Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia - FREE Processing Fee (Part 1)

Stress betul dah penat-penat hunting tiket flight murah sekali time nak bayar processing fee dia pulak yang mahal. Harapan palsu betul. Aku yang student ni lagi lah cheapskate. Lebih RM1 pun kena berkira. Study kat terengganu ni memang aku selalu naik flight kalau balik kl sebab aku mabuk bas. Naik flight pun mabuk jugak tapi takpelah sejam je hehe. Flight paling murah pun memang airasia je kan so mostly memang naik airasia je. Sesekali ada la naik jugak mas malindo sebab saje nak merasa hahaha.

Tiap kali time payment tu selalu lah nampak ada satu payment method ni nama dia 'Big Pay'. Yang buatkan aku gigih study pasal bigpay ni sebab kat bawah tu dia tulis 'free processing fee' lol. Sebab kalau bayar guna internet bank in kena charge RM4, kalau guna debit or credit card dia charge RM17. Mahal bak hanggg baik aku order dominos.

Ni based apa yang aku baca lah,

Konsep bigpay card ni sebenarnya dah lama ada cuma sebelum ni namanya bigprepaid. Aku tak tau lah bigprepaid tu macam mana sebab aku lahir-lahir terus kenal bigpay dulu. Rasanya bigpay ni macam re-branding dari bigprepaid tu kottt. Maybe yang ni upgraded version? Entah.

Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia - FREE Processing Fee (Part 1)
creds : big pay.

Okay so bigpay ni sejenis prepaid card yang korang boleh topup secara online (guna apps) and boleh guna untuk shopping kat mana-mana je asalkan yang terima mastercard termasuklah nak beli tiket flight Air Asia. Paling best, every transaction yang korang buat melalui bigpay card akan dapat big point dari Air Asia. Kumpul big point banyak-banyak boleh lah redeem tix flight free ehehehe. 

So lepas ni time nak buat payment tu korang pilih payment method : BigPay. Processing fee dia akan automatik jadi zero lepas korang isi card details.

Now korang dah boleh jimat RM17 untuk beli dominos okeh. Logik lah sikit kan, buat apa nak spend another money kalau dah boleh tak payah bayar? Pergi lah register bigpay card sekarang. Process dia senang je tak payah beratur kat kaunter isi borang nak salinan document bagai. Just install apps, register online, then goyang kaki tunggu card sampai depan pintu rumah. Settle. Dah boleh beli tiket flight pergi korea jimat RM17 hshshshshs.


Cara Apply/Register Online BigPay Card


1. Download apps Big Pay

Apps ni wajib download sebab nak register akan melalui apps ni je and lepas-lepas ni every transaction pun guna apps ni je. Bigpay ni bukan macam akaun bank tau. Tiap kali nak guna card ni kita kena topup dulu. Nanti every time nak login apps ni akan ada registered pin number yang korang kena masukkan or boleh guna fingerprint. Memang secure gila.


2. Register account


Masa register account ni, biasa dia memang akan suruh masukkan referral code kalau korang ada code. Kalau takde code korang boleh skip je part tu. Tapi kalau korang nak dapat credit RM10 FREE, masukkan lah code kat bawah ni sebab once kad korang dah activated, diorang akan masukkan extra RM10 dalam account korang sebab register guna referral code. Tapi kalau tak masukkan code korang tak dapatlah RM10 fgheee. Nak selamat, copy & paste okay. 

4IQDDSLTHC

Masa register account ni korang ikut je arahan dia bagi satu-satu. Dia suruh selfie ke apa ke, engko ikut je hahaha. Jangan nak mengelat, dah namanya nak register prepaid card bukan nak register account facebook. Then korang kena set pin number untuk korang guna setiap kali korang nak login apps tu or nak withdraw duit kat atm. Jangan lupa masukkan alamat rumah yang sah ye sebab nanti bigpay card tu akan dihantar ke alamat rumah yang korang daftarkan tu. And no telefon pun kena valid sebab dia akan send TAC number setiap kali transaction melalui bigpay card. Then tunggulah beberapa hari untuk pihak bigpay verify semua details, gambar yang korang dah isi. 


3. Topup minimum RM20 dalam account bigpay


Korang rajin-rajinkan lah check apps tu hari-hari mana tau account korang dah verified ke. Lepas diorang dah comfirmkan semua maklumat korang tu, korang kena topup minimum RM20 dalam account korang, then baru diorang akan process untuk hantar kad tu ke alamat rumah korang. Nak topup lebih pun boleh asalkan minimum RM20. Boleh topup guna debit/credit card or online bank. RM20 ni kira deposit lah, macam nak bukak akaun bank pun kena ada deposit en. Lepas dah activate kad tu, korang dah boleh guna balik duit deposit tu sebab minimum balance kad ni RM1 tak silap. Lepas dah topup min RM20 tu, korang boleh track card korang if dah sampai rumah or belum melalui apps tu je.


4. Activate card


Cara Jimat Beli Tiket Flight AirAsia - FREE Processing Fee (Part 1)
creds : twitter suraya zainudin

Bila kad dah sampai rumah, korang akan dapat dalam bentuk macam ni. Delivery diorang guna citylink tak silap. Dalam brochure tu pun diorang dah explain macam mana nak aktifkan kad korang. Kena insert CVC number yang ada pada belakang kad yang baru sampai tu dalam apps then masukkan pin number yang korang register sebelum ni untuk pengesahan. Settle! Dah boleh terus guna kad tu. Senang je kan? Kalau korang tak goyang kaki kat rumah tu bukan salah aku la ye. 


Cara Nak Topup BigPay Credits


Boleh guna debit/credit card and online bank in :)

14 comments:

Sha Mohamed said...

Menarik BigPay nie..

HeNRieTTa JoSe said...

menariknya...xpernah taw pun...thanks for the share...

Ann Ishak said...

good sharing :D

Marina Bashah said...

Tenkiu sharing pasal BigPay ni. Blum pernah lagi travel naik flight. Sodihkan? Hihi

Izaramli said...

Lama dah perasan pasal big pay ni. Nampak macam menarik je. Nanti nk try la register. Kumpul2 point boleh pergi melancong feee.

Mahamahu said...

Ohh BigPay ni I ada nampak tapi tak pernah guna alah kita baru beli tiket AirAsia kenapa tak bagi tahu awal-awal kalau tidak boleh jimat hehehe ok nak apply BigPay sebab this year banyak nak travel lagi...

Nina Mirza said...

Pertama kali tahu pasal big pay card ni. Menarik laaa... Diskaun hebat!
Thanksntau sharing

Bella Jamal said...

Kalau selalu naik AirAsia memang berbaloilah daftar Big Pay. Sis jarang-jarang dan baru pulak register yang Air Asia Big. pastu tetiba point ada expired date pulak. btw good info yang dikongsi. Boleh rujuk untuk hal2 lain yang berkaitan.

mek yunie said...

wow. yelah, memang nampak macam same dengan wave punya konsep for every debit kad. tp setiap kad ada keistimewaan mereka tersediri contohnya pembelian tnpa prossesing fee. kan? So, yang berminat beli tiket flight, instead pay direct dengan kad kredit, should have this bigpay.

CXopportunities said...

Bagusnya entry ni! Sangat informative! Cx pon baru tahu pasal big pay ni. Almaklum tak pernah naik flight. Hehehe next time might be my turn. Nanti cx rujuk sini je sng

Ahmadi said...

Menarik, thanks for sharing. dulu time belajar kat semenanjung tak da pun nak guna benda alah ni, tapi sejak dah bkerja, hampir setiap 2 bulan akan meeting kat sana, so dah boleh fikir kena ada akaun bigpay sendiri dah..dapat jimat duit syarikat. haha

Mouse Mommy Treats said...

Terima kasih atas pengongsian yang detail ni. Amat membantu bigpay app ni!

Sunshine Kelly said...

Wah thanks for the tips, I m planning for my trip so this is a saving for me.

Sharon Lee said...

Yes super convenient! I'm thinking to apply this and get more deals when using this card haha