Jenis-Jenis Facial Mask

09:33

Pemakaian facial mask atau face mask amat popular dalam skincare. Dekat internet dah macam-macam jenis facial mask atau face mask yang viral yang membantu untuk lembapkan kulit lah, exfoliate, cerahkan kulit, bagi kulit glowing, dan sebagainya. 

So, sebelum anda pilih facial mask atau face mask mana yang nak kena pakai, penting untuk anda kenal dulu jenis-jenis facial mask atau face mask yang selalu ada di pasaran sebab setiap jenis facial mask dan face mask itu ada cara penggunaan dan kelebihan dia yang tersendiri.

1) Sheet Mask

Sheet mask ni adalah facial mask yang biasa pack dalam packaging nipis sekeping-sekeping tu and boleh daily. Tapi kalau rasa macam banyak sangat nak pakai setiap hari boleh pakai selang sehari atau dua ke tiga kali dalam seminggu.

Sheet Face Mask

Cara nak pakai sheet mask ni pakai last sekali dalam urutan night skincare routine sebelum tidur. Pakai sekali dalam 10 hingga 15 minit je. Make sure jangan pakai sampai sheet mask tu dah kering atau pakai dari sebelum tidur biar sampai pagi esoknya sebab tak elok. Nanti kulit akan bertambah kering.

Sekeping sheet mask tu boleh pakai sekali je, tak boleh guna sheet mask yang sama berulang kali. Kalau ada lebihan essense dari sheet mask tu boleh sapu kat leher, siku, atau lutut. Jangan simpan lebihan essence tu. One more thing, tak perlu bilas muka lepas pakai sheet mask. Kalau rasa melekit sangat kulit just lap sikit or dap dap dengan tisu muka je. 

Setiap sheet mask ada active ingredient yang tersendiri untuk treatment kulit tertentu contohnya whitening, moisturizing, anti-aging, preventing dullness, skin nutrition,brightening dan sebagainya. 

Tak semestinya kena pakai jenis yang sama je and make sure pilih yang betul-betul sesuai dengan skin concern kita.

2) Compressed Sheet Mask

Compressed sheet mask lebih kurang je macam sheet mask yang dalam pack tu cuma yang ni biasanya kita kena diy (do-it-yourself). Sebab compressed sheet mask ni dijual dalam bentuk biji-biji macam pil ubat tu banyak-banyak dalam satu pack tanpa sebarang essence.

Compressed Sheet Face Mask
Image from Goodluck Trip 

Cara nak guna compressed sheet mask untuk facial ni, kita tuang mana-mana essence yang kita ada dalam satu bekas and rendam seketul compressed sheet mask tu dalam essence tadi. Tapi jangan tuang essence tu banyak sangat, alar kadar je. 

Lepas dah rendam dalam essence tu, seketul biji tu nanti akan automatik mengembang jadi macam sheet mask yang pack sekeping-sekeping tu and then boleh lah pakai macam biasa. 

Actually compressed sheet mask lebih jimat la daripada beli face sheet mask sekeping yang biasa tu je dah RM5. Compressed sheet mask ni kalau beli satu pack ada dalam 24pcs kat daiso baru RM15. Pastu beli la sebotol essence yang korang memang suka pakai, rendam bila nak pakai.

3) Sleeping Mask

Bila dengar sleeping face mask je mesti orang akan ingat Laneige haha. Tu memang antara brand sleeping mask paling top and favorite I hehe. Sleeping face mask ni lebih kurang macam pakai moisturizer je tapi dia lagi thick. 

Function sleeping face mask ni untuk provide extra hydration time tidur so bila kita bangun tidur esok paginya kulit akan rasa soft je. Boleh nak pakai hari-hari sebelum tidur and tak perlu bilas muka dengan air lepas pakai. Biar je sampai pagi esok.

4) Clay Mask/Mud Mask

Clay mask atau mud mask ni function dia untuk tarik semua kotoran yang ada pada muka dan buang sel-sel kulit mati. Dia lebih kurang macam exfoliator la so tak boleh pakai setiap hari nanti kulit jadi terlalu kering. Recommended pakai 2-3 kali sahaja seminggu.

Tekstur clay face mask atau mud face mask ni ala-ala macam lumpur tu yang kalau biar lama-lama dia akan kering sendiri. Sebab tu kena cepat-cepat bilas muka lepas pakai dalam 10-15 minit atau lepas mask dah bertukar warna yang macam hampir nak kering tu.

Jangan tunggu sampai dah betul-betul kering merekah baru nak bilas muka, nanti lagi bertambah kering la kulit awak. Clay face mask atau mud face mask ni biasanya lebih sesuai untuk yang oily skin. Untuk yang dry skin better avoid la, pakai mask lain oki?

5) Peel-Off Mask

Peel off face mask ni function dia lebih kurang je macam clay mask atau mud mask tadi untuk exfoliate CUMA lepas pakai beberapa minit, anda hanya perlu cabut atau peel-off saja mask yang dah kering di muka anda tadi. Tak perlu bilas guna air. Function teroks untuk manusia pemalas macam I.

Tekstur peel off face mask ni biasanya macam gel yang jenis melekit tu tapi bila dia kering dia akan jadi macam plastik yang elastic yang kita boleh tarik-tarik tu. So, sebelum nak peel off face mask tu make sure dia dah betul-betul kering. 

Yang ni pakai dalam 10-15 minit and 2-3 kali je seminggu tau. Sama macam clay mask or mud mask tu. Tak digalakkan pakai daily. 

6) Exfoliating Mask

Ni dah nama pun exfoliating face mask, so function dia untuk exfoliate lah. Cukup sekadar pakai 2-3 kali sahaja seminggu and setiap kali lepas pakai, anda perlu bilas muka anda. Kadang-kadang dia tak tulis kat packaging dia tu 'exfoliating mask' tapi dia tulis 'liquid peel'.

Exfoliating Face Mask

7) DIY Face Mask

DIY face mask ni biasanya boleh guna bahan-bahan asas yang biasa ada kat dapur je macam tepung, telur, buah avocado, madu, youghurt, oatmeal, timun, strawberri, tomato, dan sebagainya. Kalau search kat google ada macam-macam resipi diy face mask yang korang boleh try untuk pakai daily (kalau rajin haha).

--------------------------------------------------------------------

**Boleh campur tak nak pakai banyak jenis face mask dalam sehari?

Jenis-Jenis Facial Mask

Yang ni kena tengok juga jenis facial mask yang nak dipakai. Jawapannya, boleh. But make sure kalau dalam sehari tu dah pakai facial mask yang jenis drying, jangan pakai face mask lain yang jenis drying jugak. Pakai la yang jenis moisturizing pula untuk balance kan balik moisture kulit.

Tapi ingat! Drying face mask tak boleh pakai setiap hari, at least 2-3 kali seminggu sahaja. Facial mask yang jenis moisturizing boleh pakai daily. 

Thanks for reading!

You Might Also Like

15 comments

  1. Apalagi jomm ler cuba. Mask ni elok utk rawat muka kita . Bagi fresh muka .

    ReplyDelete
  2. kak suka clay mask dan gold mask. best ja rasa kulit muka ni. hehe

    ReplyDelete
  3. Best mask ni...tengok cara pakai pun menarik. Nanti nak cari and cubalah

    ReplyDelete
  4. Kita 3 hari atau 4 hari sekali guna mask DIY, natural ingredients.
    Wajib masker untuk kekal kulit halus dan cantik

    ReplyDelete
  5. Dalam banyak2 jenis mask ni, emi paling suka sheet mask dengan sleeping mask. Sleeping mask tu best kalau simpan dalam chiller, sejuk je bila pakai.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah pakai semua mask-mask ni, yang pernah try pun sleeping mask sebab boleh tido terus. Bangun-bangun esok pagi lupa pakai mask, terkejut kejap tengok cermin

    ReplyDelete
  7. Duk guna 2 jenis mask, sheet dan clay mask. Tapi rasa yang sheet mudah sebab xperu cuci lepas guna. Yg clay tunkena basuh betul2 sebelum tido. Tapi dua2 ada kelebihan masing2

    ReplyDelete
  8. Dalam banyak-banyak mask ni tak pernah lagi try Compressed Sheet Mask . Nampak simple dan mudah nak bawak travel cuma kena simpan dalam bekas so senang nak guna . Kalau tak nanti sure berterabur gitu je dalam bag

    ReplyDelete
  9. Banyak jenis mask kan. Semua dah pernah pakai kecuali yang compress dan sleeping mask..suka yg peel off punya. Segala kulit mati tercabut

    ReplyDelete
  10. paling suka pakai yg sheet mask dgn sleeping mask :)

    ReplyDelete
  11. Sis memang suka pakai mask jugak. Ni kat rumah ni pun banyak mask..kadang2 pakai..kadang2 lupa dan kadang2 tak ada time..hehehe. Tapi mask ni memang bagus utk relaxkan wajah

    ReplyDelete
  12. Baru tahu hat no 2 tu dik, compressed sheet mask.

    Mask yang jenis DIY tu akak suka gak. Sebab dari bahan semulajadi.

    Tapi kalau tak dan, pakai yang sheet jelah. Hehe

    ReplyDelete
  13. now aida pakai 2 - sleeping mask and mud mask.
    tgk la keperluan.
    mask ni penting. one day kita lencunkan kulit muka dgn mcm2 bahan dan cuaca, so, at night mesti nak kasik masker lah kan.
    merawat semula...

    ReplyDelete
  14. Suka pakai sheet mask.. Tak suka clay mask atau mask cabut.. Sakit.. Hahaha.. Kat rumah ni banyak jenis mask ada.. Nak try la laneige mask tu

    ReplyDelete

Fav Blog