Minggu Orientasi Pelajar Baharu Diploma Unisza (Minggu Mesra Siswa) 2017

minggu orientasi kat unisza orang tak panggil  o r i e n t a s i  tapi orang panggil minggu mesra siswa. bermesra-mesra dengan para siswa/siswazah lain gitu hahaha. kalau macam uitm diorang sebut mds maksudnya minggu destini siswa tak silap. tempat lain tak tahu pulak den.

time mms ni tak penat sangat pun act. banyak aktiviti dalam dewan je. yelah lagi pun tengah puasa kan takkan nak disuruh kawad kat padang kut. aktiviti kitorang dalam dewan banyak cerita pasal pengenalan universiti.

dia ceramah pasal macam mana nak daftar kursus, daftar koko, sign aku janji pelajar then baca ikrar secara jema'oh. so lepas ni kalau kurang faham boleh tanya senior/lecturer je sebab benda-benda basic pasal universiti dah diterangkan masa mms.. buat medical check up pun ada. yang medical check up ni setengah ipta boleh buat kat klinik ipta tu sendiri, ada yang kena buat sendiri kat klinik luar. untuk medical check up kat sini kitorang bayar RM40 so medical check up pun kitorang kena buat berjema'oh (beramai-ramai).

Siswi diploma Unisza 2017

btw baju korporat tu semua student baru memang akan dapat. harga baju tu dah masuk sekali dengan yuran pendaftaran tak silap. kami panggil baju tu baju minion haha. 

Siswa diploma Unisza 2017

 macam beshe fasi unit multimedia mesti akan cari 'mangsa' diorang so 'bertuah' gak lah siapa yang tido time ceramah tu hahaha.

picture credit to page mpp unisza

Berbuka puasa minggu mesra siswa Unisza

makan minum kitorang sepanjang mms ni semua disediakan sebab memang dah bayar sekali time pendaftaran pun. tapi makan sahur dengan makanan berbuka jelaa lunch mana de hahaha. act kitorang berbuka dan sahur kat kafe so ada meja. tapi disebabkan masa tu aku turun lambat so kena laa makan bawah khemah atas kerusi je huhu. sebab student memang ramai gila. sampai nak roboh cafe. hahaha takdela.

tapi en, nasi dia sumpah banyak gila. aku makan tak pernah habis. ni kalau kawan sek men aku baca ni mesti kena perli ni grr. eh tapi siyes banyak nasi dia. satu bekas tu boleh buat makan sahur DAN berbuka hahaha. paling rajin nak turun makan mesti ah time nak berbuka. tapi paling malas nak turun comfirmlah time sahur bhahaha. bilik tingkat 5 kut. kadang rasa nak terbang je dari atas tu ke bawah cepat sikit sampai ke tanah. tapi aku sure bukan setakat sampai ke tanah, siap 'masuk' dalam tanah pun boleh kalau dah ajal hm. turun sahur pukul 4.30 pagi camtu, then makan reramai. pastu fasi bawak ke surau ikut group masing-masing untuk solat subuh jemaah.

kalau yang ma'zurah (period) diorang akan kumpulkan macam kat satu dewan ni. buatlah aktiviti apa-apa. kadang-kadang fasi buat sharing. kadang-kadang (lelagi time subuh) fasi kasi kitorang sambung tido ahahaha dengan baju korporat nya semua terlentang tido. kalau time maghrib sampai habis terawih tu biasa tengok movie or buat sesi Q&A sikit hihi.

Watching Moana
moana

tapi biasa yang solat subuh tu, lepas solat ada baca yasin and then ada banyak masa gak bagi siapa nak sambung tido haahaha. everything is about qada' tido. tiada apa yang lebih indah melainkan dapat tido time mms sebab memang ngantuks gila. 

Dewan Al-Muktafi Billah Shah Unisza

time last day sebelum mms habis, dalam dewan kitorang cam celebrate para fasi lah yang sanggup tak tido, kejut kitorang sahur guna siren + lagu raya (ramai bangun pagi nak nangis dengor lagu raya teringat family kat kampung hahahaa), yang hari-hari tanya kami "ada yang sakit tak?", sanggup carikan ubat even selesema or pening sikit je, yang terkejar sana-sini nak uruskan itu ini :')

semua bukak torchlight kat phone memasing pastu lambai-lambai sambil bukak lagu flashlight adelelelelele dengan dewan yang malap-malap gitu. sweet.

satu benda yang paling femes time mms and paling banyak isu dipersoalkan menggunakan hashtag #UniSZAPastuTahu di twitter ialah suhu dalam dabs (dewan al-muktafi billah shah). ko berdiri je kat pintu dewan tu dah rasa macam duduk kat kutub utara. apatah lagi bila berjam-jam duduk dalam dabs dengor taklimat. so no wonder lah kalau ramai gila buat lawatan ke tandas every 30 minutes and ramai tak reti duduk diam. yang perempuan bolehlah nak cover dengan telekung kalau ada dalam beg. yang lelaki? hahaha. fasi/senior ramai cakap diorang jawab exam dalam dewan ni major pakai baju macam tengah bercuti kat overseas hahaha jaket wajib tebal kalau taknak keluar dewan awal and jawab exam dengan aman dan tenang. yela tu kot.

mms ni tak lama pun. dalam 4 hari macam tu. tapi rasa macam lama sangat sebab aku tunggu je bila aku boleh qada' tidur. lepas habis tu memang ramai terbongkang kat asrama weyh T_T 

habis makruh puasa kitorang sebab banyak tido hahaha #astaghfirullah

at first, biasalah semua macam still ting tong lagi pasal universiti semua. sebab universiti punya sistem tak sama macam sekolah. 


Link lain berkaitan Unisza :

Diploma Perdagangan Antarabangsa di Unisza - https://messarah.blogspot.com/2019/02/diploma-perdagangan-antarabangsa-di.html

Minggu Orientasi Pelajar Baharu Diploma Unisza (Minggu Mesra Siswa) 2017 - https://messarah.blogspot.com/2017/06/minggu-orientasi-pelajar-baharu-diploma.html

Pendaftaran Pelajar Baharu Diploma Unisza 2017 - https://messarah.blogspot.com/2017/06/pendaftaran-pelajar-baharu-diploma.html

Lain-lain di Unisza - https://messarah.blogspot.com/search/label/Unisza

13 comments:

Unknown said...

hahaha korang punya orientasi berapa hari je ? and banyak tak LDK ?

Adam said...

Bestnyavminggu orientasi.
Berkenalan dgn ramai orabg. Selamat hari raya.

Amyra said...

Semoga maju jaya.

Adam said...

Rasa macam dah komen.

Lea Azleeya said...

Semoga terus berjaya dalam bidang yg diceburi.. :)

dorsett pink said...

akak dah berjaya follow sini. semoga awak berjaya menjadi pelajar cemerlang. best of luck untuk awak

najiahs said...

semoga mencapai apa yang awak hajati.
btw sy dulu graduan umt.jiran kan

Nour Adieb said...

kalau insaniah panggil MSR, nama panjang x ingat 😂

nini said...

Teringat pulak jaman jaman mms dlu...hahaha qada tido tu wajib....saya selalu tido sementara tunggu subuh kat surau tau...haha

Uyul Rosli said...

seronokknyaaa. rindu akakk zaman belajar dulu.
Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

Anonymous said...

kalau dari segi kokurikulum pulak macam mana tu ??? unit beruniform ? kelab? sukan dan permainan?

Anonymous said...

Yg lelaki memang kena pakai kemeja putih je ke masa mms?

Maisarah said...

Aslam akak nk tanya, biasanya asrama dia provide kat perlajar sampai berapa tahun kalau kita ambik diploma 3 tahun??