hai!

Most of us selalu rasa lost bila terlalu banyak jenis produk skincare yang ada di pasaran sampai dah tak tahu mana satu yang patut beli atau tak. Untuk rutin penjagaan muka setiap orang ni sebenarnya berlainan tau lagi pun tak semua orang boleh konsisten ikut rutin 10-steps korean skincare routine macam orang korea tu.

Jenis-Jenis Produk Skincare dan Kegunaannya

So basically kita kena faham dulu fungsi dan kegunaan setiap jenis produk skincare untuk apa baru kita boleh tentukan skincare routine jenis yang macam mana yang sesuai untuk kita. Kalau kita kurang faham fungsi setiap produk skincare tu macam mana kita nak tahu yang rutin skincare tu sesuai dengan kita or tak, kan? Sebab ada orang guna 3-steps skincare routine pun dah cukup untuk dia.


1) Cleanser 


Cleanser ni semua orang tahu benda paling basic yang wajib ada dalam skincare routine harian kita. Kebanyakan dermatologist (pakar kulit) akan menyarankan kita untuk mencuci muka dua kali sehari sebab kulit muka kita ni memang akan sentiasa terdedah dengan kotoran, bakteria, dan bahan-bahan tercemar yang lain.

Tak kisah lah walaupun seharian tak keluar rumah pun kita tetap kena cuci muka sebab dalam rumah pun ada banyak bakteria yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar. And function every type of cleansers yang ada dekat pasaran, dekat drugstore pun berbeza tau and I akan create blog post lain untuk explain function setiap jenis cleanser ni. Sebab setiap jenis kulit yang berbeza, dia ada certain cleanser je yang sesuai sebab tu cleanser pun kita kena pilih yang betul-betul sesuai dengan kulit kita.

Jenis-Jenis Produk Skincare dan Kegunaannya


2) Exfoliator 


Untuk elakkan kulit muka kita dari kelihatan kusam, exfoliator ni memang sangat penting sebab exfoliator ni lah yang akan membantu menanggalkan sel-sel kulit mati dari permukaan kulit kita. Exfoliator ni biasa kita perlu gunakan 1-2 kali dalam seminggu. Tak boleh guna hari-hari sebab kalau guna hari-hari boleh menyebabkan irritation pada kulit. Exfoliator pun ada dua jenis yang biasa kita guna iaitu physical exfoliator dan juga chemical exfoliator.

Physical exfoliator ni contohnya macam face scrub yang biasa kita tonyoh kat muka bagi tanggal semua sel-sel kulit mati. Chemical exfoliator ni pula yang kita tepek je pada kulit muka kita macam toner and tak perlu bilas. Biasanya chemical exfoliator ni sesuai untuk orang yang ada kulit kering sebab kalau guna physical exfoliator tu akan menyebabkan kulit dia bertambah kering dan menggelupas.

I akan share more about exfoliator in the next blog post.


3) Moisturizer 


Jenis-Jenis Produk Skincare dan Kegunaannya

Fungsi moisturizer adalah sangat penting untuk hydrate kan kulit kita serta membantu meningkatkan kandungan air pada kulit wajah lebih-lebih lagi jenis yang kulit kering. Tapi jangan ingat orang yang kulit berminyak tak perlukan moisturizer ye sebab walaupun kulit kita jenis berminyak, kita tetap perlukan moisturizer. Cuma pemilihan jenis moisturizer tu kena sesuai dengan jenis kulit. Moisturizer pun ada yang jenis cream, lotion, jenis yang light macam water-based atau gel. And sometimes produk moisturizer ni ada yang dinamakan dengan 'lotion' sahaja so kalau nampak produk nama lotion lotion tu maksudnya moisturizer la tu haha.


4) Toner


Toner basically tugas dia adalah untuk restore balik ph balance skin kita, buang segala lebihan kotoran-kotoran kecil yang belum habis diremove menggunakan cleanser, dan juga untuk mengecutkan pori. Kenapa nak kena balance kan nilai ph skin kita?

Sebab nilai ph kulit kita ni mudah terganggu dengan bahan-bahan kimia yang ada dalam cleanser. Ada seorang dermatologist pernah cakap yang toner ni dicipta sebab face cleanser yang kita pakai sometimes boleh jadi too harsh untuk kulit muka kita sampai boleh naikkan ph kulit kita ke unhealthy level. Bila nilai ph kulit kita tak balance, kulit kita boleh breakout. Tapi sekarang dah tak payah risau sebab cleanser pun dah banyak yang jenis gentle/ph-balanced.

Toner biasa dipakai selepas cleanser dan exfoliator tapi sebelum moisturizer sebab biasanya texture toner lagi light dari moisturizer dan lagi cepat serap dalam kulit. Kira toner ni macam untuk prep kulit kita before pakai skincare yang lain.

Cara nak pakai toner either kita dap dap guna kapas muka, atau spray je kat muka. Kalau takut membazir dap dap guna kapas sebab kapas tu menyerap toner kita, boleh je dap dap guna tapak tangan tapi make sure tangan bersih la hehe.


5) Sunscreen


Setiap hari kulit kita akan terdedah dengan cahaya matahari. Walaupun kita seharian duduk dalam rumah tak keluar-keluar, ianya tak bermaksud kulit kita tak terdedah dengan cahaya matahari ye sebab dalam rumah pun cahaya matahari boleh masuk takkan kita bergelap je siang-siang?

Sinaran UV yang ada pada cahaya matahari boleh merosakkan kulit kita sebab tu ada orang cakap tak kisahlah kalau kita konsisten cuba repair kulit kita dengan any serum or toner, if kita tak pakai sunscreen kira sia-sia je sebab UV rays tu dah rosakkan balik kulit muka kita. (Tapi I pun malas pakai sunscreen hshshhss)


Jenis-Jenis Produk Skincare dan Kegunaannya

So ini adalah gambaran cara sunscreen melakukan kerja mereka pada kulit kita. If nak pilih sunscreen, better pilihlah yang ada both protection from UVB dan UVA for full protection. Nama dia broad spectrum so kalau kat bottle sunscreen tu dia ada tulis broad spectrum tu maksudnya ada protection untuk dua-dua uv rays. Untuk daily use (bukan yang untuk berjemur dekat pantai or main sports tengah panas), pakai sunscreen yang SPF30 pun dah cukup.


6) Serum


Why we need serum? Every serum ni actually dia ada concentrated ingredient untuk bantu kita repair specific skin issue. Contohnya kulit kering, acne, parut jerawat, redness skin, kulit kusam, antioxidants dan sebagainya. Serum ni dalam erti kata lain dia macam water-based treatment and sometimes orang akan pakai serum as moisturizer (pengganti moisturizer la kiranya). Serum biasanya dipakai sehari sekali sahaja sebelum tidur dan kalau nak masukkan dalam skincare routine, pakai serum lepas cleanser dan toner tapi sebelum moisturizer.


7) Essence


Sebenarnya essence dengan serum ni exactly has the same function cuma texture serum lebih light daripada essence sebab essence biasanya quite thick. But sometimes ada juga texture essence yang lagi light daripada serum so it depends on the product itself haha and one more thing, essense is less concentrated berbanding serum untuk repair those certain skin issues. 


9) Ampoule


Ampoule ni apa benda pulak dah.... hahahaha. Ampoule ni actually satu family dengan serum dan essence cuma concentration dia on skin concerns lebih tinggi berbanding serum dan essence with active ingredients. Kiranya ampoule ni macam supercharged serum la function dia lagi advance. Biasanya ampoules ni orang pakai dalam seminggu atau dua minggu sebagai booster untuk mempercepatkan treatment kulit kita.


8) Face Oil 


Face oil  biasanya diekstral dari benih, buah-buahan, kacang, dan sebagainya berfungsi untuk memelihara dan memulihkan kita secara semula jadi. Tapi kita tak boleh main guna mana-mana natural as face oil kita. Better pilih natural oil yang molekulnya lebih kecil macam jojoba oil, argan oil, roseship seed, tea tree, shea butter, grapseed, sunflower seed, dan juga almond oil untuk mengelakkan clogged pores dan supaya mudah nak menyerap ke dalam kulit kita.

Kalau kulit yang jenis ada dry patches or kering gila tu memang sesuai sangat lah pakai face oil sebab face oil boleh provide mega-dose of hydration to your skin than moisturizer. Lagi satu, face oil ni boleh form satu lapisan untuk block or seal hydration kulit kita for long-lasting moisturization.


9) Facial Mask


Okay, untuk face mask i ada terangkan dekat blog post lain sebab there are 7 types of mask (that i know so far la). So basically face mask ni kalau yang jenis drying function utamanya adalah untuk 'membersihkan' muka. Kalau jenis yang moisturizing sometimes dia ada treatment tertentu untuk kulit muka kita sebab dia lebih kurang macam essence. Mask biasa orang akan pakai 10-15 minutes.

Baca : Jenis-Jenis Facial Mask


10) Eye Cream


Bila cakap pasal mata je mesti orang akan kaitkan dengan EYEBAG. Maka berpusu-pusu lah kita mencari solution nak atasi eyebag yang makin merebak di bawah mata kita. Maka waktu ini lah eye cream akan dicari. Untuk melembapkan bawah mata, hilangkan garis-garis kedut bawah mata, dan juga mengurangkan eyebag. Tapi selalunya harga eye cream yang tube nya seci'ot tu lagi mahal dari moisturizer T_T

So ada beberapa orang yang mengatakan sebenarnya kalau kita letak moisturizer atau vaseline bawah mata pun dah memadai, tak perlu eye cream. Tapi i tak pasti sangat lah kalau keberkesanannya sama kalau macam kita pakai eye cream.


Thanks for reading!

12 comments:

Tiara Sapphire said...

tak rajin la nak buat 10 step rutin ni, buat yg perlu je..hehe

Umi Nazrah said...

Alhamdulillah, terima kasih info. Setakat ni dok pakai cleanser, toner, moisturizer/sunscreen/sunblock, night cream, serum dan mask ja 😁

Anum said...

great sharing

ezy.xixii said...

byk sgt step.. boleh buat basic je kira ok dh tu.. haha..

Aerill Hassan said...

Banyak ya produk penjagaan kulit muka ni! Berapa lah RM yang perlu digunakan untuk dapatkan produk-produk ni.

Merah Coklat said...

Info berguna. Untuk bawah mata, saya rasa lebih baik guna eye cream daripada moisturizer sebab kulit bawah mata tak sama dengan yang lain. Tapi tulah, harga boleh tahan jugak. :D

Rubiah Kadir said...

Bila akak baca entry Sarah ni, macam duk dengar Sarah bercakap depan². Hehehe.

Nice sharing dik.

Rubiah Kadir said...

Akak tak pernah pakai essence. Hehe.

Yang pasal ampoule tu, baru tahu. Lagi power lah dari serum, pakai pun sekali seminggu ek

Rubiah Kadir said...

Haipp, jangan malas² pakai sunscreen tau.

Akak pakai yang macam sarah mention tu, ada broad spectrum.

Oklah.. banyak pulak komen. Hahaha. Nanti akak singgah lagi ekkk.

shima jelani said...

banyaknya step rutin nie. kak shima buat yang basic je cleanser, toner, serum, moisturiser + sunblock n night cream. yang lain-lain bila rajin huhuhu.

faten.banana said...

dulu rasa macam takperlukan ampoule, now I think I might need them lol ._.

Farah Hanani Ramli said...

Thank you for this informative entry. I would like to add serum on my skincare routine ^^